Bunyi derapan kasut semakin menghampiri. Selepas je kejadian tadi aku bertemu dengan Hadfie. Aku pasti dia juga dengar kekecohan tadi. Dimana aku dituduh buat maksiat. Masha Allah ana teda buat apa laa. Aku memang nampak dia berdiri sambil bersandar di kereta melihat kami bertiga bertekak tadi tapi aku buat tak reti sebab memikirkan orang sebelah aku ni.
Aku sejujurnya bukan nya suka sangat dengan mamat kerek tu. Tapi pilihan keluarga
Hoi, ni part pov aku lah pulak. Ingat Aulia punya cerita sorang ke. Aku pun ada dalam ni.
Mesti korang cakap. 'Lahh angah rupanya' lepas korang baca ayat aku ni korang gelak and senyum sebab betul. Eleh jangan tipu aku lah gais. Mari kita ke babak yang seterusnya.
"Assalamualaikum Hadfie".
"Waalaikumsalam Faliq. Dari mana?". Style pakcik pakcik kalau borak.
"Keluar dengan Aulia cari barang kahwin sikit. Kau macam mana sihat ke idok?". Sengaja Aku duga Hadfie ni macam mana reaction dia bila sebut pasal barang kahwin. Tapi muka cam tak terkejut pun.
"Congrats Faliq, orang mana?". Ceria suara dia.
"Uish jangan congrats dekat aku. Congrats dekat Aulia. Dia yang nak nikah nanti". Sengaja aku tekan nama Aulia. Nampaknya muka dia berkerut. Maaf la sobat tapi i do know your secret. Nampak la wajah dia riak agak terkejut.
"Aulia?". Soal Hadfie ringkas. Tak dapat aku nak teka perasaan dia dengan nada monotone. Mukanya tenang.
Seraya aku tersenyum. Aku tahu Hadfie sayang Aulia lagi. Aku tahu dia ingat, aku tahu segalanya.
"Mind to tell me something Hadfie? Cmon aku bukan kenal kau tadi. Dari zaman sekolah sampai U aku kenal".
Dia bersandar rapat ke keretanya. Seraya melepaskan keluhan. Aku hanya memerhati menunggu Hadfie buka bicara. Helaan nafasnya kedengaran. Dey macha berapa kali nak berkeluh kesah ni.
"Calon keluarga kau?".
Aku hanya mengangguk. Biarkan keadaan diam seketika. Dia meraup wajahnya perlahan.
"Dia terima?".
"Aulia tak boleh tolak".
"Dia terima bulat bulat?".
"Aulia tak tunjuk terang terangan. Tapi dari cara dia kami tahu dia tolak".
Dengar lagi keluhan dilepaskan. Berat masalah kau ni bro.
"Aku ada idea yang tak boleh dipakai otak tapi pakai lutut". Aku utarakan rancangan yang aku, Haniq dan Thaqid bincangkan.
Kepala Hadfie terangguk tergeleng semua ada. Tinggal nak laksanakan aja. Yang pasti kami the Abangs restui.
*****
Aulia hanya memerhati dari satu sudut dimana Faliq tak perasan sedikit pun. Dia memandang dengan pandangan kosong. Betul ke apa dia tengok ni. Hadfie mengenali angah. Angah boleh bertepuk tampar dengan Hadfie. Okay tu tipu. Tapi dia sungguh rasa terkilan. Mungkin sebab dia kena tipu?
Aku pegang dada. Aku tepuk perlahan. Kenapa rasa sakit dia lain macam. Kenapa aku nampak sekarang. Kenapa aku rasa aku bodoh tiba tiba ni?
Patutnya aku dah perasan tindak tanduk Hadfie. Kenapa baru sekarang aku perasan? Setitik dua air mata aku jatuh. Aku kesat kasar. Berlakon bagaikan tiada apa aku pura pura senyum depan angah yang menanyakan Milo 2 atau 1?. [Merujuk kepada milo biasa atau tabur]
Dan kami gerak balik. Aku tak tahu perasaan apa yang aku rasa ni tapi serious sakit.
Angah yang nampak perubahan aku segera meletakkan belakang tangannya ke dahi. Mana tahu aku demam ke boleh singgah klinik. Mujur tak demam. Dalam perjalanan pulang Kami berdua singgah ke kedai pak munawe dan meneruskan perjalanan balik.
Sejujurnya aku tak ada mood nak melayan 3 abang aku ni. Jadi aku terus masuk ke bilik melayan perasaan. Bayangkan la para readers sekalian. Aku tunggu dia dah bertahun bila aku kira balik ada lah dalam 6 ke 7 tahun. Dari along gigi jongang pakai braces terus beratur gigi dia. Tak ke lama tu gais, aku percaya dia hilang ingatan semua tu. Aku pendam perasaan sedih tak cukup lama ke diaorang main kan hati aku?
Aku memang tak layak bahagia. Memang tak layak aku rasa.
*****
"Adik.. adik tak bangun lagi ke hari hari ummi kejut anak dara ummi ni". Ketukan bertalu Serentak ummi pulas tombol pintu aku. Ummi terpempan bila lihat keadaan diri aku yang diatas lantai yang nyawa ikan. Ummi menahan raung. Di jeritnya abah yang kebetulan turun.
"Ya Allah adik". Tubuh aku digegar maha kuat. Dek terlalu cemas abah segera memanggil yang lain. Aku berikan sedikit respon. Sakit yang tak dapat aku nak tanggung lagi sekarang.
"Achik siap kereta kita gerak ke hospital. Along angkat adik cepat". Aku segera memegang tangan abah.
Bibir pucat ku terketar ketar melontar vocal
"Rilek la bah.. adik okay".
Nak pengsan along yang mendengar. Budak ni aku tibai kang apa tak dapat.
"Rilek adik kata? Adik tahu tak abah ni boleh sakit jantung tengok adik macam ni. Dah lekas kita ke hospital".
"Jangan bantah. Kamu nampak ummi kamu dah macam apa tu?". Segera aku toleh. Lihat keadaan ummi aku tahu ummi risau. Basah lecun dah muka kedut ummi aku. Cian dia. Tiba tiba kedengaran achik datang. Ayat apakah yini.
Achik terus menerpa. "Kereta ready dah. Jom".
Sampai je aku di hospital kami menunggu giliran. Agak lama yelah hospital kerajaan beb kau expect apa ni. Dengan ramai orangnya kalah airport wei.
Sedang leka menunggu giliran ada pulak budak ni muntah dekat kaki aku. Aku pun mulalah nak muntah sama. Berjangkit dengan along aku diikuti angah dan achik. Kami ni agak penggeli sikit dengan muntah dan ulat ulat ya. Laju ummi bawak aku ke toilet bersih kan apa yang patut kesan muntah tu. Aku lihat cermin, cermin lihat aku.
Teruk nau ghopenya. Macam nazak gila dah aku ni dengan kerusi rodanya. Alahai seketul Aulia ni lemah sangat. Kami kembali ke tempat duduk tadi cuma tukar tempat ke tempat bersih sikit. Tiba la masanya nama aku dipanggil.
"Nuraulia Nadeena.." belakang tu tak dengar bising sangat macam bunyi lebah.
Aku toleh ke kiri kanan. Tepuk dahi aku. Angah gan achik aku rupanya buat bunyi lebah. Tepi telinga aku astaghfirullah kecik besar je aku tengok. Mereka tolak aku masuk bilik doctor.
Dan rasmi la aku jadi penghuni hospital selama beberapa hari. Badan aku yang tak cukup air dan demam panas jadikan badan aku lemah macam ni. Tanpa aku sedar sepanjang tempoh aku di rumah sakit. Cewah macam cik kak indon dah versi sinetron malay. Semasa aku tidur Hadfie datang melawat dengan bantuan Abangs. Sentiasa dia bisikkan kalimah suci ditelinga aku. Untuk elakkan gangguan. Aku ni lemah mangatt ked nak nak hospital ni. Kenapa dia boleh selamba bisik bisik? Tak takut aku tibai dia? Sebab aku tahu dia tahu kamu tahu semua tahu aku tidur mati. Kapal terbang lalu pun aku tak dengar.
Jangan lupa Vomen ya temen temen ha campuran asli vote and komen 🐰
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. Hadfie [SU]
RomanceStarts: thursday , 15 , august , 2019 End: 'My Heart just belong to you Abang, The reason why im still here just because of you'. Kelopak mata ku buka, Senyuman dia yang menghiasi iris mataku. Doaku sering mengiringi mu sayang. Andai ini semua mim...