05 Dipanggil Mengadap Raja Lance

95 12 1
                                    

Hari demi hari, Raff dan Puteri Zafira mulai rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari demi hari, Raff dan Puteri Zafira mulai rapat. Seringkali masa petang mereka dihabiskan bersama.

Enam bulan kemudian...

Raja Lance diberitahu mengenai perhubungan Puteri Zafira dan Raff yang sangat rapat.

Raff kemudiannya dipanggil ke istana Kerajaan Tanah, untuk menghadap Raja Lance. Raff dibawa ke istana dengan diiringi tentera diraja.

"Jadi, kau laa budak tukang besi tak sedar diri?" soal Raja Lance kepada Raff.

Raff mengetap giginya. Tangan automatik menggenggam penumbuk. Sudah seringkali dia mendengar cerita tentang Raja Lance yang terkenal dengan sifat diktatornya. Tapi... ini pertama kali Raff berhadapan sendiri dengan tuan empunya nama.

"Atas urusan apa Tuanku panggil saya ke sini?" soal Raff. Dipandangnya akan isi dewan. Ramai menteri kerajaan dan orang-orang kenamaan yang turut serta.

Raja Lance duduk di singgahsana dirajanya. Manakala sekeliling dewan pula tersedia podium yang agak meninggi dari lantai dewan. Tersedia kerusi di atas podium itu, yang kini dihuni tetamu kehormat istana.

Dilihat Raff, beberapa dari mereka, sedang tersenyum sinis menatapnya.

Puteri Zafira diberitahu oleh si dayang bahawa Raff dipanggil untuk mengadap Raja Lance. Zafira berlarian dari kamarnya menuju ke dewan menghadap diraja.

"Kau berteman dengan puteriku Zafira, atas alasan apa? Kau inginkan harta miliknya? Atau, kau dambakan takhta punyaku?" soal Raja Lance.

"Ayahanda!" Puteri Zafira melaung dari tingkat 2 istana. Dadanya terlihat berombak, manakala mulutnya masih tercungap-cungap akibat penat berlari tadi.

Tersentap seisi dewan. Semua anak mata tertumpu ke arah Puteri Zafira yang kini berada di balkoni tingkat atas sana.

"Raff bukan jenis lelaki yang macam tu!" Zafira mempertahankan Raff.

"Mana kamu tahu dia bukan jenis lelaki begitu?" soal Raja Lance pula kepada Puteri Zafira.

"Dia ikhlas berkawan dengan Zafira." Pertahan Zafira lagi.

"Zafira, kamu..." Belum sempat Raja Lance meneruskan kata-katanya, Raff terlebih dahulu memintas, "Puteri Zafira. Tak perlulah membela saya. Tiada gunanya." Kata Raff kepada Puteri Zafira.

"Tuanku... maafkan saya. Saya tak akan ganggu puteri Tuanku lagi. Saya sedar siapa saya. Sekadar tukang besi yang tiada apa. Maafkan saya." Raff memalingkan tubuhnya, ingin meninggalkan istana.

Belum sempat dia berbuat demikian, "Hey tukang besi!" Panggil pula seorang lelaki yang berada di samping sang raja. Lelaki itu, tidak dikenali Raff.

"Aku, Indra. Putera Indra, dari Kerajaan Air. Aku bakal ditunangkan sama Zafira pada minggu hadapan." Lelaki berbaju segak serba biru itu berkata. Dia mula melangkah perlahan-lahan, menghampiri Raff.

"Dan kau... kau telah mencalarkan maruahku, dengan berteman rapat sama Zafira." Langkah kakinya berhenti tepat di hadapan Raff. "Jadi, aku ingin mencabar kau... berlawan pedang bersamaku." Kata Putera Indra bersama senyum di bibirnya. Seisi dewan terkejut.

"Apa yang aku akan dapat, sekiranya aku menang?" soal Raff dingin.

"Terlalu yakin kamu.." Putera Indra tertawa sinis. "Jika kamu memang, Zafira milikmu!"

Lagi sekali, seisi dewan bagaikan dilanda bencana, terutamanya Raja Lance.

"Indra... kamu..."

"Tuanku... mohon jangan katakan bahawa Tuanku tidak mempercayai kemampuan saya..." Putera Indra berkata sambil tersenyum, lalu berjalan menghampiri Raja Lance semula.

"Tapi, dia..."

"Tak apa-apa tuanku. Percaya sama saya." Putera Indra meyakinkan Raja Lance.

Raja Lance gelisah. Dia selalu mendengar khabar bahawa Raff seringkali memenangi perlawanan di gelanggang Harry. Malahan, pernah juga Raff menumpaskan sekumpulan tentera elit.

Gusar hati Raja Lance. Takut Putera Indra juga akan dikalahkan oleh Raff.

...
(bersambung)

Do you mind hit the 🌟 below?Thank you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 🤗

Siapa Aku, Sebenarnya? 🔚Where stories live. Discover now