Kaki aku melangkah laju ke arah bangunan tinggi tersebut. Aku mempercepatkan lagi hayunan kaki ku. Aku terlambat bangun hari ini sudah lah mempunyai pelbagai urusan. Otak ku ligat memikirkan alasan apa yang patut aku beri pada orang atasan. Aku dah lambat ni ramai pulak berjalan dengan slow tak reti la jalan laju sikit gamaknya sudah terlewat 5 minit. Menunggu lif saja dah makan masa beberapa minit. Meeting di tingkat 12. Ah sudah mati la nak.
Aku masuk hospital beberapa hari menjadikan aku kelam kabut sebegini. Dengan kerja berlambak tak berusik dengan segala macam masalah. Ah serabutnya otak aku. Bunyi dentingan lif buat Aku tersedar yang lif dah sampai ke aras aku. Terus saja aku meluru ke perut lif. Aku melihat jam serasa lif bergerak lambat aku ni dah bagaikan kucing hilang anak dah ni. Eh eh bagaikan cacing kepanasan laa. Aku terus terusan menyumpah seranah si pencipta lif.
'Kau yang salah sebab lambat lepastu kau marah pulak orang yang cipta lif ni'. Hati ku berdesis lalu ketawa sinis dengan kebodohan seketul Aulia.
Pada aras 9 lif berhenti menandakan ada orang yang ingin masuk sebab tak ada yang tekan number 9. Ke aku yang buta ni. Segera aku memberikan sedikit tempat untuk orang itu masuk.
Ini jodoh ke bodoh ni? Hadfie melangkah masuk dan berdiri bersebelahan aku. Aku hanya diam menikus dan mula berfikir jauh kemana hala tuju nya hidup aku nanti..
Kalau aku lambat aku akan terlepas projek cafe ni. Kalau aku terlepas confirm aku tak ada pendapatan. Kalau tak ada pendapatan dah confirm aku tak boleh sara hidup anak anak aku kalau tak boleh sara hidup macam mana nak hidup?!
Jauh nau memikirnya tu.
Sedar tak sedar dah sampai dah ke aras yang aku ingin pergi. Aku melangkah keluar diikuti Hadfie dan beberapa orang lain. Hmm bagus aku sampai akhirnya.
Kejap
Jatuh rahang aku
Terkezut
Aku cakap Hadfie ke tadi? Segera aku toleh ke belakang dan betul dia pun disini dan melangkah masuk ke satu bilik. Ingin sahaja aku wachaa muka ku sendiri bilik yang dimasuki Hadfie itu bilik yang bakal aku tuju sekarang. Apa malangnya nasib kau ni seketul Auliaaaaaaa.
Antara tiga je. Aku patah balik dan keluar dari bangunan ini. Atau aku teruskan sahaja niat halal aku. Atau aku terjun sahaja keluar dari tingkap yang makcik cleaner ni bukak nak jirus air keluar. Aku lagi berminat dengan pilihan ketiga tu. Haishh apa aku merepek ni astaga Aulia sempat lagi kau bermonolog kat sini. Tanpa berfikir panjang aku segera mendekati meja penyambut tetamu untuk memaklumkan perjumpaan harini dibatalkan berserta ucapan mintak maaf. Segera penyambut tetamu itu interkom bossnya. Aku segera berlalu dari ruangan ini untuk menunggu lif. Atau lebih tepat melarikan diri? Hari ini memang waktu seakan bergerak lambat aku rasa. Pasal apa aku tunggu lif ni macam masih sempat lagi buat chapter 12. Nak dipendekkan cerita aku dah naik bosan tunggu lif ni.
Seakan terdengar deheman yang sangat aku kenali. Terus tegak berdiri segala bulu roma yang aku ada. Ini adalah satu masalah negara. Aku segera memasuki lif sebaik sahaja iya turun. Cantekkk kau bagi kerjasama kalini. Sejurus pintu lif ingin tertutup ada satu tangan kekar menahan pintu lif. Aku dengan muka terkejut chimpanzee nya hanya mampu memandang dan meneguk air liur. Serasa dalam lif ni umpama neraka. Tiba tiba panas berpeluh seram sejuk semua bercampur menjadi coco power rangerss. Okay gurau.
Ada suara garau memecahkan tembok kebisuan.
"Saya rasa kita ada benda yang tak settle lagi lah. Kan... Cik Nuraulia Nadeena?".
Suara yang sangat aku kenali menembak pendengaran aku. Soalan yang mampu membunuh seketul manusia pendek bernama Aulia. Lantas ku menoleh memandang empunya suara. Si dia hanya memandang ke pintu lif manakala aku sudah beratus kali meneguk air liur yang dah kering ni.
You
Are
Dead
Aulia
×××
Hadfie pandang sisi. Memandang seketul manusia yang bakal dihukum gantung sampai pengsan. Sambil memegang stereng seraya mempamerkan senyuman sinis. Bodoh Aulia macam mana kau boleh ada dalam kereta dia ni.
'Mana aku tahu'
Dalam kereta ni tiba tiba aku rasa sempit dan panas. Yelah kalau tak apahal aku berpeluh muka merah ni?!
"Kau memang tak ada mulut ke Aulia?".
Soalan apa ni bodoh? Rasa nak wacha je muka handsome mamat sebelah ni.
Aku perbetulkan anak tekak aku dulu.
"Ehem sorry tak rasa nak bercakap".
"Oh i see". Dia mengangguk kecil. Terus menyambung kata katanya. "Kau tahu salah apa kau buat harini?".
"Tahu". Ringkas jawapan diberikan.
"Satu, kau lewat. Dua, kau cancel last minute. Tiga, kau biadap sebab mencuri". Aku menoleh bila terdengar pertuduhan yang dibacakan ke atas aku. Weh ni melampau siak bila masa aku mencuri ni.
"Bila masa saya mencuri ni? Saya baru jejak kaki kat tempat awak tu tak sampai 5 minit lepastu awak tuduh saya mencuri. Awak ni kenapa sebenarnya?". Naik seoktaf suara ku. Dada aku naik turun secara kasar tanda aku geram yang amat sangat. Memikirkan lagi yang angah atau mungkin semua adik beradik aku termasuk dia menipu aku. Buatkan aku rasa nak meletup sekarang. Nak tapak je muka masing masing dengan kaki kecik aku ni.
"Mencuri hati still dikira salah sebab tanpa izin right". Terkedu aku. Aku toleh memandang dia. Dia pula masih tenang memandu. Mencari kebenaran disebalik penipuan. Tapi tak dapat di kesan. Zero.
Sudahnya aku diam tidak membalas. Masih lagi terkesan dengan kejutan buaya eh eh budaya yang diberikan oleh Hadfie. Hanya radio jadi peneman kami berdua sehingga tiba ke destinasi yang tidak diketahui oleh aku.
Eleh Aulia lebih lah kau. Destinasi yang tidak diketahui konon. Sebenarnya kau tadi tak ada transport kan tengah tunggu grab lepas tu Hadfie nampak dan macam biasa dia paksa kau masuk kereta dia ni. Auta sahaja ini orang loh.
Ikut hati aku ni nak je bunuh author ni memandai je kantoikan keberadaan kisah yang sebenar ni. Ish.
Pendek jelah kali ni anak anak. Mak tak larat dah.
YOU ARE READING
Suri Hati Mr. Hadfie [SU]
RomanceStarts: thursday , 15 , august , 2019 End: 'My Heart just belong to you Abang, The reason why im still here just because of you'. Kelopak mata ku buka, Senyuman dia yang menghiasi iris mataku. Doaku sering mengiringi mu sayang. Andai ini semua mim...