" Uhhh.... Kau!!! Kenapa eh tiap kali aku hiking... Jogging mesti terserempak dengan kau... Ishhh... Menyampahnya aku!!!" Marah Amira bila nampak Hamid lelaki yang cari pasal dengan Amira tempoh hari semasa buat aktiviti Hiking dengan Lisa. Kali ini Amira terserempak dengan Hamid di taman rekriasi Shah Alam. Hamid tidak sengaja melanggar Amira sehingga Amira jatuh. Hamid menggeleng kepala. " Eh cik Mira oii... Kau ingat ini drama melayu... Macam cerita dalam novel... Aku rasa kau sengaja nak aku langgar kau, supaya satu hari nanti Aku akan tersuka kau... So Clise... Mula-mula benci lepas tu suka... So not going to happen..." Darah Amira terus naik mendengar Hamid menyindir dirinya.
" Gila! psycho! Perasan! Daripada Aku nak stalk kau... Baik aku jogging... Malas nak layan." Amira merengus kasar dan cuba angkat berdiri. Walaupun lutut Amira sakit, tangan Amira juga sakit sebab tangannya menahan seluruh tubuhnya terkena jogging trek, Amira tetap gagahkan diri untuk bangun. Disebabkan rasa pedih dan sakit, Amira memandang tajam kearah Hamid yang sedang senyum mengejek kearahnya. Tanpa memikir panjang, dengan segala kudrat yang ada Amira menghentak kakinya diatas kaki Hamid sehingga Hamid mengaduh kesakitan. " Hoiii... Perempuan gila!!!!" jerit Hamid. " Bye... " Amira membalas renungan Hamid dengan senyuman mengejek sebelum meninggalkan Hamid. Hamid terduduk kerana kakinya sakit. ' Celaka betul perempuan ni... Boleh tahan pula hentakkan kaki perempuan ini....' Hamid merungut dalam hati, Amira pula sudah hilang dari pandangan mata.
Sebaik Amira masuk kereta, Amira menapar pipinya. ' What did i just do? I hurt a guy... Arghh.... ' Amira menghidupkan keretanya dan meninggalkan taman tasik Shah Alam. Tanpa sengaja Amira menghentak kakinya keatas kaki lelaki itu, kerana Amira geram bila lelaki tersebut menyindir dirinya. ' Gosh.... Haraplah mamat tu tak berdendam...kalau tak habislah aku....' Amira bermonolog sendiri. Amira cepat - cepat memandu sampai ke kondo, dari Taman Tasik Shah Alam sehingga ke kondo Amira mengambil masa dua puluh. Sebaik sahaja sampai kondo Amira terus pergi mandi, selepas mandi Amira bersiap untuk masuk kerja. Amira masih memikirkan kejadian di taman tasik Shah Alam tadi. Semak kepala otak Amira untuk melupakan apa yang berlaku, setahu Amira seumur hidupnya, Amira tidak pernah menyakitkan seseorang, terutama sekali kaum lelaki. Entah roh apa masuk Amira tadi sehingga Amira boleh menghentak kaki Hamid.
" Mira jumpa dia lagi... Dekat Taman tasik Shah Alam..." Amira meluah kepada Lisa. " Woww... Seriously... Out of all the places... Mira... I yakin... Memang sah dia tu jodoh Mira..." Lisa membalas sambil memandang Amira. Amira cepat menggeleng. " No!!!! Seriously No!!! Dia langgar Mira... Lepas tu dia boleh kata Mira sengaja nak dia langgar Mira sebab Mira nak dia jatuh cinta dengan Mira... Clise... Mula-mula benci lepas tu suka... Eeewww.... " Lisa ketawa kecil. " Mira... Janganlah benci sangat nanti tersuka pula macam mana... Tapi dia okey apa... Kacak... Padan lah dengan Mira yang cantik ni..." Lisa mengejek lagi. " Hell No..." Balas Amira lagi. Amira dan Lisa sama-sama ketawa. " Okey... Mira nak pergi check patient Mira dulu...." Amira menukar topik. Lisa mengangguk dan masuk ke dalam bilik pejabatnya. ' Amira... Amira... Tak sangka Amira ni kaki gaduh juga...' Lisa bermonolog sendiri.
Lisa duduk dan memandang file pesakit. Lisa melepaskan keluhan kecil. ' Sometimes... When you fall in love that person was not meant for you... Lisa... ' Dalam Lisa tengah bermonolog sendiri. Lisa dikejutkan oleh pesakit yang datang menemui Lisa. ' Lelaki itu...' Lisa cuba buat-buat tidak ingat. " Hi, jemput duduk, saya Doktor Lisa." Lisa cuba berlagak biasa. " Hi" balas lelaki itu ringkas sambil memberi medikal kad kepada Lisa. Lelaki tersebut berjalan terhinjut-hinjut ke kerusi pesakit dihadapan meja Lisa. Lisa bangun dan cuba membantu lelaki itu. " Terima Kasih Doktor Lisa..." balas lelaki itu. ' mamat ni kenapa... Munkin terjatuh semasa berjogging di taman tasik Shah Alam...' bisik hati Lisa. Lisa terus memeriksa lelaki yang bernama Hamid itu. " Kenapa I rasa... I pernah jumpa Doktor Lisa somewhere..?" jantung Lisa berdegup kencang. ' Ya Allah... Haraplah dia tak marah aku sekali...' bisik hati Lisa, kecut perut Lisa bila Hamid seperti mengenalinya, tambah lagi Hamid dan Amira baru sahaja bergaduh di Taman Tasik Shah Alam, Lisa memang tak nak terlibat.
" Err.... Encik Hamid... Macam mana boleh jatuh?" tanya Lisa lembut. Suara Lisa memang lembut dan mendayu, suara Lisa sebiji suara percakapan Nora Danish, lemah-lembut. Lelaki itu memandang wajah Lisa. " Ada seorang perempuan gila hentak kaki I dekat Taman Tasik Shah Alam..." Jantung Lisa hampir berhenti seketika. ' Amira???? ishhh... Biar betul Mira ni.....' Lisa bermonolog lagi. " Owh.. Okey.. Patutlah... Encik tak ada tanda-tanda jatuh... Lapi kaki Encik bengkak ni..." Lisa mencatat sesuatu di medical card lelaki itu. " Wait... I think... Last time I was hiking with my friends... Thats when I saw you... You kawan perempuan gila tu kan?" Tanya Hamid sambil memandang tepat ke wajah lembut Lisa.
" Owh... Yes... Okey... Now I remember..." Lisa pura-pura baru teringat. " But... Encik Hamid... I am sorry about my friend... Dia memang kasar sikit.. Kalau boleh I don't want to get involve in your fight... I am sorry..." Lisa cepat-cepat sambung. Hamid ketawa. Lisa memang jauh beza daripada Amira. Lisa seorang yang lemah lembut. " I am sorry too.. Sebab sindir you and your friend hari tu... I was in a bad mood..." Lisa senyum tidak menjawap apa-apa. " Okey... So I will give Encik cream sapu minyak panas... And also some pain killer... Kalau sakit... Encik boleh makan..." Lisa menghulur medical kad dekat Hamid. " Nanti Encik Hamid ambil ubat di farmasi..." sambung Lisa lagi. " Thanks Doktor Lisa... You can just call me Hamid... And... i actually owe you lunch because you made this foot feel better..." Lisa senyum malu-malu. " Tak apa... Encik Hamid... Saya ikhlas..." Lisa berkata lagi. Hamid senyum. Mahu luluh jantung Lisa dengan senyuman tampan itu. " Doktor Lisa... Saya pun ikhlas... I want to offer you lunch..." Lisa tiada pilihan, Lisa juga tidak mahu hancurkan harapan lelaki itu. " Okey... But not today... Sebab Lisa busy... Esok lusa?" tanya Lisa. Hamid menyeluk saku seluarnya dan membuka dompetnya. Hamdi mengambil business kadnya dan sebuah pen diatas meja Lisa, lepas itu menulis sesuatu. " This is my private number... You can whatsapl me bila-bila..." Hamid berkata lepas itu memberi kad tersebut kepada Lisa. Lisa senyum selepas itu Hamid meminta diri.
YOU ARE READING
Jodoh itu Rahsia Allah
RandomWARNING!!!! Pastikan baca dulu Bila Takdir Bukan Milik Kita, then baca yang ni. Okey. Amira Ain kembali ke Malaysia setelah lima tahun berada di luar negara. Pada usia yang sudah masuk 32 tahun Amira pulang ke Malaysia dengan gelaran doktor pakar...