Putera Dash ialah anak kepada Putera Will dan Puteri Faith. Dia mampu mengawal DNA Api dari ibunya. Dia membesar dengan baik tanpa berubah menjadi ganas.
Berkat latihan oleh Putera Will dan pahlawan Klan Api, Dash akhirnya menjadi pemedang yang hebat. Namun, Dash tidak dikurniakan sebarang kuasa elemental.
Pada usia 17 tahun, Putera Dash dibawa pulang ke Kerajaan Angin. Gempar kesemua kerajaan mendengar berita itu.
Ayah Putera Will, iaitu sang Raja Lewis, enggan menerima Dash sebagai keturunannya. Namun, setelah melihat keramahan dan kebaikan Dash pada rakyat jelata, raja mula berlembut hati.
Raja akhirnya memberi kata putus, "Dash... pergilah ke Kerajaan Tanah. Bawakan kedamaian antara Kerajaan Angin ini dengan kerajaan mereka. Andai dua buah kerajaan ini mampu bersatu seperti asalnya, maka... kau akan ku terima sebagai keluarga."
Tanpa ada pihak lain yang mengetahui... Raja Lance yang memusuhi Putera Will telah mengutus tentera rahsianya untuk membunuh Putera Dash!
Tentera Raja Lance menyelinap masuk ke Istana Kerajaan Angin, lalu menyamar menjadi tentera di situ selama dua minggu. Mereka berdampingan dengan Dash.
Nasib menyebelahi mereka, kerana berjaya mendengar sendiri akan berita, bahawa Putera Dash harus turun ke Kerajaan Tanah.
Mereka melaporkan kepada Raja Lance mengenai hari dan masa... mereka akan turun semula ke Kerajaan Tanah, lantas akan membunuh Putera Dash di sana.
Hari yang dinanti, akhirnya tiba.
Putera Dash diutus ke Kerajaan Tanah, berseorangan, atas arahan Raja Lewis. "Tiada sebarang manusia ku benarkan diutus buat membantu dia. Dan tidak ku benarkan sesiapa jua, menghantar sebarangan perisik buat mengintipnya."
"Dia harus berjaya, atas dasar usahanya. Jika sesiapa ketahuan, mencuba mencari tahu sebarang berita tentangnya... maka percayalah... dia selamanya tidak bakalan aku terima..."
Dash dihantar oleh juruterbang tentera Kerajaan Angin. Tanpa mendarat, Dash menuruni helikopter itu menggunakan tangga gantung. Dia tiba di dalam hutan berhampiran kota Kerajaan Tanah.
Di dalam hutan, Dash bertemu seorang lelaki yang sedang mengutip hasil hutan sebagai mata pencarian, Amra. Mereka berkenalan, lantas Amra menawar diri untuk membantu Dash keluar dari hutan, untuk masuk ke kawasan kota.
Tanpa pengetahuan Putera Dash, dia diekori tentera Raja Lance. Sedang Dash dan Amra berjalan, para tentera Raja Lance yang berjumlah 5 orang itu, bersemuka dengan Dash.
"Mengapa kamu semua di sini? Aku diarahkan turun ke sini berseorangan tanpa bantuan sesiapa." Putera Dash bertanya dengan senyuman.
Namun, dia amat terkejut kerana tentera tersebut menyerangnya. Putera Dash berjaya membunuh mereka berlima, namun dia tercedera parah. Amra turut sama terbunuh oleh tentera Raja Lance.
Sedang Putera Dash berjalan ingin keluar dari hutan, dia tergelincir dari tebing dan jatuh ke dalam sebuah gua.
Seorang tukang besi, Peter, menjumpai Dash ketika dia hendak mencari bahan buat menempa senjata. Peter membawa Dash pulang ke rumahnya.
Raja Lance dengan diiring tentera istana, masuk ke dalam hutan berdasarkan laporan yang diterimanya. Dia ingin melihat sendiri mayat 'Putera Dash'.
Raja Lance akhirnya tersalah dengan beranggapan... Amra yang terbunuh itu, ialah anak kepada Putera Will.
Mayat kelima-lima tenteranya bersama mayat Amra, diarahkan untuk dibakar serta-merta. "Puas hati aku! Aku hilang Faith, kau hilang anak kau, Will!"
Setelah bangun dari jaga, Putera Dash hilang ingatan akibat gegaran kuat di kepalanya sewaktu terjatuh ke dalam gua.
Kerana dia tak mampu mengingati apa-apa, namanya berubah dipanggil sebagai 'Raff'. Raff yang tinggal bersama Peter akhirnya bekerja bersamanya, sebagai tukang besi.
Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 🤗
YOU ARE READING
Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚
Fantasy(Siri 1of2:- Siri Pertama ini, mengenai pasangan Dash dan Zafira... Memaparkan bagaimana segala konflik bermula ⚔️) ❄️ Dash telah diamanahkan oleh datuknya, Raja Lewis iaitu raja Kerajaan Angin, untuk mencari kedamaian antara kerajaannya dan Kerajaa...