Bab 9: Who is my other half?

285 4 0
                                    

             Hanis menguis makanan dipinggannya. " Anis... Dengar tak... Apa abah cakap ni...." Hanis menundukkan wajahnya. " Abah.... Tapi Anis tak nak bakal menantu Anis fikir yang Anis ni... Perempuan materialistic...." Encik Zul mengeluh. " Hanis.... Mertua Hanis nak majlis yang Grand-grand... Anis pun sama...... Kalau ikut Abah ni kan... Abah cuma nak majlis yang simple saja.... Mana duit kita nak ikut standard mereka, abah ni cuma seorang guru saja.... " Hanis berdiri dan mengemas pinggan diatas meja makan. " Anis... Abah nak Anis minta mas kahwin yang tinggi sikit supaya boleh buat majlis yang serba mewah untuk persandingan pihak perempuan... Itu saja Anis.... " Hanis semakin serba salah, sama ada untuk menjaga air mukanya depan bakal mertuanya atau mengikut kehendak abahnya. Hanis sudah plan tema majlis mereka Arabian Wedding. Hanis cuba memujuk ayahnya untuk menggunakan wang simpanan dalam Amanah Saham dan KWSP, tetap Abah Hanis tidak bersetuju.

          " Anis... Abah minta maaf sebab Abah bukan orang yang mampu... Untuk keluarkan duit yang banyak... Nak buat majlis impian Anis... Abah dah terus terang lagi dari awal dengan Faliq dan keluarga Faliq." Hanis mengeluh kecil. " Anis nak masuk bilik dulu... Banyak kerja tertangguh lagi..." Hanis berkata perlahan. Pinggan di bawa ke sinki untuk dicuci, Encik Zul menggeleng kepala. " Anis... Abah bukan apa... Adik-adik Anis masih sekolah lagi, ibu Anis bukan selalu ambil upah menjahit baju..." tambah Encik Zul lagi, Encik Zul masak sangat dengan perangai Hanis, dan Encik Zul tahu yang Hanis sedang merajuk. " Ya... Abah... Anis tahu... Anis nak masuk bilik dulu... " Hanis mengorak langkah keluar dari dapur dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Sebaik sahaja sampai bilik tidur Hanis membuka laman muka bukunya. Apabila tiada apa-apa yang menarik Hanis membuka aplikasi Whatsapp.

Hanis: Syg...🙈

Faliq: Ye bby... Dh mkn?

Hanis: Mkn sikit je.. Xda selera 😭

Faliq: Ala.. Knpa bby x da selera? Bby sakit ke? Nak syg hntr apa2 dekat bby?

Hanis: Xda lah Syg... Bby x lapar pun... Bby rindu Syg... Tu jeee... 😭😭😭

Faliq: Syg pun rindu bby jga... Esok kita jmpa bby... Esok... Syg ambil bby dekat rumah... Kita breakfast... Lepas tu...petang.. Syg bawa bby pgi dinner... K...🤗🤗🤗😘😘😘

Hanis: Okey🤗😘 sounds like a plan. See u tomorrow... Rindu syg sgt2... bby X sbar nk kwin dgn Syg.... Tiap kali kita jmpa...bby nak sgt kiss syg... Tp syg sombong... Xnk bgi...

Faliq: Alaa... Sabar ya bby... Tunggu dh halal... Mcm2 Syg bt dekat baby😜 Syg pun dh x sabar sgt ni... Tp yalah... Kena sabar...🙈🙈🙈

Hanis: Ermm... Yalah... Yalah... Okey Syg...bby nak kemas2 dulu tlg ibu...

Faliq: Amboiii... Rajin betul bakal isteri Syg... Okey... Bby tlg ibu dlu... Nti sebelum tidur Syg call okey😘

Hanis: Mestilh rajin syg... Dh nk kwin... Bby kenalah sedia jdi isteri Syg... Okey... Nti kita calling...

Hanis: 😋🌹👙😘😘

Faliq: Jgn nakal sgt Bby.

         " Anis... Ibu suruh Fie panggil Anis keluar... Ibu ada buat air teh..." Elfie masuk ke dalam bilik kakak sulungnya. Elfie adalah adik bongsu Hanis. " Anis sibuk lah... Jangan kacau Anis." Hanis menjeling Elfie. " Alaa... Akak... Ibu panggil tu..." Elfie memaksa Hanis. Hanis merengus kasar, dan Elfie berlari anak ke ruang tamu. Puan Intan menuang air teh untuk Elfie, Anas, Irwan dan Jelita. " Kakak kamu masih di bilik Fie?" tanya Puan Intan. " Ya... Ibu.... Akak Anis sibuk..." Elfie berkata sambil memandang televisyen. Puan Intan mengeluh kecil. Encik Zul mengambil tempat duduk disebelah Puan Intan. " Abah... Ibu... Guru kelas Jelita minta satu kelas untuk gumpul lima ringgit seorang, untuk menghias kelas..." Jelita memberanikan diri untuk beritahu ayah dan ibunya. " Nanti abah bagi... Ni mana Akak Anis... " Encik Zul berkata lagi. " Ya Abah..." Hanis menjawap dan mengorak langkah kearah keluarganya yang sedang bergumpul.

        Hanis mengambil tempat duduk disebelah Anas. Hanis menyeluk sakunya dan menyerahkan note lima ringgit kepada Jelita. " Nah... Untuk hias kelas Jelita... Esok Anis bagi duit belanja untuk adik-adik yang lain..." Hanis berkata lagi. " Terima kasih Anis... Sebab selalu tolong bagi duit untuk adik-adik Anis..." Hanis senyum kelat. " Sama-sama Abah...'' jawap Hanis lembut. Puan Intan menuang Air teh untuK Hanis, dan Hanis mengambil roti kosong yang dihidang untuk minum malam mereka hari ini. " Anis... Apa kata kita buat majlis akad nikah, dan lepas itu doa selamat untuk pernikahan Anis nanti... Keluarga Tengku Faliq mesti faham kan.... Bab hantaran tu... Kita minta yang ditetapkan negeri kita... " Encik Zul bersuara lagi. " Belanja majlis doa selamat apa semua... Abah belanja... Tapi kalau Hanis boleh tolong Abah sikit-sikit pun memadai juga..." tambah Encik Zul lagi. Hanis mengeluh kecil. " Tengok lah Abah... Anis bincang dengan Liq..." Puan Intan memandang wajah sayu Encik Zul. " Anis nak sambung kerja Anis abah... Esok Anis kena bentang kerja Anis dengan Boss... Selamat malam semua..." Hanis berdiri dan mengorak langkah ke bilik tidur, air yang dituang Puan Intan tadi lansung tidak disentuh.

        Pada malam lewat itu, Encik Zul duduk di birai katil sambil termenung. Puan Intan menepuk bahu Encik Zul perlahan. " Abang... Tidurlah... Jangan fikirkan sangat rajuk anak kita Hanis tu..." pujuk Puan Intan. Encik Zul meraup wajahnya. " Intan... Banyak yang abang fikirkan... Abang sebenarnya belum bersedia untuk lepaskan Anis... Kalaulah abang mampu memang Abang nak besarkan rumah ini... Abang nak tempah hotel untuk buat majlis impian Anis...tapi... Abang memang bukan seorang abah yang kaya... Abang malu sebab anak sendiri malu dengan status keluarganya... Abang tak tahu apa bakal menantu kita fikirkan tentang kita... Abang... Bukan tak nak keluarkan wang simpanan abang... Untuk Anis... Tapi... Kita masih ada anak-anak yang lain... Masih kecil... Masih bersekolah... Apa akan jadi... Kalau kita sakit... Abang tak nak susahkan anak-anak kita... Untuk keluarkan duit... Apa kata kalau abang pergi dulu sebelum Intan... Apa yang Intan dan anak-anak yang lain nak makan... Abang dah tak risaukan Anis... Sebab Anis dah berjaya... malah... Bakal suami Anis boleh jaga Anis... Tapi... Intan? Anak-anak?" segalanya Encik Zul luahkan kepada puan Intan dengan nada mendatar.

      " Abang... Intan faham.. Tapi janganlah disebut tentang abang akan pergi...  Intan tak nak dengar lagi... Abang... Hanis tu dah besar... Dia patut berfikir panjang... Kalau dia mahu merajuk... Biarkan... Sebab apa yang abang buat adalah terbaik untuk keluarga... Rumah ini pun sudah cukup... Anak-anak kita semua akan sambung belajar... Kerja... Dan... Akan ada rumah sendiri... Kalau Abang... Nak besarkan rumah kita... Hujung-hujung masa kita dah tua nanti... Cuma kita dua orang sahaja duduk sini... Lama-lama sejuklah hati anak kita Hanis tu..." pujuk Puan Intan lagi. Encik Zul mengeluh. " Abang juga harap macam tu... Esok Abang bagi duit dekat Intan... Untuk barang keperluan rumah... Kalau Intan pergi pasar esok... Kalau ada udang... Intan beli lah sekilo dua... Abang teringin nak makan udang masak sambal yang Intan selalu buat tu..." Puan Intan ketawa kecil. " Tak ada masalah abang... Esok Intan masak lauk kegemaran Abang...Marilah kita tidur... Dah lewat ni..." Encik Zul pun akhirnya baring disebelah isterinya dan tidur.

         Tengku Faliq menggeleng kepala melihat gambar-gambar yang dikirim Hanis. Apabila semua kawan-kawan Tengku Faliq melihat Hanis, termasuk keluarga Hanis, mereka semua akan kata, gadis melayu terakhir cantik, sejuk mata memandang, lemah-lembut dan berbakul-bakul pujian mereka. Namun, dengan Tengku Faliq Hanis ada gediknya dan menggodanya sendiri. Tengku Faliq tidak pernah bercerita dengan sesiapa, membuka aib bakal isteri memang tidak baik, namun disebabkan Tengku Faliq rasa bertanggungjawab, dia mahu bertanggungjawap juga atas apa yang dia terlihat selama ini. " Baby... Kan sayang dah kata.. Jangan send gambar. baby guna singlet saja... Tak elok tau... Sebab Sayang kan belum suami baby yang sah..." Hanis ketawa kecil dihujung talian. " Okey.... Okey... Baby tak buat dah... Tapi... Sayang tergoda tak?" suara Hanis sengaja dilunakkan. Kalau Tengku Faliq kata dia tidak tergoda, memang itu adalah penipuan, dan sebab itu Tengku Faliq tidak sabar mahu berkahwin dengan Hanis supaya dia boleh bimbing Hanis, dan juga apa yang terhidang adalah halal untuk dijamah Tengku Faliq. " kita jumpa esok ya baby... Jangan nakal -nakal lagi... Nanti Sayang merajuk..." Tengku Faliq sempat memberikan amaran keras. " Ermmm...  Yalah...yalah... Nakal Baby... Dengan Sayang seorang... Lagipun tak lama lagi akan jadi milik Sayang juga..." Tengku Faliq mengeluh kecil. " Ermm... Ya... Baby... Okeey... Okey... Goodnight baby... I love you so much....muaah... Muahh.. Muahh" Tengku Faliq berkata sebelum menamatkan panggilan.

Jodoh itu Rahsia AllahWhere stories live. Discover now