Chapter1

108 8 6
                                    

IF ALLAH LOVES YOU, HE GIVES YOU HIS PRECIOUS GIFT

And that is Guidance.








Ketukan pintu bertalu talu aku endahkan. Suara ummi mengejutkan aku bangun terdengar di segenap penjuru rumah agam kami. Cewah rumah agam kami padahal rumah ummi gan abah je kami takdak.

Sebenarnya aku dah bangun saja buat ummi marah.

Aku dengar ummi membebel sambil berjalan. Aku tahu mana hala tuju ummi.

Klakk! Pintu bilik aku dibuka dia menerjah masuk. Dengan bebelan yang tiada penghujungnya.

"Aulia bangun hari hari ummi kejut liat sangat nak bangun ni. Abah tahu abah bising kamu tahu tak. Liat sangat kenapa ha Nuraulia Nadeena Binti Baharin?". Ummi cubit aku berdetas detus. Terberdiri aku atas lantai.

Terberdiri? Boleh lah tu.

Aku? tayang sengih kerang busuk la.

"Peace lah ummi, Aulia dah bangun dah. Solat pun dah". Ummi mengetap bibir. Liur ku telan bibir ku gigit menandakan bakal ada sesuatu yang bakal terjadi antara kami berdua. Namun nafas lega segera ku tarik ternyata sangkaan ku meleset sama sekali. Ummi ku lihat bergerak ke tingkap dan buka langsir cahaya memenuhi ruang bilik aku.

"Suka kan dengar ummi membebel pagi pagi alam. Macam lagu kan". Ummi roll eyes sambil mengikat langsir

"Haih ummi ni dah tua, bertambah tua buat macam tu. gurau mi gurau". Pandai pulak roll eyes. Desis ku didalam hati

Aku memecut keluar bilik sebelum ummi cubit aku buat kali kedua. Ampun ummi. Aulia janji Aulia buat lagi.

"Ada saja budak ini. Bantal bukan reti susun". Tangan elok menggapai bantal.

'Banyak nya rambut budak Aulia ni gugur. Kena tukar syampu la nampak gayanya'. Desis hati ummi.

"Yaya. Rank dengan kitaorang nak?". Tanya Faliq si kembar.

"Which one? Pubg or Ml?". Tanya ku malas. Lagi tengah malas diajaknya. Memang muka tahi aku keluarkan.

"Tak kisah mana mana". Jawab Haniq pula.

"Ml jela. Yaya noob aje korang carry game la".

"Bereh boh".

"Dah pro acah noob pulak kau". Faliq bersuara Haniq hanya memandang.

"Aku cakap je kenapa nak marah marah pulak. tak kesian ke dekat aku". Muncung mula keluar. Tak puas hati dengan abang sendiri.

"Haniq kasi settle kau". Sengih Faliq, dah masak dengan perangai tiga suku masing masing.

Haniq menjeling. Di smackdown nya aku pakej sekali dirumble. Masyakarat abang abang aku ni.

"Bongok la kau aku suruh bahan yang kau rumble dah kenapa".

"Biar lah, adik aku bukan adik orang". Terus Haniq berlari keluar jendela, bayu pagi meniup lembut. Okay joke.

Terus Haniq berlari keluar rumah untuk mengelakkan diri di smackdown oleh faliq.

Aku? Buat bodoh makan pizza instant sambil tengok diaorang berlari bagaikan si Mulau .

Bosan la pulak, nak buat apa ni. Phone dicapai, ruangan whatsapp group girls dibuka. Dimulakan agenda petang ini. Tanpa diketahui aku diaorang membawang pasal aku dibawah. 

Abah dua tiga kali ulang alik di ruang tamu, ummi menggeleng. Abah duduk disebelah ummi sambil menanyakan pendapat ummi. Semua dilihat mempamerkan wajah ketat. Ingin dibantah tapi ini pilihan abah mampu melihat perancangan yang dibuat dua belah keluarga. 

"Zie apa kata awak dengan cadangan Rahim? Kita kahwinkan mereka berdua masing masing dah besar panjang dah nak masuk 24 dah pun yang sorang lagi 26". Bertanyakan pendapat tapi tidak menerima bantahan itulah abah. Baginya pilihan keluarga adalah tepat lagi pula Aulia seorang sahaja bunga didalam keluarga kami. Tentu sahaja kami nak yang terbaik untuk dia. Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak perempuan sedang menunggu buah yang tidak gugur. Aulia masih menunggu seseorang yang pada kami hanya sia sia. 

Masih banyak yang kami tidak peka dengan keadaan Aulia. Dari segi dia sedih, dia gembira tidak dapat ditebak dalam keadaan diri yang tidak stabil. Kesihatan yang merosot. Disebabkan itu abah ingin mencari yang terbaik untuk Aulia. Selagi abah hidup dia mahukan yang terbaik untuk Aulia yang dapat menerima baik buruk dirinya. Jika masih menunggu budak yang Aulia berkenan tu sampai kesudah anaknya menjadi anak dara tua.

"Abang yakin ke nak kahwin kan anak kita dengan dia? Bukan ke dia..". Perbualan ummi terhenti bila along masuk.

"Serious sangat ni ada apa apa hal ke ummi? abah?". Tangan tua itu segera dicapai menghormati kedua ibu bapanya dan menciumi nya.  Along memandang pelik. Dalam hati dapat menebak topik yang dibualkan orang tua mereka. Ummi hanya mengeluh sedang abah hanya mendiamkan diri. tidak berpuas hati dengan respon ibu bapanya along mengulangi soalan sama.

"Apahal macam serious je along tengok ni ummi". Soal along sambil membetul kan beg silangnya.

"Cadangan hari tu along". Ringkas abah menjawab. Seraya menanggalkan cermin matanya.

Berubah kelat muka along. Terus melabuhkan punggung disebelah ummi. Dia sahaja yang membantah sementelah dia yang paling tua. Adik beradik mewakilkan dirinya.

"Shes only 24 years old. Too young abah, mentah lagi. Along suruh masak nasi lemak dia masak nasi beriani".

Eh

"Elok sangat la tu dah upgrade adik tu bukan makin muda lagi pun kita semua kenal dengan dia".

"Tapi abah tahu kan dia tu macam mana sekarang. Ingat lagi ke dia dengan kita? Abah tahu sikap dia macam mana kan".

Faliq dengan Haniq datang menyampuk. Duduk bersila atas permaidani. Dua kembar ini hanya mencuri dengar. Mulanya tidak berminat untuk mencampuri tapi melihat along yang berkeras mahu bantah membuatkan mereka ingin tahu atas sebab apa alongnya tidak suka akan calon pilihan orang tua mereka. Mereka berdua cuba untuk  mencari beberapa sumber. membawa ke penemun yang membuatkan mereka turn off untuk ikut setuju pilihan abah mereka. Teruk geng.

"Itu ummi tengah runsing. Budak berdua tu dulu rapat sangat. Dah besar buat hal masing masing. Lagi pula ummi ada dengar cerita pasal budak tu. saya memang tak berkenan bang jujur saya cakap budak tu tak kan dapat jaga Aulia dengan baik".

"Dah itu nasibnya. Kita tawakal lah semoga budak tu okay balik perangainya. Saya memang tetap dengan keputusan ni". Segera abah mengangkat punggung dan berlalu. kerasnya hati seorang ayah demi melihat anaknya elok ditangan orang yang dipercayai.

Semua mengeluh memikirkan nasib Aulia dan perancangan abah yang berkeras mahu menyatukan mereka berdua. Apalah nasib kau dik, keluh mereka dihati masing masing




Cik Asha

Suri Hati Mr. Hadfie [SU]Where stories live. Discover now