Pakcik Hot 1301
Bab 1
“Marabbukaaaaa…” Aku pejam mata rapat-rapat. Alamak aku dah mati ke?
“Marabbukaaaa… bukalah mata.” Suara mengekeh ketawa menyebabkan aku cepat-cepat membuka mata.
“Hancinglah kau weh! Macam tu ke kejutkan aku.” Bantal peluk panjang aku baling kepada Along yang sedang ketawa bagai nak rak.
“Kau ni anak dara apa ha! Orang petang-petang macam ni buat cekodok, kau buat air liur basi. Podah! Bangun, pergi buat cekodok.” Along menarik tangan aku terkial-kial aku bangun dengan wajah masam mencuka.
“Pergh! Layan kompilasi jiwang dowh!” Along gelak-gelak. Eh! ikut suka hati akulah nak layan jiwang ke apa ke. Bukan minta dia ikut sama melayan.
“Tak mainlah jiwang-jiwang dik.” Along menyakitkan hati aku lagi.
“Barang yang lepas jangan di kenang dik, seorang pergi, seratus yang datang tau..” Dia punya gaya memang gaya bapak Mak Enon, geram pula aku tengok abang ni.
“Eh! sengal, balik kerja je nak kacau orang.” Along terus ketawa tanpa mempedulikan aku lagi. Aku menuju ke dapur mencari ibu yang sedang berkuak lentang dekat dapur menyiapkan minum petang.
“Nak adik tolong ke bu?” aku bertanya sambil mencekup cekodok bilis yang masih berasap di atas meja.
“Tolong makan je lah dik.” Balas ibu tanpa memandang wajah aku. Aku ambil lagi sebiji cekodok sedap ibu, sebiji lagi dan sebiji lagi. Sedap gila! Sambil memuji ibu aku habiskan sepinggan cekodok.
“Kau kalau makan tak pandang belakang kan?” Along muncul, menarik kerusi di sebelah aku. Aku mencebik, nasiblah kan pergi layan TV lagi.
“Kau bila nak kerja dik?” tanya Along, aku diam!
Sebenarnya dah dua minggu aku tanam anggur selepas kena buang daripada Coolblog café. Gara-gara aku asyik terlewat ke tempat kerja, dua minggu sebelum kena buang kerja aku sebenar terleka melayan Shah Rukh Khan sampai lewat pagi. Serius aku cakap Pakcik SRK tu tiba-tiba jadi kegilaan aku walhal aku sebenarnya gilakan cerita tamil. Bila dah melayan SRK, aku asyik terbabas bangun pagi, solat subuh aku swing sampai ke bintang. Maka kerja aku pun jadi swing sampai tujuh kaki tenggelam ke tanah. Dan dengan jayanya aku adalah penganggur terhormat ketika ini.
“Pergilah cari kerja.” Suruh Along. Aku bungkam, diam. Malas nak menjawab. Hari-hari aku keluar cari kerja tapi nasib memang tak sebelahi aku walaupun sekali. Pening aku, pergi KFC, kena reject. Pergi MCD pun kena reject. Nak kata aku tak cukup lawa, aku rasa aku lawa dah walaupun tak selawa Nelofa
“Penat dah long, satu kerja pun tak sudi nak hire adik along ni tau.”
“Kahwin je lah senang.” Ujar ibu pula.
“Halah..halah.” Perkataan paling aku tak gemar dalam dunia ni adalah kahwin. Ni semua gara-gara si samdol Hery aku jadi fobia dengan perkataan itu. Dia janji bulan bintang dengan aku, last-last dia bagi aku apa? Dia kahwin dengan orang lain, kawan baik aku sendiri. Sakit hati ni tak hilang lagi, memang taklah aku nak bercinta lagi apatah lagi sebut perkataan kahwin tu dengan senang hati.
“Adik kerja ajelah jadi maid hot.” Cadang Along. Maid hot? Orang gaji panas? Ish!
“Agensi dekat office Along tu ada iklankan nak maid local, trylah mana tahu dapat.” Ujar Along sambil memandang aku dan mengunyah cekodok yang tinggal sedikit.
“Jadi maid je?” soal aku semula. Biar betul, tak ada cadangan bernas ke?
“Bukan matipun, kemas-kemas je.”
“Ish tak naklah.”
“Adik maid local bukan macam maid indon tau. Maid local lebih pada caregiver je. Kemas sikit-sikit, kalau bos ada anak kecil mengajar anak-anak dia. Kalau ada orang sakit dalam rumah bos, jaga orang sakit, bawa pergi temujanji. Senang je kut.”
“Ada ke kerja maid macam tu along, setahu ibu orang gaji kerjanya macam-macam termasuk berus jamban.” Ibu gelak-gelak, kalau bagi semangat merundum memang ibulah orangnya.
“Ada ibu, tu yang along suruh adik pergi minta.” Balas Along, dia mengangkat kening memandang aku.
“Pergilah dik, mana tahu ada rezeki. Duduk rumah pun buat apa. Adik bukannya nak sambung belajar lagi. Pemalas kan, orang pemalas memang kerjanya macam tulah. Tak berapa nak bagus. Kalau tak , kahwin.” Kahwin lagi.
“Iyalahhhh…” Panjang lah aku menjawab. Menyampah betul.
“Hahahaha… sebelum ibu terima pinangan Sidek jagung baik kau kerja dik.”
“Apahal sebut-sebut Sidek Jagung pula?” dah kenapa dengan along petik nama lelaki si penjual jagung itu.
“Kau tak tahu eh dik, khabarnya semalam dia bertanya pasal kau dekat ibu.” Along sudah mengekek gelak.
“Eh! apahal pula.”
“Kalau dah tanya-tanya tu adalah maknanya. Bukan tanya kosong.” Jawab ibu pula.
“Ish… dia tu kalau buat gigi baru pun belum tentu adik naklah.” Pecah ketawa ibu berlaga dengan tawa along. Aku dapat bayangkan perihal Sidek Jagung, oh my! Gigi jarang-jarang macam tongkol jagung kena gigit dek tikus. Mati selera aku! terhenjut-henjut along mengelakkan aku. Seronok betul dapat kenakan aku, binawe!
Nasib badan! Tak puas betul along gelakkan aku, ada sahaja dia mahu membahan, selagi aku melepak dekat rumah ni selagi tu lah aku jadi bahan tak berilmiah along dengan ibu. Kadang-kadang bolehlah nak ikut gelak-gelak tapi selalunya panjang muncung sedepa sebab tak boleh nak hadam lawak melampau along. Itu mujur si angah tak duduk dengan kami, kalau ada angah aku memang si bongsu yang sangat malang. Asyik jadi bahan ketawa mereka semua.
“Tak apa aku akan buktikan aku boleh jadi maid hot.” Aku berpusing-pusing di hadapan cermin.
“Yang paling hot, yang paling lawa. Untung-untung dapat kaut pakwe kaya.”
“Ha kau hado!” Aku gelak sendiri. Berangan tak habis-habis. Kerjanya entah dapat ke tidak, belum tentu hala aku dah berangan.
“Confirm dapat, jangan risau. Kalau tak dapat option kedua ada. Ikut je cadangan ibu tu..kahwin tapi bukan dengan Sidek Jagung. Kalau dapat biar pakwe kaya-kaya taman sebelah.”
Aku memasang angan-angan!
![](https://img.wattpad.com/cover/197822332-288-k155947.jpg)
YOU ARE READING
Pakcik Hot 1301
HumorPoskad art of illusion itu kunci rahsia mereka. Adakah mereka sebenarnya merentas masa. Atau mereka sebenarnya ada sesuatu yang menjadi misteri. Dejavu! Adakah itu kunci utama rahsia poskad tersebut? Atau mereka sebenarnya sedang merungkai conection...