11 "Raja Yang Layak Ku Sanjungi"

87 9 0
                                    

"Tak sangka! Raja setuju dengan cadangan aku! Nampaknya, raja dah arahkan Aiden untuk ke selatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak sangka! Raja setuju dengan cadangan aku! Nampaknya, raja dah arahkan Aiden untuk ke selatan. Kononnya, untuk uruskan hal kebajikan para penternak di sana," ujar Caesar dengan nada sinis.

"Waktu dalam perjalanan, akan ada tentera rahsia serang dia sebelum dia masuk ke kota selatan."

Lagi sekali, perbualan antara menteri diraja didengari Raff. Raja rancang nak serang Aiden? Tapi, kenapa? Takkanlah sebab...

"Suka hati je, dia berkawan dengan budak tukang besi tu. Siap sokong budak tu lawan cakap raja lagi! Memang cari nahaslah jawabnya."

Raff menggeleng kepala. Betullah... sebab, Aiden dah mula berkawan dengan aku. Aiden, satu-satunya menteri yang sokong kata-kata aku waktu hari serangan para pelombong dulu.

Tergamak mereka tikam belakang kawan mereka? Senang macam tu je, raja putuskan untuk hapuskan menterinya? Apa masalah Kerajaan Tanah ini, sebenarnya? Penuh dengan pembelot! Yang susah, ditindas-tindas! Yang senang, gembira dengan menggila!

"Bila dia akan pergi selatan?" soal lagi seorang menteri.

"Sekaranglah! Tapi... bukan pergi selatan ye. Pergi... mati." Lalu menteri bertiga itu tertawa besar.

Seraya mendengar akan hal itu, Raff bergegas lari, menuju ke kediaman Aiden. Belum sempat Raff sampai, dilihatnya kenderaan Aiden sudahpun bergerak meninggalkan halaman rumah. Raff berlari sepantas mungkin.

Aiden nak ke selatan. Jadi, dia wajib lalu persimpangan empat Quaddin... persimpangan yang memisahkan laluan untuk ke utara, selatan, timur dan barat. Aku sepatutnya boleh pintas dia di sana.

Raff berlari masuk ke hutan, bagi memintas Aiden. Sepuluh minit dia berlari di dalam hutan. Raff akhirnya tiba di pinggir jalan.

Dari jauh, terlihat kenderaan Aiden menghampiri persimpangan Quaddin. Raff cuba menambah kelajuan lariannya, agar dapat mengejar Aiden di depan sana.

"Tuan. Ada lelaki mengejar kenderaan kita di belakang. Sepertinya, Tuan Raff."

Aiden kerut dahi, lantas memeriksa belakang jalan. Raff? Kenapa dia berlari begitu? "Berhenti sekejap." Aiden memberi arahan pada pemandunya.

Raff melepas nafas lega melihat kenderaan Aiden berhenti di sisi jalan. Terlihat susuk tubuh Aiden yang keluar dari kenderaannya.

Setibanya Raff, "Kenapa ni? Ada masalahkah?" soal Aiden melihat Raff yang bersungguh-sungguh mengejarnya.

"Raja... arahkan... tentera dia.. serang kau."

Terkejut Aiden mendengar kata-kata Raff. Walaupun nafas Raff tersekat-sekat kerana penat berlari, namun sangat tajam menusuk telinga dan hati Aiden.

"Aku terdengar... menteri diraja... bersembang tadi." Sambung Raff lagi. Dia kemudian menarik nafas dalam, lalu menghela keluar. Nafasnya berjaya dikawal.

Aiden tersenyum tawar. "Jadi, aku nak pergi mana sekarang, Raff? Balik ke istana, dibunuh di sana? Atau, teruskan perjalanan dan dibunuh, entah di mana-mana?" soal Aiden tawar.

"Pergi je tempat lain! Tapi, bukan selatan yang pastinya." Raff bersuara. Dia juga tidak pasti, ke mana Aiden harus pergi.

Aiden menghela nafas berat. "Kalau aku benar tak lagi diingini... maka, aku tak akan ke selatan, utara, timur mahupun barat Kerajaan Tanah ini lagi."

Raff kerut dahi.

Aiden tersenyum bahagia. "Aku ingin pulang ke Kerajaan Air. Kerajaan asal ibuku. Raff... terima kasih."

"Jangan! Jangan berterima kasih. Ini salah aku! Andai saja kita tak berteman, pasti kau tak perlu tinggalkan kerajaan ini. Maafkan aku!" Raff memohon maaf.

"Tidak, Raff..." Aiden menggeleng kepalanya. "Kau hanya menjadikan sesuatu yang aku ragui, menjadi semakin kuat ku ingini..." Aiden tersenyum lagi.

"Dah lama aku nak tinggalkan kerajaan ini. Cuma, aku tak yakin untuk tinggalkan posisi, pangkat dan kejayaan aku di sini. Sekarang... aku dah tak ada apa yang hendak aku lindungi."

"Jadi, aku akan pulang ke pangkuan keluargaku di sana. Mereka sudah lama kecewa dengan pemerintahan Raja Lance dan pulang ke Kerajaan Air. Sekarang, giliran aku pula. Terima kasih, Raff." Aiden menghulur tangannya.

Raff menggenggam jabat tangan itu, kuat. Sempat mereka berpelukan.

Aiden masuk semula ke dalam kenderaannya, memberi arahan kepada pemandu untuk menghantarnya ke barat, ke gerbang masuk utama Kerajaan Air.

Jendela kenderaan diturunkan, lantas Aiden berbicara, "Suatu hari nanti, aku akan pulang ke sini. Di saat engkau... Raff... menjadi raja yang layak aku sanjungi."

Kenderaan Aiden meninggalkan Raff yang yang dihujani oleh segenap kecelaruan. Raja? Aku?

Do you mind hit the 🌟 below?Thank you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊

Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚Where stories live. Discover now