Bab 11: Who is my other half?

247 5 0
                                    

         Amira mengajak Tengku Farisha ke pantry untuk minum, sebelum memulakan tugasan. Ketika mereka khusyuk berbual kosong,  buzzer Amira berbunyi, bermakna ada kecemasan dan hikmat Amira diperlukan. " Okey... Jom we need to go..." Amira berkata dan terus angkat. Tengku Farisha juga angkat dan mengikut langkah Amira. Amira pergi ke bahagian wad kecemasan. " Doktor Mira... Pesakit ni dia pengsan ditempat kerja...menurut rakan sekerja dia, pesakit ada mengadu sakit kepala... Sebelum pengsan." jururawat memberi keterangan. Amira memeriksa pesakit lelaki tersebut, manakala Tengku Farisha memerhati. " Ambil selimut dan basahkan, we need to wrap arround him... Pesakit ni heat stroke.... Isya using thermometer, tolong monitor suhu dia...." Amira memberi arahan. Jururawat datang dengan selimut yang basah, dan mereka membalut lelaki tersebut. Selepas itu Amira mengipas lelaki  tersebut perlahan. " Mira... Suhu dia dah turun... " Tengku Farisha berkata kepada Amira yang sedang mengipas lelaki ini. " Alright... Lepas ni boleh buka selimut, dan tukar pakaian dia... Pasang bp monitor dan bagi dia satu litre drip..." Amira memberi arahan kepada jururawat yang sedang membantunya. Selepas pesakit tersebut dihantar ke wad yang ditetapkan Amira membawa Tengku Farisha keliling wad kecemasan, untuk memeriksa keadaan beberapa pesakit.

         Walaupun Amira seorang pakar Bedah, khidmat Amira masih diperlukan di dibahagian Wad. " Doktor Amira... Ada patient nak jumpa Mira...." Saleha jururawat yang bertugas di wad kecemasan memberitahu Amira. " Okey... " Amira menyerahkan file kepada Saleha dan menuju kearah bilik pejabatnya. Diluar pejabat Amira, Amira memandang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Eyka. " Hi... " Amira memulakan bicara. Eyka senyum kelat. " Can we talk inside?" tanya Eyka. Amira membuka pintu, dan mempersilakan Eyka masuk ke dalam. Eyka memandang semua sudut bilik pejabat Amira. Eyka terpegun seketika melihat seluruh bilik Amira. Kemas. Amira menanti Eyka memulakan bicara.

        " So... What brings you here..." tembak Amira kerana Eyka masih diam. Eyka mengeluh seketika. " Why did you come back to Malaysia? Kenapa tak stay terus dekat London.."  dahi Amira berkerut, hairan kerana Eyka datang berjumpa dengan Amira, semata - mata untuk tanya soalan yang Eyka sendiri tiada hak untuk persoalkan. " Itu bukan hak Eyka untuk tanya soalan macam tu, I have a family here... So mestilah Mira balik bila study Amira dah habis dekat London." Eyka memandang kearah Amira, setiap kali melihat wajah Amira hati Eyka sakit, iri, dan sedih. " kenapa Mira dan Aaron break?" Eyka tanya lagi, kali ini suara Eyka agak mendatar. " Kami memang tak ada jodoh... Takdir bukan milik kami... Dan ... Mira harap... Aaron adalah jodoh Eyka... Eyka tak perlu risau... Mira balik Malaysia bukan nak  rampas Aaron balik... " jelas Amira.

         " Okey... So kenapa sampai sekarang Amira tak kahwin lagi? Amira memang belum move on kan?" Eyka memandang tepat ke anak mata Amira. Amira memang tidak goyah dengan Eyka, biasalah budak yang dalam linkungan 18-23, semuanya indah-indah belaka, belum merasa kenyataan hidup, bila rasa gusar, mula paranoid.   " Eyka... I had moved on... Mira tak simpan apa-apa perasaan terhadap Aaron lagi... He is all yours... Eyka tak perlu paranoid.. Sebab Mira tak nak apa-apa kaitan dengan Aaron. Mira tahu Aaron sayang Eyka... Satu je Mira nak pesan... Jagalah hubungan Eyka dan Aaron... Mira harap korang akan bahagia..." jelas Amira lagi. Eyka merengus kasar.

        " Kenapa tak jawap lagi soalan Eyka... Kalau Mira tak kahwin sampai sekarang... Mesti Mira tunggu Aaron kan? Just be honest... " Amira mengeluh kerana betul-betul geram dengan Eyka. " Listen here young lady, Mira dah kahwin atau belum dan apa sebabnya itu urusan Mira. Eyka... Kamu baru kenal dunia... Kalau Eyka rasa ada dugaan dalam hubungan Eyka dan Aaron sekarang, Eyka kena kuat lagi untuk hadapi dunia rumah tangga, tak semua dalam hidup kita ni indah-indah belaka. Untuk puaskan hati Eyka... Amira break dengan Aaron sebab Mira jatuh hati dengan orang lain ( bohong Amira )... Bila Mira nak kahwin? Mira tak tahu, bila jodoh dah sampai Mira kahwin lah... Yang pasti bukan dengan Aaron... Puas hati? Sekarang Eyka baliklah... Sebab Mira banyak lagi pesakit untuk dijaga... Eyka balik... Jaga Aaron dengan baik... Tak perlu risau dengan Mira...  " Eyka menunduk wajahnya, bila Amira sudah meletup.

       " Okey... Eyka minta maaf Mira... Eyka tak sengaja... It's just.   That... Aaron selalu mengelamun... Since you were back... Then his mom... Last time... Dia layan Mira dengan baik... I'm jealous Mira...  Kalau diikutkan secara logik Aaron patut pilih Mira... Look at you Mira... You are successful, beautiful and indipendant... Mira jauh lagi sesuai dengan Aaron.... " Amira mengeluh sambil memandang jam tangannya. " i just love Aaron so much that I don't want to loose him..." luah Eyka lagi. Amira berdiri dan menepuk bahu Eyka, Amira faham situasi Eyka kerana pernah berada dalam situasi Eyka dahulu. " Eyka... Aaron sayang Eyka... Eyka kena banyak bersabar dengan Aaron... Eyka kena bijak untuk sentiasa tawan hati Aaron... Kalau Eyka terus paranoid macam ni... You will drive him away... Eyka sayang Aaron kan? Here is my tip, don't push him, give him space, always be creative to win his heart... Dan promise me you will always do that... Even bila korang dah kahwin... Hidup ini bukan mudah Eyka... Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu mengejar dan terlalu mengharap... Sebab kadang-kala kita juga akan  kecewa kemudian hari. " panjang lebar nasihat Amira. " When Mira dan Aaron were together, I hoped for too much of his attention. He was busy with work, you know that yourself. I was paranoid too.... And that drove him away... Eyka... Don't repeat the same mistake I did... Okey.... Mira harap sangat... Aaron dan Eyka berkahwin... I know how it is like to be hurt... Apa-apa pun sabar ok... Eyka... " Pujuk Amira perlahan.

        Tidak lama selepas itu, Eyka mints diri. Amira menyandar di kerusi. ' Bila Mira nak kahwin? Mira tak tahu, bila jodoh dah sampai Mira kahwin lah... Yang pasti bukan dengan Aaron...' Amira mengeluh. ' What if Aaron memang jodoh Mira?, what if ini semua pentanda, kalau Aaron betul sayangkan Eyka kenapa tak kahwin je terus? Kenapa kena tunggu? What if Aaron still loves me? And Eyka is just to fill his empty space?' Pelbagai persoalan bermain difikiran Amira. Tanpa melayan persoalan yang masih bermain di minda Amira,  Amira bangun dan menuju ke wad yang Amira kena pantau hari ini. Amira harus meneruskan kerjanya yang berlambak kerana setiap saat adalah penting, setiap saat adalah nyawa untuk pesakitnya. Apabila jam menunjukkan dua petang, baru Amira dapat rehat untuk makan tengahari.

Aaron: Sorry about Eyka.

Amira: Just take care of her. Make her yours. You known her long enough...

Aaron: I will. Thanks. Take care.

Jodoh itu Rahsia AllahWhere stories live. Discover now