08 🦁Zarf- Pelengkap Kebahagian

100 12 2
                                    

"Zafira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zafira... Raff..." Raff menyebut. "Zarf? Bagaimana dengan nama, Zarf?" Raff menyoal Puteri Zafira setelah dia berfikir-fikir.

Puteri Zafira tersenyum, lalu mengangguk setuju. Anak kecil di dalam dakapan Raff, dicium Zafira lagi.

Raff dan Puteri Zafira akhirnya dikurniakan anak pertama mereka. Anak lelaki. Si pelengkap kebahagian, setelah tiga tahun lebih mereka berumah tangga.

Mereka berdua sekadar duduk di atas katil. Puteri Zafira di sisi kiri Raff, duduk melunjur kakinya.

Raff pula duduk bersila di atas katil itu. Dia mengubah Zarf dari gendongan di tangan kirinya, ke tangan kanan pula. Cahaya bulan dari luar, cerah menerangi kamar mereka.

"Ibu mesti gembira kalau dapat tengok cucunya, kan?" Puteri Zafira melabuhkan kepalanya di bahu Raff. Hatinya terasa hiba. Zafira kehilangan ibunya, Permaisuri Wynter 10 tahun lalu, sewaktu Zafira baru berusia 10 tahun.

Pemergian Permaisuri Wynter adalah kerana sakit. Sakit yang Puteri Zafira sendiri tahu, adalah disebabkan oleh ayahnya yang kuat minum, pemarah, dan seringkali curang bersama perempuan lain. Ibunya selalu bersedih, sepanjang hayatnya bersama Raja Lance.

"Sayang..." Raff mencium dahi Zafira. "Abang cintakanmu." Raff menutur. Raff akan jaga Zafira sehabis daya Raff. Raff akan cuba lindungi keluarga kita sampai nafas terakhir Raff. Itu, janji Raff.

"Tapikan sayang, muka sayang nampak bulat betul sekarang..." Raff mencubit pipi Puteri Zafira.

Zafira mengaduh. "Alahh... Zafira bulat sekarang je. Nanti Zafira kuruslah semula..." Puteri Zafira berkata dengan muncung di bibirnya. Nak kata orang gemuklah tu!

Raff ketawa. "Tak mengapa. Sayang bulat pun, abang tetap sayang." Raff menarik Zafira ke dalam pelukannya... dengan sebelah tangannya masih mendukung Zarf.

"Jadi, memandangkan Zafira dah bulat, bidadari mimpi abang ke, Zafira yang lagi cantik sekarang?" Puteri Zafira menyoal.

"Hmm..." Raff kerut dahi, gaya berfikir. "Abang rasa, bidadari mimpi abang lebih cantik. Walaupun abang tak nampak mukanya, tapi abang nampak susuknya. Kurus... tinggi lampai..." Tiba-tiba, "Aduh!" Raff mengaduh.

Puteri Zafira mencubit lengan suaminya, sekuat hati. "Mengadanya dia sekarang ya!" marah Puteri Zafira.

Raff ketawa besar. Zarf yang tadinya tidur, kini terjaga dek terkejut. Bayi itu lantas menangis kuat. Raff panik.

"Raff yang ketawa kuat sangat... Raff pujuk Zarf semula bagi diam." Puteri Zafira bersuara, masih merajuk.

Raff cuba memujuk Zarf agar berhenti menangis. Dia gagal, lalu memutuskan untuk menyanyi perlahan.

Sebelum kau terlena
Dengarkan iramaku
Sebagai peneman rindu
Mengharungi malammu

Hilangkan resah hatimu
Hilangkan duka jiwamu
Yakinku ada disisi
Temani mimpi mimpi mu

Lagu dodoian yang sering Raff nyanyikan pada Puteri Zafira, dinyanyikan pada anaknya, Zarf. Dia berharap anak kecilnya itu akan berhenti menangis. Dua rangkap nyanyian dari Raff, ternyata mampu membuatkan anaknya diam, lalu kembali tidur.

Tuhan
Ku meminta kepadamu
Lindungi permaisuriku
Ku sungguh menyayanginya

Tangan kiri Raff menggenggam erat tangan Puteri Zafira. Betapa bersyukurnya yang Raff rasa, tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Sayang pegang erat jemariku
Dan jangan kau lepaskannya
Ku kan ada disisimu
Selamat malam cinta

Cuma satu yang dia harapkan... agar keluarganya mampu hidup aman, tenang dan bahagia, selamanya.

Terlalu besarkah, permintaannya?

(NOTA KAKI:-)Lagu: Selamat Malam CintaNyanyian & (Hak Milik) : Encik Mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(NOTA KAKI:-)
Lagu: Selamat Malam Cinta
Nyanyian & (Hak Milik) : Encik Mimpi

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊

Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚Where stories live. Discover now