12 Rendezvier

75 10 0
                                    

Seperti hari-hari biasanya, Raff berada di kedai tukang besi untuk bekerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti hari-hari biasanya, Raff berada di kedai tukang besi untuk bekerja. Dia sedang menyemak senarai rekod tempahan.

"Raff..." Panggil Peter.

Raff menoleh ke belakang. Terlihat Peter memegang sebilah pedang. Ukirannya amat cantik. "Wah... pedang tempahan siapa?" soal Raff kepada Peter sambil tersenyum, mengagumi keahlian seni menempa Peter.

Peter tersenyum sebaris. "Ini untukmu, Raff." Peter menghulur pedang tersebut kepada Raff.

Raff terkaku. Tiga saat kemudian, dia tak lagi mampu mengawal senyum bahagia. Senarai tempahan diletak ke atas meja, lalu pedang pula dicapainya dengan gembira. Dia melayangkan pedang tersebut. Ringan! Selesa.

"Peter, aku ini, tentera kerajaan bukan, kesatria... lagilah bukan. Layak ke aku menggunakan pedang sehebat ini?" Raff tersenyum tawar.

"Raff... disaat kau rela mati untuk selamatkan orang yang kau sayangi, maka... lenturkan pedang ini sekuat hatimu. Jika hati kau murni, jika niat kau suci, maka pedang ini akan tahu. Dan, AKIRA (cahaya), akan membimbing langkahmu." Jelas Peter dengan tenang.

Raff mengjungkit keningnya. Mengagumi keahlian Peter berkata-kata. Peter... seni tangannya yang menempa senjata, tanpa dapat diragukan lagi, jelas-jelas ianya hebat!

Namun... kata-kata Peter ialah senjata yang lebih tajam, dan lebih hebat dari seni tangannya! Itu juga, tanpa dapat aku ragukan lagi!

"Terima kasih! Aku mahu cuba pedang ini sekejap, boleh?" Raff tersenyum pada Peter, polos.

"Marilah... Aku juga mahu melihat kamu mencuba Rendezvier." Ajak Peter pula.

"Wah... jadi, namanya Rendezvier?" Raff tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya. "Tapi... tak mengapakah kita tinggalkan Benji seorang saja di kedai ini?" Raff menyoal pula, risau.

"Tidak! Tidak! Sangat tidak boleh! Abang Raff nak mencuba pedang baru itu, kan? Benji juga mahu melihat. Kita tutup sahaja kedai ini dahulu. Nanti sudah selesai pertarungan, baru kita kembali dan buka kedainya semula."

"Alang-alang, kita boleh makan tengah hari terus di sana." Benji menutur lagi sambil berjalan ke pintu, bersedia untuk tutup kedai. "Cepatlah keluar." Dia memberi arahan.

Raff dan Peter sekadar tersenyum dan mengikut. Benji baru berusia 15 tahun. Dia mengikut jejak langkah ayahnya, menjadi seorang penempa senjata. Dan... hasil seni tempaan dan ukiran Benji adalah seringkali lebih halus dibandingkan dengan Raff.

Maka, dikeranakan itulah, Raff hanya bertanggungjawab mengurus tempahan dan akaun perniagaan Peter. Dia sudah menyerah kalah untuk belajar menempa pedang yang perlukan hasil seni halus. Raff hanya mampu menempa pedang yang tidak mempunyai permintaan ukiran khusus.

Mereka berjalan melangkah menuju ke kedai makan Harry, beriringan. Gelak tawa bahagia menghiasi perbualan mereka bertiga.

Masuk sahaja ke dalam kedai Harry, sebuah meja yang kini dihuni beberapa orang... dihampiri Raff.

"Raff... pedang baru nampak. Mahu bertarung?" soal Leon, salah seorang tentera elit yang seringkali bermain pedang bersama Raff. Setiap kali Raff datang ke sini bersama sebilah pedang, itu bermaksud dia akan mencuba pedang tersebut.

Raff tersenyum segaris. "Sibuk ke? Dah habis makan?" Raff menyoal Leon.

"Dah lama dah..." Lantas, Leon mencapai pedangnya yang diletak di sisi meja sambil tersenyum, "Game, on?"

Raff membalas dengan sengihan. Mereka menuju keluar... ke gelanggang bersebelahan kedai makan Harry. Di sinilah Raff seringkali berlatih bermain pedang. Di sini juga, Raff pertama kali melihat Zafira.

"Korang! Abang Raff dengan Abang Leon nak battle!" Benji melaung kuat, membuat pengumuman.

"Ayah... jom naik tingkat atas." Benji mengajak Peter untuk naik ke atas, supaya dapat menyaksikan perlawanan pedang Raff dan Leon dengan lebih jelas. Mereka menuju ke beranda.

Ramai yang sudah menunggu di beranda selepas mendengar pengumuman tentang perlawanan antara Leon dan Raff. Mereka berdua itu adalah pasangan bertempur yang popular di Kota Landelia.

Raff dan Leon berdiri menghadap masing-masing. Pedang mereka dilagakan sebelum mereka melangkah setapak ke belakang, dengan senyum sinis dibibir masing-masing.

"The game, is, so... on." Raff tersenyum lagi.

Do you mind hit the 🌟 below?Thank you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊

Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚Where stories live. Discover now