Bab 7: Who is my other half?

309 8 0
                                    

        Hari Ahad seperti dijanjikan Amira dan Lisa membuat aktiviti hiking. Walaupun baru kenal, Lisa dan Amira terus menjadi akrab kerana mempunyai minat yang sama. Sebaik sahaja sampai di puncak, Amira dan Lisa khusyuk menikmati pemandangan. Tidak lama kemudian ada tiga orang juga sampai dipuncak. Amira dan Lisa hanya menukar senyuman dengan tiga orang hikers yang lain. " Mira... Jomlah kita ambil gambar dekat sini..." Lisa berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Amira dan juga Lisa bergilir untuk mengambil gambar masing-masing.  " Huhh... Dah.. Dah.. Lah tu... Acah-acah jadi awek korea pula... Siap posing bagai...." kata salah seorang lelaki itu.  Amira menjeling tajam kearah kumpulan yang disebelah sana. Dua orang lelaki dan seorang perempuan. " Hamid... Janganlah kacau orang macam tu..." tegur perempuan yang bersama mereka. " Ada aku kesah... Aku paling pantanglah... Tengok perempuan tergedik-gedik nak posing maut tempat awam pagi-pagi ini." Amira melepaskan keluhan berat. ' OMG!!!! Such a psycho!!!' jerit Amira dalam hati.

        " Excuse me Mr. Grumpy. We are not disturbing you, so tak perlu lah kacau kami... Just mind your own business, kami nak posing ke..  Nak acah-acah awek korea ke, nak buat upacara memuja ke... Suka hati kami lah..." Amira tiba-tiba bersuara. Lisa pula tsrus kaget. " Mira... Kita turun jum...  Tak perlu lah besarkan hal ni....'' Lisa berkata dengan suara sedikit panik. " Owh... Nama kau Mira...  Ingatkan Park Shin Hye... Gaya macam perempuan korea... " Sengaja lagi lelaki bernama Hamid itu membuat hati Amira mendidih. " Mid... Dah lah tu... Mereka tak kacau pun kita orang... Apasal mood kau pagi ni moody saja... Jomlah kita balik..." kata lelaki yang bersama Hamid. " Sorry.... On behalf of our friend..."  celah perempuan itu pula. Amira dan Lisa terus tinggalkan tempat itu, kerana malas mahu bertekak dengan Hamid lelaki yang agak grumpy itu.

       " Mid... Kenapa kamu kacau dua orang tu... Apa lah kamu ni anti sangat dengan perempuan cantik... Kita bukan kenal mereka pun..." tegur Aidan. " Ha'ahh la Mid... Kita bukan kenal pun hati budi mereka... Biarlah mereka nak bergambar tadi... Kalau Mid tak nak ikut tadi... Kami bukan paksa... Ini bad mood terus sembur dengan orang lain... Nasib baik perempuan... Kalau lelaki kan dah bergaduh bertumbuk tempat macam ni..." Celah Elvina pula. " Haishh... Yalah...yalah... Aku memang meluat bila tengok perempuan bergambar buat pauty lips... Duck lips... Arrhhh apa -apa je lah orang pamggil style... Geli..menyampah meluat... Haa... Tambah mood aku tak baik pagi ni sebab si Faliq cancel join kita last minit... Jadi aku sembur je lah..." Aidan dan Elvida menggeleng kepala sahaja dengan perangai Hamid.

      " Tak pernah tau... Mira jumpa Mamat Psycho macam tu... Pagi-pagi buat Mira panas hati...." Amira berkata dengan geram. " Sabarlah Mira... Lagipun kita takkan jumpa dia lagi... Jomlah kita trekking  dekat trail ini pula... Lepas tu... Kita boleh mandi dekat hujung tu... Dekat sana ada waterfall...'' Lisa memujuk Amira. Amira senyum dengan Lisa. '' Okey jom... Haraplah mamat tu tak ikut trail yang ini..." kali ini Amira sudah tidak panas hati seperti tadi. Lisa ketawa sahaja mendengar leteran Amira. " Tapi kan... Mamat tu... Boleh tahan kacak kan..... Dah lah kacak,tegap, putih melepak, tapi... Hurmmm... Sayangnya mamat tu kerek abis..." Lisa tiba-tiba bersuara lagi. Amira memandang tajam kearah Lisa, sambil mengerutkan dahi. " Don't tell me kau dah syok dekat mamat tu...  Boleh muntah hijau aku dengar kau puji-puji si kerek tu" Lisa ketawa lagi. " Ishh... Tak lah... Just saying... Anyway.... Kalau betul Lisa Syok dekat dia... It's not going to happen... Tau kenapa.. Sebab entah-entah penat-penat Lisa Syok dekat dia... Tiba-tiba yang berjodoh dengan dia Mira pula... Yalah... Mula-mula benci lepas tu suka" Amira mencubit Lisa. " Memang tak lah kerek tu ada jodoh dengan Mira... Ishh... Geli... Geli... Geli...." Rungut Amira lagi.

          Dalam tiga puluh minit kemudian, Amira dan Lisa sampai dihujung trail. Amira dan Lisa mengambil tempat duduk di atas batu besar sambil memandang kearah air terjun yang indah itu. Amira dan Lisa mengeluarkan bun dan air tin Nescafe untuk mengalas perut mereka. " Dekat sana ada bilik untuk menukar pakaian,... " Amira berkata sambil mengeluarkan pakaian renangnya,  baju T-Shirt dan seluar pendek paras lutut. " Jom lah... Tukar... Lisa tak sabar nak mandi.... Dah berpeluh dah ni..." Lisa angkat tubuhnya dibantu Amira, mereka pergi ke bilik persalinan dan keluar semua. Sebaik Amira memasukkan kakinya ke dalam sungai, seluruh tubuh Amira mengigil. " Omg... Sejuknya...." Amira berkata dengan suara bergetar-getar. " Ha'ahh.. Sejuk.." Lisa membalas sebaik merendam kakinya. Amira menggunakan Go Pro untuk mengambil video  pemandangan sekeliling.

            Seronok bergambar ada beberapa pengunjung datang untuk mandi. Amira dan Lisa keluar dari sungai dan mengambil beg mereka lalu pergi menukar pakaian mereka. Selepas menukar pakaian, mereka trekking balik Sehingga mereka sampai di pagar utama taman. Sebaik sahaja sampai di pagar utama, Lisa dan Amira menuju ke arah kereta. Semasa Amira.mencari kunci kereta dalam backpack Hypergearnya, kunci kereta Amira terjatuh. Tiba-tiba semasa Amira menunduk, ada seseorang  membantu dan menganbil kuncinya. Jantung Amira tiba-tiba berdegup laju melihat muka jejeka yang membantunya. Baru sahaja Amira teringat inilah lelaki yang sama, lelaki yang menyerahkan kunci kereta kepada Amira, ketika kuncinya tercicir di taman Tasik Shah Alam.  " Kaya sangatkah... Sampai kunci kerera nak buang. If you don't want your car then you can give it to me." lelaki itu kata sambil senyum mengejek. Amira terus merampas kunci tersebut dari lelaki itu. " Wow... Biadap... Sudah ditolong bukannya mahu berterima kasih." lelaki itu berkata lagi. " Dah kau cari pasal dengan aku tadi. Buat apa. Lagipun kunci kereta ni yang terjatuh, saya boleh lah ambil sendiri." marah Amira. Lisa pula menggeleng melihat Amira dan juga lelaki yang mereka jumpa dipuncak trail semasa mereka hiking tadi bergaduh sekali lagi. Amira dan Lisa sama-sama masuk kedalam kereta dan meninggalkan Hamid.

Jodoh itu Rahsia AllahWhere stories live. Discover now