Zarf, Dian, Clara dan Claire duduk di atas bangku panjang itu, diam. Mereka berempat baru sahaja habis dimarahi oleh Raff.
Raff masih mundar-mandir di depan pintu kamarnya. Lama betul. Sebelum ni, tak pernah selama ini. Suara hati Raff berkata. Pintu kamar akhirnya dibuka, "Zafira macam mana?" soal Raff pantas.
"Tahniah. Anak kamu sihat, perempuan. Zafira ada di dalam. Dia juga sihat." Jawab Gwen, bidan diraja.
Raff tersenyum bahagia. "Terima kasih." Lantas dia berjalan pantas masuk ke kamar.
Zafira dilihat sedang duduk di katil, sambil memegang anak kelima mereka. Dia turut tersenyum melihat kehadiran Raff.
Raff mencium dahi Zafira sejurus tiba. Dia kemudian melabuh duduk di sisi isterinya.
Para pekerja istana mula keluar dari kamar satu persatu. Manakala Zarf, Dian, Claire dan Clara pula mulai masuk dan menghampiri ibu ayah mereka.
Raff menerima huluran dari Zafira. Anak kecil itu berpindah tangan. Raff kembali tersenyum. Anakku. Cahaya hidupku. Wajah anak itu dicium. Syukur.
Zarf kini sudah berusia 5 tahun, manakala Dian 4 tahun. Si kembar Clara dan Claire pula, 2 tahun.
Zarf mengangkat Clara, Dian pula mengangkat Claire. Setelah meletak adik mereka ke atas katil, barulah mereka berdua sendiri menaiki katil.
Mereka mengerumuni lalu mengambil giliran mencium adik kecil mereka, yang berada dalam dukungan Raff.
"Sayang... ramai betul heroin kita. Hero satu je. Macam mana ni? Nak kena mengandung lagi ke?" Puteri Zafira bercanda. Raff tersenyum menggeleng.
Zarf mendekati lalu memeluk ibunya, "I love you, ma..." Lantas pipi ibunya dicium.
"I love you more sayang..." Giliran Zafira pula mencium dahi anak sulungnya.
"Jadi, apa nama si kecil ni?" Raff menyoal Zafira.
"Entahlah, sayang. Sayanglah tolong pilihkan." Zafira membalas.
Nama Zarf dulu, Raff yang pilih.
Dian, Zafira pula pilih.
Clara, Raff.
Claire pula, Zafira.
Jadi, kalau nak diikutkan, ini giliran Raff memilih."Hmm... betul, sayang tak nak pilih?" Raff menyoal. Puteri Zafira sekadar mengangguk dengan senyuman.
"Kalau macam tuu..." Raff berfikir, panjang. Semoga, kehadiran permata kecil ini mampu memberi cahaya pada Kerajaan Tanah. Semoga kerajaan ini akan jadi kerajaan yang lebih baik dengan kehadirannya. Cahaya...
"Akira." Kata Raff sepatah.
"Akira? Cahaya?" soal Puteri Zafira.
"Iya. Cahaya." Jawab Raff.
"Sedap..." Balas Zafira.Ppaaaannngggggg!
Pintu cermin balkoni kamar mereka pecah. Terlihat tentera bersenjata menyerang masuk.
Raff bangun dari duduk, cemas. Akira pantas dikembalikan pada Zafira. Rendezvier di sisi katil dicapai laju.
Zafira bangun dari duduk di katil. Dia membawa anaknya yang berlima ke hujung sudut kamar.
Dari luar kamar, bunyi menjerit dan berlawan makin gamat kedengaran. Istana diserang, lagi!
Makin ramai tentera berseragam Kerajaan Angin dan Kerajaan Api yang menceroboh masuk, dari balkoni dan jendela kamar.
Raff terpaksa berlawan dengan hampir 6 orang tentera yang bukan calang-calang skill bertempur mereka.
Lama mereka berlawan. Raff berasa pelik. Kenapa mereka tak nak cederakan aku? Raff perasan, mereka hanya menyerang Raff, tetapi mengelak dari membuat sebarang luka pada tubuhnya.
Dua orang tentera lagi masuk ke kamar dari arah balkoni. Seorang darinya bertubuh badan besar, dengan rambut panjang paras bahu berikat belakang, serta berjanggut.
Raff tiba-tiba merasa sakit di kepalanya. Terlihat bayangan lelaki berbadan besar itu... bergelak ketawa... bersama-samanya.
Bayangan apakah ini? Raff menggeleng kepala.
"Disaat kau rela mati untuk selamatkan orang yang kau sayangi, maka lenturkan pedang ini sekuat hatimu. Jika hati kau murni, jika niat kau suci, maka pedang ini akan tahu. Dan, AKIRA (cahaya), akan membimbing langkahmu." Suara Peter terngiang di telinga Raff.
Walaupun Raff masih meragui kata-kata dramatis Peter, namun dia sudah menemui jalan buntu. Dia sudah tidak mampu melawan musuh sekuat dan seramai itu.
Tanpa membuang masa, Rendezvier di tangannya dilentur sedaya upaya. Titik darah Raff membasahi mata pedang.
Lalu, Rendezvier mengeluarkan cahaya terang, berwarna biru yang menyilaukan mata semua manusia di kamar itu untuk tiga saat.
Raff terkedu. Bahan apa yang Peter gunakan untuk tempa pedang ini? Sangat aneh!
Raff melepaskan pegangan tangan kirinya setelah berasa mata pedang itu mula bergerak, ingin kembali ke posisi asalnya. Tetapi, mata pedang bergerak sangat perlahan, terlalu perlahan!
Sedang mata pedang itu mencuba kembali ke bentuk asal, seorang tentera berlari dan mengenakan alat renjatan elektrik pada badan Raff.
Raff tak sempat mengelak, kerana dia masih berasa kagum dengan keunikan pedang tempaan Peter itu. Badannya direnjat kuasa elektrik, lalu menyebabkan Rendezvier terlepas dari tangannya.
Rendezvier berhenti mengeluarkan cahaya, dan mata pedang kekal dalam keadaan bengkok. Raff terjatuh melutut ke lantai kamar. Tenaga dari badannya seakan tiada.
General Khaled, berjalan menghampiri Raff.
...
(bersambung)Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊
YOU ARE READING
Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚
Fantasy(Siri 1of2:- Siri Pertama ini, mengenai pasangan Dash dan Zafira... Memaparkan bagaimana segala konflik bermula ⚔️) ❄️ Dash telah diamanahkan oleh datuknya, Raja Lewis iaitu raja Kerajaan Angin, untuk mencari kedamaian antara kerajaannya dan Kerajaa...