06 "Aku Terlalu Cintakanmu"

97 11 2
                                    

Pembantu istana menyerahkan dua bilah pedang, setelah dipinta oleh Putera Indra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pembantu istana menyerahkan dua bilah pedang, setelah dipinta oleh Putera Indra. Putera Indra yang berjarak 5meter, mula menapak ke arah Raff.

Raff disuruh untuk memilih pedang yang ingin dia gunakan. Pedang di tangan kiri Putera Indra, dipilihnya.

Putera Indra melangkah lima tapak ke belakang. Pedang dibawa ke dada, dengan mata pedang menghala ke atas... melepasi kepala. Putera Indra kemudian menunduk kepada Raff.

Aksi sama dilakukan juga oleh Raff terhadap Putera Indra, sebagai tanda mereka berdua, telah pun bersedia.

Pertarungan bermula dengan serangan dari Putera Indra. Jelas, hujung mata pedang Putera Indra tanpa henti cuba mencari darah merah Raff. Pedangnya sentiasa cuba menikam tubuh Raff.

Tidak menyerang. Raff sebaliknya sekadar menggunakan teknik pertahanan. Tusukan demi tusukan pedang Putera Indra sekadar ditangkis, tanpa serangan balas.

"Serang aku! Jangan hanya bertahan! Serang!" amuk Putera Indra. Dia sudah hampir kepenatan. Setelah beberapa minit mereka bertarung, Putera Indra hampir berjaya menusuk tepat di tengah dada Raff.

"Raff!" Puteri Zafira di tingkat 2, menjerit ketakutan.

Raff refleks pantas. 'Ini masanya.' Hati Raff terdetik. Dia menangkis serangan Putera Indra dengan melagakan mata pedang mereka, lalu membuat pusingan 360 darjah dengan pedangnya.

Selesai membuang serangan dari Putera Indra, Raff melangkah dua tapak ke hadapan, dia kini berdiri di sisi kiri Putera Indra. Tangan kanan Raff kemudian menyiku belakang tubuh Putera Indra.

Tubuh Putera Indra terkehadapan setapak. Dia hilang kestabilan.

Lantas, Raff menendang pula pelipat kaki kanan Putera Indra, membuatkan Putera Indra jatuh tersungkur. Pedang di tangan Putera Indra tercampak sejauh 2meter.

Di saat Putera Indra ingin bangun semula dari jatuhnya, hujung mata pedang Raff terlebih dahulu menyapa pandangan.

Putera Indra bergerak, ingin bangun. Namun, Raff merapatkan lagi mata pedangnya ke tengah-tengah dahi Putera Indra.

Putera Indra akhirnya mengangkat kedua-dua belah tangan, tanda mengalah.

Raff melangkah tiga tapak ke belakang. Pedangnya dibawa turun ke sisi. Namun matanya masih tidak melepaskan Putera Indra. Dia masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Putera Indra bangun dari duduknya. Terdengar bunyi dentingan, apabila Raff melepaskan pedangnya jatuh ke lantai.

"Aku berjaya mengalahkanmu. Namun, Puteri Zafira, tetap milikmu. Aku bukan siapa-siapa yang berhak mendapatkannya. Aku bukan putera raja, bukan juga kekasihnya. Aku..."

"Raff!" Puteri Zafira melaung. Dia berlari menuruni anak tangga, mendapatkan Raff. "Raff. Aku suka kau. Aku sayang kau. Aku tak mahu berkahwin dengan lelaki lain, selain kau..." Puteri Zafira berbicara secara terbuka, agar seluruh dewan mendengarkannya.

Raff terkejut. Dahinya berkerut.

"Zafira... aku tak layak..."

"Raff..." Tangan Putera Indra memaut bahu Raff. Raff tersentak.

"Raff, kamu ialah seorang laki-laki yang lebih dari sekadar layak, buat mempertahankan Zafira." Putera Indra berkata pada Raff.

"Saya cuma tukang besi..."

"Yang lebih dari sekadar jaguh dalam bermain pedang." Putera Indra tersenyum.

"Tuanku, maafkan saya. Saya tak mampu menangkan pertarungan ini. Berarti, saya juga tidak mampu melindungi Zafira. Maka, saya berharap tuanku tunaikanlah permintaan saya. Kahwinkanlah mereka berdua."

Bagai terjatuh berderai jantung Raja Lance.

Buntang mata Raff mendengar permintaan Putera Indra. "Putera Indra, terlalu besar permintaanmu..." Raff gusar.

"Tuanku, saya telah kalah dalam perlawanan ini. Sesuai dengan perjanjian saya, Zafira harus menjadi milik Raff." Putera Indra meminta lagi kepada Raja Lance.

"Tuanku, saya pulang dahulu. Tempat saya bukan di sini." Dua langkah Raff menapak ingin keluar dari dewan mengadap, Zafira terlebih dahulu memeluknya dari belakang.

"Raff... aku terlalu cintakanmu..."

Do you mind hit the 🌟 below?Thank you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 🤗

Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚Where stories live. Discover now