"Eh korang ada?" ucap Lara apabila melihat "makhluk" di depanya.
"Hi Lara!" ucap mereka serentak
"Err hai" balas Lara kekok
"Lambatnya awak balik" ujar Jin
"Ouh tadi ada hal sikit" jawab Lara sambil senyum.
"Dating eh" usik Hoseok. Jimin yg terdengar perkataan 'dating' terus telinganya menaik. Dia memandang Lara dengan penuh mengharap.
"Tak. Jumpa kawan" jawab Lara. Nampak kelegaan pada wajah Jimin.
"Okay kitaorang balik dulu. Jumpa lagi" ucap Jungkook sambil menarik kawan-kawanya untuk bangun sambil memberi isyarat untuk meninggalkan Lara & Jimin berdua. Mereka mengangguk lalu beredar.
Sekarang tinggal Jimin & Lara berdua,
"Kau nak makan tak? Aku siapakan" tanya Jimin namun Lara hanya menggeleng lalu ke biliknya.
"Haih" Jimin mengeluh sambil tunduk.
******
"Hei apsal masam ni?" soal Min.
"Mana ada" dalih Lara
"Kita dah kenal lama tau, jangan nak bohong" ujar Min.
"Haraboji aku nak hantar aku ke tempat apa ntah. Dia suruh aku ke tempat tu setiap hari minggu. Gila ke apa, penat kot. Camne aku nak settle kan tugasan Uni kalau aku kena ke akademi tu setiap minggu?" jawab Lara tak puas hati.
"Kau kan bakal pewaris. Mesti la kena banyak belajar selok belok pentadbiran" balas Min.
"Pftt si Rose tu bakal pewaris. Ex Lady Jimin. Bukanya aku. Apsal aku nak kena belajar pulak? Aku pun tak berminat pasal takhta tu la" balas Lara.
"Bunyi macam orang jeles je" Min ketawa.
"Takde maknanya" balas Lara. Namun Min masih lagi ketawa membuatkan Lara panas hati lalu angkat punggung dari situ.
"Wei tunggu aku! Sentap pulak minah ni" bebel Min sambil mengejar Lara
*********
Bunyi ketukan pada pintu menyebabkan Lara mengangkat muka dari buku yang dipeganya. Muncul Jimin sambil membawa segelas susu
"Taknak dinner dulu ke?" tanya Jimin. Lara mengeleng
"Aku minta maaf pasal haritu, aku tak patut jumpa dia tanpa bagitau kau" ucap Jimin.
"Keluar, aku sibuk" jawab Lara tanpa memandang Jimin.
"Aku janji benda ni takkan berulang lagi. Aku minta maaf" ulang Jimin.
"Kalau kau rasa tak boleh move on, silakan jadi Guardian dia. Aku tak perlukan kau pun. Tanpa kau aku masih boleh hidup" ucap Lara tanpa memandang.
"Kau dah taknak aku?" soal Jimin.
"Keluar" ujar Lara tanpa menjawab soalan Jimin.
Jimin mengangguk perlahan lalu beredar
********
Jimin menyusun pinggan berhati-hati. Roti bakar disusun elok di dalam pinggan. Selepas berpuas hati, sekeping nota kecil diletakkan di atas meja
*********
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, seperti biasa Lara akan turun untuk menikmati sarapan. Kelihatan banyak makanan tersedia elok di atas meja. Namun dia perasan sesuatu yang ganjil.
Jimin tiada
Selalunya Jimin akan menunggunya di meja makan
Nota kecil yg berada di atas meja menarik perhatianya. Dia mengambil lalu menelitinya. Matanya membulat selepas membaca isi kandungan nota tersebut
YOU ARE READING
GUARDIAN 박 지민
Science FictionLara yang baru kematian kedua orang tuanya berubah menjadi seorang gadis yang murung. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang entah datang dari mana mengaku sebagai penjaganya "kau siapa? macamana boleh masuk rumah aku?!" - Hwang Lara- "aku tau kau ke...