Jad gembira menyambut salah seorang rakannya yang belajar bersamanya di Australia suatu ketika dahulu. " Hamid... Jemputlah masuk.... Ini isteri Jad... Dhira..." Nadhirah menghadiahkan senyuman manis kepada Hamid. " Ini anak sulung Jad... Qaleesha Adrianna..." Dahi Hamid berkerut, dah akhirnya baru saja Hamid teringat yang Qaleesha adalah anak Nadhirah dengan bekas suaminya. " Yang ini anak nombor dua Jad... Eid Zulkarnain.. dan... Ini anak kembar Jad... Izkandar Fazrul dan Ayda Izabella... Tak lama lagi Jad dan Dhira... Akan ada baby baru lagi...." Terpancar kebahagian diwajah Jad dan Nadhirah. " Majulah.... Perahu kau Jad..." Komen Hamid. Jad dan Nadhirah sama-sama ketawa. " Duduk dulu Jad... Hamid... Dhira pergi ambil air dekat dapur..." Nadhirah berkata. " Eh... Sayang... Biarlah... Jad pergi ambil... Sayang duduk dekat sini...." Nadhirah tersenyum manis kerana sikap caring Jad yang sangat terserlah. Sebaik sahaja dapat tahu Nadhirah mengandung lagi, Jad tidak benarkan Nadhirah untuk buat apa-apa kerja dalam rumah.
Wajah Amira berubah masam sebaik sahaja melihat Hamid dirumah Nadhirah. " Eh... Apa pula dia buat dekat sini...." Marah Amira. Nadhirah dan Jad menunjukkan wajah keliru. " Don't tell me you both know each other..." Nadhirah berkata sambil memandang kearah Amira. Amira menjeling. " Menyakitkan hati betul lah... Mamat ni... Nasib baik ini rumah Dhira... Kalau rumah Mira dah lama Mira suruh dia berambus." Amira tembak lagi. Mata Jad dan Nadhirah terbeliak, begitu juga mata Hamid. " Amira Ain... Stop it.. Mid maaflah.... Mira ni memang kasar sikit... Dah-dah lah tu Mira... Jangan nak bermusuh dengan kawan Jad." Nadhirah berkata dan menarik lengan Amira.
" Sakitlah..." marah Amira. " Mira... Tu kawan university Jad Aussie dulu... Macam mana Mira boleh kenal dia?" tanya Nadhirah. " Tinder." balas Amira. Dahi Nadhirah berkerut. " Tinder? ish... Serious Mira main Tinder?" Nadhirah tanya separuh tidak percaya. " Tak lah... Mira gurau. Mira jumpa dia... Masa Mira hiking dengan kawan. Lepas tu... Dia yang gaduh dengan Mira... Second time... Jumpa di taman tasik Shah Alam... Masa tu dia sindir Mira... Haaaa... Padan muka dia... Mira hentak kaki dia sampai lebam teruk.... " Nadhirah menelan air liur. " Mira... Kau biar betul....Ya Allah... Malunya aku ada ikatan darah dengan kau Mira...." Nadhirah berkata sambil picit lengan Amira. Nadhirah tidak sangka, yang Amira dan Hamid bermusuh.
" Eh... Bro... You kenal ke dia..." tanya Jad. Hamid memandang Jad masih terkejut. Sekali lagi bertembung dengan minah Psycho. " Kenal secara tak sengaja..." balas Hamid. " Huhh... Kecil dunia ni bro... Tu kembar Dhira... Tapi macam mana pula sampai bergaduh bagai masa korang jumpa? Korang pernah bercinta ke ape?" tanya Jad bertubi-tubi. Hamid ketawa. '' Bercinta? Memang tak lah... Ni tak sengaja terserempak... Bergaduh... Eh... Tak sangka pula tu kembar Dhira... Jauh panggang dengan api...." Hamid membalas Jad. " Ehem... Heard that..." Amira mengejutkan Jad dan Hamid apabila menghantar air ke depan. Nasib Amira cuba bersabar, kalau tidak kopi panas yang sedang berwap ini akan disiram dekat Hamid. Mulut tidak berinsuran. Nadhirah pula menghantar kek batik dan juga kek belacan dan menghidang kek tersebut dihadapan Hamid. Amira pula terus naik ke tingkat atas, malas mahu melayan tetamu yang menyakitkan hati seperti Hamid.
" Mama Mira... Mama panggil mama turun makan...." Qaleesha mengejutkan Amira yang sedang mendodoi Bella dalam bilik nursery anak kembar Jad dan Nadhirah. Izkandar sudah lama nyenyak tidur dalam baby cot. Amira mengeluh. " Hantu tu ada lagi dekat bawah?" Tanya Amira kepada Qaleesha. Qaleesha mengetap bibir. " Ada... Ma... Papa ajak dia makan sini..." Amira mengeluh. " Bagitahu mama dengan papa Shaa... Mama Mira masih kenyang... Kalau Mama Mira turun nanti Mama Mira muntah sebab menyampah dengan si poyo tu..." Qaleesha tidak memberi sebarang komen dan terus turun ke tingkat bawah. " Mama Mira mana sayang?" Tanya Nadhirah. " Mama Mira... Masih kenyang... " Nadhirah menggeleng kepala. " Maaflah Hamid... Mira dia memang macam tu... Lama-lama dia okey lah tu... Silap-silap hari-hari dia nak makan dengan Mid lepas ni..." Nadhirah sempat berseloroh. Mereka semua dimeja makan ketawa. Jad menyuap makanan ke dalam mulut Eid, walaupun Eid sudah besar, kadang-kadang Eid suka disuap kerana itu salah satu cara mendapat perhatian daripada Jad dan Nadhirah.
Selepas makan tengahari, Hamid dan Jad sambung berborak di ruang tamu depan. Amira akhirnya turun. " Eh... Bukan Mira masih kenyang?" Sindir Nadhirah. " Shhhh... Kalau Mira makan... Semua makanan yang Mira boleh terkeluar tau tengok mamat tu... " Nadhirah menggeleng. " Mira... Cubalah Mira jangan terlalu ego dan dramatic boleh tak... Dah lah... Makanan ada bawah tudung saji tu... Makan je lah...Dhira nak pergi tengok Bella dan Iz..." Nadhirah sempat meleter.
YOU ARE READING
Jodoh itu Rahsia Allah
SonstigesWARNING!!!! Pastikan baca dulu Bila Takdir Bukan Milik Kita, then baca yang ni. Okey. Amira Ain kembali ke Malaysia setelah lima tahun berada di luar negara. Pada usia yang sudah masuk 32 tahun Amira pulang ke Malaysia dengan gelaran doktor pakar...