Raff dan Puteri Zafira akhirnya berkahwin jua.
Walaupun Raff seorang yang kuat dan mahir berlawan, Raja Lance tetap tidak membenarkan dia menyertai pasukan tentera diraja. Ini kerana, pasukan tentera diraja hanya layak disertai oleh anak-anak orang kenamaan sahaja.
Walaupun sudah 2 tahun setengah Raff mengahwini Puteri Zafira, tidak sekalipun Raja Lance menganggap Raff sebagai keluarganya. Dia merelakan perkahwinan tersebut hanya kerana ingin menjaga hubungan persahabatan antara kerajaannya dan Kerajaan Air.
"Rusuhan para petani di kawasan utara sudah terlalu parah, Tuanku. Kita perlu hentikan mereka segera," ucap Menteri Kebajikan, Aiden kepada Raja Lance.
"Beta tak mahu ambil tahu tentang hal ni. Kita bincang tentang hal lain saja." Raja Lance menolak.
Raff yang kebetulan sedang berjalan di luar dewan mesyuarat, terdengarkan perbicaraan tersebut. Dia lantas mengetuk pintu dewan dan masuk ke dalam.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Raja Lance tidak selesa.
Raff menapak, lalu berhenti apabila dia tiba berdekatan Raja Lance. "Saya terdengar perbicaraan Tuanku. Sebenarnya, para petani cuma nak minta bantuan pihak kerajaan, untuk dapatkan baja dengan harga yang lebih murah."
"Peniaga menjual baja dengan harga yang terlampau mahal. Namun, membeli semula hasil tanaman petani dengan harga terlalu murah pula. Usaha keras mereka bagai tidak membawa sebarang keuntungan."
"Jadi, seandainya pihak kerajaan boleh membuat rondaan terutamanya di kedai dalam kawasan Kota Landelia, pastikan harga jualan barangan seperti baja berada dalam harga kawalan, sudah mampu meredakan kegusaran hati para petani. Jadi, pihak kerajaan perlu kerahkan tentera untuk jalankan siasatan di..."
"Raff. Beta tak perlukan buah fikiran dari kamu. Keluar, sekarang." Arah Raja Lance pada Raff.
Raff terkedu. "Maafkan saya." Raff mula melangkah keluar.
"Budak tukang besi nak bagi nasihat dekat Tuanku? Tak sedar diri betul." Caesar, Menteri Pertahanan Raja Lance bersuara. Terdengar tawa besar-besaran mereka.
Raff melangkah keluar dari dewan mesyuarat dengan tangannya menggenggam penumbuk, menahan amarah.
Raff akhirnya tiba di tempat kerjanya, kedai tukang besi.
"Raff... ada masalah?" soal Peter, lelaki yang pernah menyelamatkan Raff suatu tika dulu.
"Hina sangat ke saya sebagai tukang besi?" Raff duduk menghadap meja. Mata hanya memandang meja itu, kosong.
Peter sangat arif mengenai tindak tanduk Raff memandangkan hampir 3 tahun dia mengenali Raff. Raff sangat tidak menyukai ketidakadilan. Peter menggeleng kepalanya.
"Raff. Tukang besi, seharusnya tidaklah hina. Tanpa kita, dari mana istana nak dapatkan bekalan senjata? Dan Raff... itulah yang namanya manusia. Ada yang suka memandang rendah pada orang bukan setaraf mereka." Peter menjawab dengan tenang. Bahkan dia sendiri pernah dihina sebegitu.
"Tapi, tak semua Raff. Tak semua begitu. Puteri Zafira masih bisa melihat manusia, bukan pada pangkat dan nama, tapi hati kita-kita." Peter tersenyum lemah.
"Zafira..." Raff menyebut, juga lemah.
Puteri Zafira...
Permaisuri Hatiku yang Tercinta...
Isteri yang aku sayangi.
Isteri yang cuba aku lindungi.Tapi...
Kuatkah aku?"Hanya jika kau berjaya (kau berjaya... berjaya) mencari kedamaian, barulah engkau aku terima (aku terima)..."
Pandangan Raff kelam. Hanya suara seorang lelaki terdengar.
"Pulanglah (pulanglah)... sudah lama ku menanti... sudah lama ku menunggu... Pulanglah (pulanglah)..." Suara dan susuk tubuh seorang wanita terlihat dalam gelap. Wajahnya kabur.
Lama kelamaan, dua suara itu seakan-akan bertindih sesama sendiri. Bergema.
Dada Raff dirasakan semakin sesak. Dadanya bagai dihimpit. Nafasnya berombak, kuat.
"Siapa kau?" Raff terjaga dari tidurnya bersama titisan keringat yang memutik di dahi. Mimpi yang sama... lagi. Siapa mereka? Dan... siapa aku, sebenarnya?
Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊
YOU ARE READING
Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚
Fantasy(Siri 1of2:- Siri Pertama ini, mengenai pasangan Dash dan Zafira... Memaparkan bagaimana segala konflik bermula ⚔️) ❄️ Dash telah diamanahkan oleh datuknya, Raja Lewis iaitu raja Kerajaan Angin, untuk mencari kedamaian antara kerajaannya dan Kerajaa...