Bab 20: Who is my other half?

454 12 3
                                    

          " Ibu... Apa abah dah buat ni... Kenapa sampai putuskan hubungan Anis dengan Faliq....  Sepatutnya bulan depan Anis dah nikah dengan Faliq... Apa semua ini Ibu...." Puan Intan diam sahaja melihat anak gadisnya. " Ibu minta maaf Hanis... Tetapi Ibu rasa inilah yang terbaik untuk Hanis... Pertama sekali... Abah segan... Ibu juga segan... Anis carilah lelaki yang lebih sederhana..." Puan Intan sembur Hanis dengan apa yang terbuku dihatinya dan Encik Zul selama ini. Apabila Tengku Faliq mahu memberi duit untuk menghias rumah Encik Zubir, Encik Zul dan Puan Intan terkejut kerana Hanis dan Tengku Faliq merancang sesuatu tanpa meminta pendapat Encik Zul dan Puan Intan terlebih dahulu. Yang membuat keadaan lebih parah bila, mereka merancang untuk membuat majlis di rumah Encik Zubir.

       Hanis meluru masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu dengan kuat. Gambar keluarga yang bergantung di dinding jatuh dan kaca frame gambar tersebut pecah berderai. " Hanis!!! " Jerit Puan Intan dari luar bilik Hanis. " Tengok frame ni dah pecah... Cubalah Hanis jangan rosakkan barang dalam rumah ni..." Puan Intan marah dari luar bilik Hanis. " Diamlah  salah Abah dengan Ibu putuskan pertunangan Hanis. Hanis cuma minta satu saja buat dekat rumah Pak Long... Itu pun susah sangat nak ikut. Hanis tak pernah mintalah hidup susah macam ni! Ini semua salah ibu dan Abah!" Hanis menjawap dari dalam bilik. Puan Intan mengemas kaca yang bertaburan di lantai. Air mata seorang ibu sudah jatuh perlahan-lahan. Entah dimana silapnya membimbing Hanis sehingga Hanis bersikap sedemikian.

      Hanis membuang semua barang solek ke lantai sehingga pecah. " Abah dan Ibu sudah hancurkan impian Hanis! Hanis benci Ibu! Benci Abah!" Marah Hanis dari dalam bilik. Jelita adik Hanis membantu Puan Intan diluar untuk mengemas kaca yang terburai. Jelita juga turut sedih kerana bagi Jelita, kata-kata Hanis agak kasar untuk ibu mereka. " Ibu... Ibu duduk dulu... Biar Jelita buang semua kaca ni... Nanti Jelita buat air untuk Ibu sekali..." Pujuk Jelita. Puan Intan menganguk perlahan. " Baik... Jelita... Hati-hati...." Puan Intan berkata sambil menepuk bahu Jelita. Jelita membawa kaca yang pecah ke dapur dan buang ke dalam tong sampah. Sebelum membuat air untuk Puan Intan, Jelita membasuh tangan. Dalam lima minit kemudian Jelita membawa air susu panas untuk Puan Intan yang sedang duduk termenung di ruang tamu. " Ibu... Ni susu panas untuk ibu... Minumlah ibu..." Lembut suara Jelita.

        Hanis menghempas tubuhnya diatas katil. Hati Hanis masih lagi mendidih. Air matanya mengalir. Hampir setiap hari, sebaik sahaja Hanis bangun tidur, Hanis hanya memikirkan tarikh Hanis bakal disatukan dengan Tengku Faliq. Hanis sudah angan-angan tema Arabian Wedding. Rumah Pak Long lebih sesuai kerana rumah Pak Long banglo besar. Tidak macam rumah Encik Zul. Rumah kayu, orang jalan dah bergoyang. Atap rumah sudah lama, apa lagi dinding rumah. Rumah Encik Zul terlalu lama, dan Hanis mahu yang terbaik untuk perkahwinannya. " Hanis... Abah nak cakap dengan Hanis..." Encik Zul semestinya sudah pulang dari sekolah, dan mahu berbicara dengan anak sulungnya. " Hanis tak ada apa yang nak dicakap dengan abah! Abah dah hancurkan masa depan Anis! Kenapa Abah dan Ibu asyik menyusahkan Anis je! Abah tau tak rumah ni tak sesuai untuk buat majlis Hanis!!!" Hanis sudah menjerit dari dalam bilik.

         Encik Zul memegang dadanya. Sakit hati Encik Zul hanya tuhan sahaja tahu bila anak sendiri menghina rumah milik mereka. Rumah yang Encik Zul bina sendiri bersama arwah ayahnya. Rumah yang Encik Zul mengeluarkan titik peluh selepas pulang mengajar. Encik Zul tahu rumah tersebut tidak tampak mewah seperti rumah banglo abangnya, tetapi rumah itu sudah cukup selesa dan lengkap dengan segala keperluan untuk mereka sekeluarga. Encik Zul mahu sesiapa yang masuk ke dalam keluarganya menerima keluarga mereka seadanya, dan disebabkan hal itu Encik Zul berkeras majlis nikah dibuat di rumah miliknya. Encik Zul masuk ke dalam bilik tidur, kecewa dengan perangai Hanis yang makin lama, makin tidak seperti apa yang Encik Zul dan Puan Intan ajar sebelum ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodoh itu Rahsia AllahWhere stories live. Discover now