Bab 8: Who is my other half?

285 8 0
                                    

         Sharmila dan Puan Ruby membantu Qaleesha mengankat beberapa beg ke dalam rumah. Sepanjang hujung minggu Qaleesha tinggal bersama Puan Ruby dan keluarga. Hati Nadhirah sebal melihat beberapa beg yang diangkat keluar dari kereta Sharmila. Kuat firasat Nadhirah katakan yang keluarga Puan Ruby telah membeli semua barangan tersebut untuk Qaleesha. " Assalamualaikum.... " Nadhirah keluar dan menyambut Puan Ruby, Sharmila dan juga Qaleesha. " Walaikumusalam... Mari lah.. Masuk... Kejap lagi Dhira hidang air..." Sudah lama Puan Ruby tidak datang ke rumah Nadhirah walaupun rumah Nadhirah tidak jauh dari rumah mereka.. Sebaik sahaja masuk rumah, Puan Ruby dan Sharmila bersalam dengan Puan Laila dan juga Puan Delaila. Eid sedang bermain dengan kereta mainannya. Manakala Izkandar dan Izabella sedang nyenyak dibuai mimpi.

         " Mari sini Eid... Nenek nak pegang Eid...." Nadhirah mengetap bibir. Ada perasaan halus menyapa hati Nadhirah, Nadhirah tidak suka apabila Puan Ruby cuba bermesra dengan Eid Zulkarnain. Nadhirah kadang kala kurang senang hati dengan Puan Ruby, kerana beberapa kali cuba meminta Qaleesha untuk tinggal bersamanya. Nadhirah faham, Puan Ruby sunyi, tetapi Qaleesha tetap anak Nadhirah, dan apabila Puan Ruby memanjakan Qaleesha dengan kemewahan, Nadhirah tahu itu adalah taktik Puan Ruby untuk menarik Qaleesha. Eid memeluk Puan Ruby. " Alalaalaa... Comelnya... Eid Zulkarnain.... Nama pun comel.... Ni besar nanti mesti hensem kan Eid...kan?" Sharmila pula bersuara. Nadhirah menghadiahkan senyum penuh paksa. " Untung Dhira... Rezeki melimpah-limpah timang cahaya mata...  Tak lama lagi... Dapat seorang lagi..." Puan Ruby berkata lagi sambil memandang Sharmila. Nadhirah meminta diri untuk pergi ke dapur kerana mahu menyediakan minuman.

         " Alhamdulilah... Laila pun senang hati juga... Tak menang tanganlah Laila dan Dee lepas ini..." Puan Laila berkata sambil melipat lampin Izkandar dan Izabella. Puan Delaila pula sedang menyusun dan mengemas bakul barang keperluan cucu-cucu mereka. Puan Ruby memandang sekitar ruang tamu rumah Nadhirah. " Berapa lama Laila dan Dee tinggal sini?" tanya Puan Ruby. " Biasanya kami bergilir... Tapi... Minggu ni... Dee tak balik... Jadi Dee tinggal saja sini... Lagipun... Dhira tengah mengandung... Kalau nak jaga budak tiga orang ni... Memang tak larat..." Puan Delaila pula menjawap kali ini. Tidak lama kemudian Nadhirah dan Qaleesha keluar dari dapur membawa dulang yang berisi kuih pulut mangga dan durian dan juga satu jag teh panas. " Terima kasih Dhira... Sha... Susah-susah pula..." Puan Ruby mula berbasa basi. " Sama-sama... Jemputlah minum... Mama... Mila..." Nadhirah bertutur lembut.

       " Dhira... Sebenarnya... Mila nak minta sesuatu..." Sharmila memberanikan diri untuk menyuarakan niat dihati. " Apa kata... Kalau... Qaleesha tinggal bersama dengan kami... Yalah... Sebab Dhira dah ada anak-anak yang lain... Kalau baby number four ni keluar... Mesti Dhira penat nak jaga semua... At least Mila.. Dan Mama boleh jaga Sha..." Nadhirah memandang Puan Laila dan Puan Delaila. Puan Laila juga terkejut dengan cadangan Sharmila dan Puan Ruby. Nadhirah melepaskan keluhan berat. " Dhira... Lagipun Dhira tak kerja... Mesti kalau anak ramai nanti... Nak tanggung Sha pun tak dapat... Mila dan mama cuma nak ringankan beban Dhira..." Tokok Sharmila lagi dengan agak berani tanpa memikirkan perasaan Puan Laila dan Nadhirah. Puan Delaila berdehem. " Dee bawa Eid naik atas dulu..." Puan Delaila mengambil Eid dan membawa Eid naik ke tingkat atss, Puan Delaila tidak mahu masuk campur dengan hal bekas menantu Nadhirah.

         " Mama... Dhira faham... Mama sunyi... Sebab itu mama nak Sha temankan Mama.... Tapi.... Susah senang hidup Dhira...  Sha tetap anak Dhira... Kalau mama nak Sha lebih kerap untuk melawat mama... Dhira akan cuba... Hantar Sha jumpa mama..." Nadhirah cuba menjelaskan perlahan. " Sha tu cucu mama juga... Kenapa sejak dulu lagi Dhira asyik nak pisahkan mama dengan Sha... Sedangkan sebelah keluarga mama... Dah lama tak dapat jumpa Sha... Lagipun Sha darah daging mama... Cucu mama... Mama takkan biarkan hidup keturunan mama hidup susah..." Puan Laila juga turut terkilan dengan Puan Ruby. " Ruby... Bila-bila masa rumah Dhira ni terbuka terima Ruby datang sini... Kalau Ruby mahu Sha... Tinggal dengan Ruby masa hujung minggu tak ada masah... Tapi kalai nak tinggal terus.. Berpisah dengan Dhira.. Benda ni tak elok untuk Dhira dan juga Sha... Tempat seorang anak itu disisi ibu bapa mereka... Itu semua bukan hak kita untuk merampas hak Dhira..." Puan Laila pula bersuara, tetapi sedikit tegas.

         " Mama bukan apa Dhira. Qaleesha tu makin tak terurus. Kurang kasih sayang. Dhira pula lebih utamakan keluarga baru Dhira berbanding Qaleesha. Satu lagi, barang keperluan Qaleesha semua tak lengkap, mama tak nak mau keturunan mama.. Cucu mama hidup susah...mama juga ada hak, dan mama nak tuntut hak mama... Sebab Qaleesha.. Anak Shazwan... Shazwan anak mama..."  Nadhirah menggeleng kepalanya. " Mama kata Sha anak Shazwan? Mama... Sekarang Dhira nak tanya mana bapa Qaleesha? Adakah datang jenguk Qaleesha? Bagi duit pun tak mama. Ya.. Dhira tak nafikan Mama memang kaya... Terlalu kaya... Dengan wang ringgif mama... Mama memang mampu nak jaga Qaleesha. Tapi... Walaupun Dhira bukan orang senang sekarang... Walaupun Dhira sudah ada anak dengan Jad... Nur Qaleesha Adrianna tetap anak Dhira. Anak yang Dhira kandung sembilan bulan, anak yang Dhira jaga dari bayi sampai sekarang. Dhira nak tanya mama... Mama sanggup nak lepaskan salah seorang anak mama untuk dijaga orang lain? Walaupun orang itu adalah nenek anak mama? Dhira tak boleh berpisab dengan Sha... Sebab walau apapun... Dhira tetap sayang sha... Dan kalau mama nak ungkit pasal hak, hak penjagaan Qaleesha dibagi kepada Dhira sepenuhnya, dan tiada sesiapa yang boleh menuntut hak itu. Ibu... Dhira naik atas dulu.... " Nadhirah meminta diri dan terus naik ke tingkat atas.

             Pulut Durian di tekak Sharmila tiba-tiba rasa tawar, Qaleesha menundukkan wajahnya melihat drama yang berlaku sebentar tadi. " Maaf lah... Ruby... Emosi Dhira memang tak berapa stabil sekarang... Tambah-tambah lagi dia tengah mengandung. Laila akan cuba untuk pujuk Dhira... Supaya Sha boleh melawat Ruby bila-bila masa... Kalau Ruby nak Sha tidur rumah Ruby pun tak salah... Cuma yalah... Kalau nak lepaskan Qaleesha untuk terus tinggal dengan Ruby... Memang Laila setuju kalau Dhira tak bagi... Emak mana yang mahu berpisah dengan anak mereka.... Pintu rumah ini juga sentiasa terbuka untuk Ruby dan juga keluarga Ruby untuk datang sini... Sebab apa-apa pun... Ruby tetap keluarga kami... Keluarga Qaleesha... Walaupun Dhira sudah berkahwin dengan Jad... Ruby tetap keluarga Dhira... Laila juga minta maaf.... Kalau selama ini kami lalai, jarang ke rumah Ruby untuk jenguk Ruby... Tapi yalah... Dhira... Sekarang memang sibuk uruskan anak-anak... Kita janganlah bermasam muka lagi lepas ini... Tak baik untuk Qaleesha... Laila nak hubungan keluarga kita ni baik-baik... Sebab Qaleesha... Tetap juga salah satu pengikat keluarga kita..." Tenang sahaja Puan Laila berceramah panjang. Tidak lama kemudian Sharmila dan Puan Ruby meminta diri, dan sebelum mereka pergi, mereka memeluk dan cuim Qaleesha.

         

Jodoh itu Rahsia AllahWhere stories live. Discover now