Chapter8

29 6 0
                                    

"Nanti Aulia jumpa dia ya nak tengok baju sanding gan nikah?".

"Aulia rasa pergi sendiri je kot". Jawab ku teramat malas.

"Jangan lah itu macam". Ummi mengerutkan dahi tanda tidak setuju.

"Stop cakap pasal ni. Aulia kalau boleh nak buat sederhana je. Bukan Aulia yang nak pun ". Aku angkat punggung naik atas. Sakit hati berlama lama di bawah. Sudahlah di paksa. Ini kena menghadap lanun tu pulak. Lagi beberapa minggu sahaja dia akan diijab kabul kan. Rasa terseksa diri ni.

'Kalau lah dia tahu, dia selamat kan aku tak'

"Hah cakap sikit berontak masuk bilik. Ingat Aulia budak kecik ke ummi nak pujuk lagi".

Diam.

"Aulia? Aulia??? Nuraulia Nadeena?!".

Ummi pusing belakang. Patut la dah tiada di sofa belakang. Apa punya anak lah. Ini semua untuk kebaikan dia sendiri. Mengeluh panjang ummi. Seraya terduduk di atas kerusi memikirkan nasib anak perempuannya yang satu itu.

"Haniq mari sini ummi nak cakap sikit". Elok sahaja Haniq melintasi ummi terus sahaja di panggil menghadap.

'Erm balaaaa'.

"Ya ummi ada apa achik boleh bantu?". Pandangan penuh harapan ummi lontarkan.

"Tolong pujuk adik jangan buat benda bukan bukan. Majlis dah nak dekat". Ummi menyuarakan rasa hati nya.

"Ummi tak nak adik kenangkan budak tu achik. Hati ibu mana yang tak sedih anaknya jadi murung lepas satu incident? Bagitahu achik ummi hati ibu mana yang tak risau akan anaknya?".

Achik hanya diam. Kalau berbalah sudah pasti ummi nya jugak yang menang bukan dia.  Dia kan anak mithali.

eh eh

'Hmph. Ikutkan achik pun tak hingin dia jadi adik ipar achik'. Kata kata yang hanya berlegar dikepala Haniq. Selebihnya dia hanya mengganguk.

"In Shaa Allah".

*****

"Angah, kau rasa betul ke apa yang ummi abah buat untuk Aulia ni?". Soal Haniq kepada kembarnya.

"Sejujurnya la kan. Aku tak pernah pun setuju aku tahu perangai budak tu macam mana. Aku tak nak adik kita terseksa niq". Faliq menyuarakan pendapat hati yang sudah lama dipendam.

Helaan nafas berat kami lepaskan.

"Kenapa ummi dengan abah beria nak budak tu dijadikan menantu? Tak boleh ke tunggu yang hilang ingatan tu jadi menantu? Ke nak tunggu budak tu ingat baru nak jadi menantu?". Soal Haniq

"Ke nak tunggu budak tu ingat nak jadi menantu.... shit aku ada plan baik punya niq". Senyuman Faliq meleret

"Apa plan baik kau tu ha ha?".

"Wait and see". Mula la kedengaran ketawa jahat Faliq Dan Haniq didalam bilik. Makin lama makin kuat sebab diaorang lumba siapa lagi kuat suara tengah ketawa jahat. Sampai ke dapur dengar along yang melintasi kamar mereka berdua terus masuk dengan muka serious. Terdiam seketika Faliq dan Haniq.

"Apa kau orang buat ni". Dengan nada serious, tiada riak wajah terhibur dipamerkan.

"Ge..g..gelak jahat?". Serentak mereka menjawab.

"Nak join".

Along mula gelak jahat makin lama makin kuat. 3 suara sedang berlawan agaknya siapa yang menang?

*****

"Hiyarghhhhhh".

Tenku mengeliat sambil merenggang kan otot badan nya. Mata nya terkebil memerhatikan tarikh di telefon pintar nya.

"Long time no see. Tak sangka kau bakal bini aku. Aku akan buat kau sengsara even though kau bestfriend aku dulu".

Riak wajahnya berkerut menandakan sedang memikirkan rancangan untuk melepaskan diri daripada bakal isteri. Terangka di kepala nya untuk menyeksa mental fizikal bakal isterinya.

"Apa kau buat dekat aku sekarang sampai mak aku tampar aku. Aku akan balas".

Telefon dibaling ke tilam. Seraya bangun untuk ke kamar mandi. Menyegarkan fikiran dan menghilangkan kekusutan yang bertamu.

Manakala ditempat lain situasi berlainan..

"Uhuk uhuk uhuk." Tersedak dibuatnya woi. Siapa yang mengutuk aku kat belakang ni. Segelas air disua oleh angah aku ambil.

"Kesian adik along ni memerah muka dia". Along tepuk belakang aku perlahan.

"Ada lah ni rindu rindu tu yang menyebut uhuk". Achik menyampuk sempat dia berlaga tumbukan dengan along serta angah. Ummi hanya menggeleng sambil pandangan nya kembali terarah kepada kaca tv.

"Dah lah tepuk sikit dah. Ni macam nak tercabut mata aku kena debik gan kau long". Aku menyeringai menahan sakit. Along ni focus bebenor menepuk belakang aku. Aku yang menahan sakit.

Along tersengih.

"Tarikh dah nak dekat. Are you ready?". Along menyoal aku. Along ni walau perangai macam jibake tapi dia ni penyayang dan caring orang nya. Kenapa lah dia abang aku hm.

Aku hanya menjeling barang hantaran pihak aku yang sudah siap digubah oleh aku ummi dan beberapa mak cik aku yang datang dua tiga hari kebelakangan ni. Helaan berat aku lepaskan. Berat hati aku nak meneruskan sebenarnya.

Berbolak balik hati aku ni. Samada ingin meneruskan atau tidak. Pada aku perkahwinan bukan untuk dibuat main. Yelah siapa je nak main main kan. Kadangnya aku rasa ni penangan Hadfie. Aku terlalu sayangkan dia sampai pintu hati aku tutup rapat tiada anasir jahat dapat memasuki hati ni. Huuuu dah macam hikayat pulak gaya cerita ni.

'Ke masih rindu dengan Hadfie hah Aulia?' Akal

'Ke masih sayang' Hati

"Sibuk la" gumam ku perlahan. Seraya ku mengelengkan kepala mengusir anasir anasir luar yang tidak bertauliah.

"Doa yang baik baik ja". Senyum paksa aku ukir tanda okay.

Persoalannya,

Betul ke

Aku okay ?

Tepuk dada tanya la akal.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau ada typo atau pun hambar mintak maaf ya 👌 vote and komen amat dihargai thankyou 🌻

Suri Hati Mr. Hadfie [SU]Where stories live. Discover now