Bab 5: Who is my other half?

361 6 0
                                    

           Tengku Faliq tersenyum bangga sebaik sahaja syarikat yang ditubuhkannya sendiri sudah dirasmikan sebentar tadi. Sebelum ini, Tengku Faliq berkerja di syarikat oil and gas antarabangsa, dan sejak tahun yang lalu Tengku Faliq bertungkus-lumus menubuhkan syarikatnya sendiri bersama seorang lagi membernya Hamid Razali. Tunang Tengku Faliq juga tersenyum bangga dengan kejayaan tunangnya. " Lepas ini boleh lah.... Liq dan Kak Anis bernikah...." Sakat Tengku Fasha adik kepada Tengku Faliq, Hanis tersenyum malu-malu memandang tunangnya. Tengku Faliq pula sempat mengenyitkan mata kearah Hanis. " Anis cuma tunggu Faliq je..." Lembut suara Hanis bagaikan gadis melayu terakhir, makinlah Tengku Faliq cair dengan Hanis. " Jangan tunang lama-lama Liq... Melepas nanti Liq...." sempat Hamid kenakan Tengku Faliq.

Haihhhh siapa pula watak-watak baharu ni????? Ke ni salah novel.....  Kacau lah... 😂😂😂 Novel baru... Watak pun mestilah ada yang baharu😝

             " Eleh....  Sibuk lah kau Mid... Kau pula bila nak ada girlfriend asyik kutuk aku jer..." Tengku Faliq tembak Hamid balik. Hamid tersengeh. " Jangan risau bro... Satu hari nanti... Aku kenalkan... Bidadari aku yang turun dari kayangan...  Tapi... Kau tunggulah... Tunggu aku cari bidadari aku..." Hamid sempat lagi berseloroh. " Cehhhhh... Mid... Kau memilih sangat...  Kau tunggulah sampai ketua... Sampai kau terdesak... Entah-entah mak lampir pun kau sambar...." Hanis menepuk bahu Tengku Faliq. " Janganlah... Cakap macam tu..." Hanis menegur Tengku Faliq kerana mengenakan Hamid. " Okey... Okey Sayang... Sorry...." Tengku Faliq mengemgam jari Hanis kemas. Hamid mencebik melihat kemesraan dua sejoli dihadapannya.

        Tengku Farisha memeluk bahu Hanis. " Akak... Jomlah... Kita makan sikit jamuan dekat sana... " Hanis senyum. " Okey... Jom... Liq... Anis... Ikut Isha dulu... Liq layan lah tetamu yang lain..." Tengku Faliq mengangguk sahaja sambil memandang sekilas wajah lembut Hanis. Tengku Farisha menarik Hanis untuk mengikuti langkahnya. Dahulu, Tengku Farisha pernah menyimpan perasaan terhadap kawan baik abangnya. Hamid. Namun, disebabkan Hamid lansung tidak menunjukkan minat terhadap Tengku Farisha, Tengku Farisha pula mengalah dan cuba lupakan Hamid. " Eh... Mid... Isha... Ada tak text kau dah?" Tengku Faliq tiba-tiba tanya Hamid. Tengku Faliq perasan yang Tengku Farisha lansung tidak menegur Hamid. " Tak lah... Mid mana ada masa nak... Text-text apa semua..." Hamid memberi alasan lagi. Tengku Faliq mengeluh kerana Tengku Faliq harap sangat Hamid ambil Tengku Farisha sebagai isteri, namun Hamid lansung tidak mempunyai perasaan terhadap Tengku Farisha.

       Tengku Faliq dan Hamid sibuk melayan beberapa tetamu penting dalam perniagaan mereka. Hanis pula lega kerana keluarga Tengku Faliq ada bersama, jadi Hanis tidak kekok untuk menghadiri majlis pembukaan syarikat Tengku Faliq. " Isha... Isha dengan Mid macam maan sekarang... Dulu... Isha dan Mid selalu bermesej kan?" tanya Hanis tiba-tiba. Hanis juga perasaan yang Tengku Farisha sedikit dingin dengan Hamid. " Isha... Dah tak text Hamid... Ermm... Isha text pun bukannya balas... Isha.. Malas nak jadi perigi cari timba.. Isha yakin... Isha akan jumpa yang lebih baik... Yang boleh sayang Isha... Isha... Redha... Mid bukan untuk Isha...." Hanis kagum dengan Tengku Farisha, kerana sikap optimistik dan positif yang dimiliki Tengku Farisha. " Akak pun yakin... Isha akan jumpa yang jauh lebih baik... Isha..kan.... Cantik... Mesti ramai yang nak dekat Isha..." Tengku Farisha pula ketawa kecil dengan pujian Hanis.

        " Dah lama Isha balik?" sapa satu suara yang amat dikenali Tengku Farisha. " Yeap... Dah lama. Sekarang dah kerja pun." Tengku Farisha berkata sambil menyuap cake kedalam mulutnya. " Jadi... Err...." Hamid tiba-tiba berhenti daripada meneruskan bicara diantara mereka. Tengku Farisha memandang Hamid, menunggu Hamid untuk terus ayatnya. " kenapa tak text Mid..." dahi Tengku Farisha berkerut. " Seriously Hamid? Mid suruh Isha text Hamid? Mid..Isha bukanlah terdesak sangat... Kalau Isha text pun... Belum tentu... Mid balas kan? Dulu Isha dekat London... Mid buat tak tahu dengan Isha... Kan?" Tengku Farisha menjeling dan terus meninggalkan Hamid. ' Isya... Aku tanya khabar saja... Isya dah mengamuk sakan... Bukan Mid tak pernah cuba... Cuma Mid tak nak bagi harapan... Mid ingatkan.... Isya balik kita boleh lebih rapat... Tapi kalau itu pilihan Isya... Apa boleh buat... ' bisik hati kecil Hamid.

Jodoh itu Rahsia AllahWhere stories live. Discover now