pakcik hot 1301

461 10 6
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 17

Has Lestari

“Berapa lama aku duduk dekat hentian bas ni?” Aku bertanya kepada si pakcik yang hanya duduk memandang seperti aku sendiri tidak berada di hentian tersebut.

“Ha..what?” dia memandang aku, terpinga-pinga.

“Kau dah bangun?” Soalnya.

“Aku tidur ke? Atau aku pengsan?” aku menyoal dia.

“Dua-dua. Tidur dan pengsan.” Jawabnya. Aku pandang wajahnya, dua-dua jawapan dia tak relevan langsung.  Macam aku boleh tidur dan pengsan sekaligus?

“Kau boleh cakap kan terus terang dengan aku sebenarnya apa jadi dengan aku Mark!”

Dia memandang aku dengan senyuman sinis.

“Nama siapa kau sebut?” soalnya pula.

“Nama kau.” Aku memandang wajahnya mencari sesuatu pada wajah yang beku tidak beriak. Dia menonong sahaja berjalan menuju ke arah Zoo Negara kembali, terkial-kial pula aku mengekori langkahnya.

“Mark, you should tell me everything.” Aku seakan-akan menjerit. Dia masih tidak pedulikan aku. darah terasa menyerbu ke segenap ruang tubuh aku. Mendidih! Dia meneruskan langkah masuk ke dalam Zoo Negara setelah membeli tiket, kebetulan memang tiada sesiapa beratur membeli tiket, dia menyerahkan satu tiket kepada aku tanpa bunyi.

“Mark…” Aku menarik lengannya. Dia menarik  kembali sehingga aku hampir terdorong rapat pada tubuhnya. Dia terus sahaja berjalan, bukan nak tengok binatang pun, aku rasa dia mencari tempat yang sunyi daripada gangguan manusia lain. Zoo Negara memang sunyi sepi pun, di mana-mana pun dia boleh bercakap kalau dia mahu bercakap. Di sebabkan dia tidak mahu bercakap aku yang akan bercakap.

“Mark…” Aku melaungkan nama itu sekali lagi.

“Boleh tak kalau kau tak panggil aku dengan nama yang aku tak kenali. Itu bukan aku.”

“Liar!” Aku menjerit sedikit.

“Siapa yang jadi penipu dekat sini? Jangan bercakap ikut sedap mulut Hash Lestari.” Dia menengking dengan wajah yang memerah menahan marah.

“ I know you Mark, I know you.” Aku hampir menangis.

“No, you don’t know.” Jawabnya.

“Kau umpan aku dengan poskad tu.” Aku berkata, dia bungkam.

“No…” hanya itu sahaja perkataan yang keluar daripada bibirnya.

“Kau penipu.” Aku sekali lagi menjerit kepadanya.

“Never ever call me like that.” Dia mencengkam lengan aku, sakit!
“Pergi balik Hash, mak kau tunggu kau.” Dia menghalau aku pula.

“And don’t see me again.” Dia berkata perlahan.

“How could you Mark… you know who am I , you know how much I love you. You know that!” Aku menangis.

“Jangan jadi murah dengan air mata kau tu, pergi balik.” Dia menghalau aku sekali lagi.

“ Listen this carefully!.. jangan cari aku, lupakan apa yang kau dah lupa sekian lama. Aku tak umpan kau dengan poskad tu, aku sesekali tak akan ulang apa yang dah pernah terjadi. Ingat Hash, itu janji kau, bukan janji aku. Blah!”

Aku terdiam dengan air mata yang mengalir laju. Sampainya hati dia!

“Baik, aku pergi, tapi apa jadi dekat rumah pokok tu aku harap kau tak akan lupa. Kau hiduplah dengan bayangan tu sampai mati!” aku berpaling, mengatur langkah dan akhirnya aku berlari dengan air mata yang mencurah-curah.

Sebaik sahaja aku sampai ke rumah, aku mencari ibu di dalam biliknya.

“Hash? Eh kenapa ni?”

“Ibu, Hash ni siapa sebenarnya?’ aku terus bertanya, ibu terdiam.

“Kenapa Hash tanya macam ni?” ibu menyoal dia dengan riak tenang, cukup tenang. Sehingga tidak kelihatan apa-apa yang tersembunyi disebalik kata-katanya. Bijak!

“Hash ingat Mark.” Aku merenung ke dalam anak mata ibu.

“Siapa Mark?” soal ibu lagi.

“Ibu, I knew it, Hash ingat Rich, Hash tahu hubungan Nora dengan Rich. Hash tahu conection ibu dengan Mark, dengan Bob, Tamara.” Ibu terdiam!

“Do you remember everthing?” Aku angguk, ibu menarik nafas panjang.

“Boleh tak Hash pergi mandi dulu, makan.” Pinta ibu perlahan.

“No, Hash nak tahu sekarang juga. Hash ni sebenarnya siapa, Hash bukan anak ibu ke?”

“Tak sayang, kamu anak ibu, 9 bulan kamu dalam perut ibu ni.” kata-kata ibu sedikit melegakan.

“Hash pergi mandi, kita makan sama-sama okey.” Pujuk ibu.

“Hash nak ibu janji , ibu akan cerita semuanya.” Ibu mengangguk. Dia keluar daripada bilik ibunya.

Nora terkesima, dia tidak menyangka sama sekali, Hash jumpa lelaki tu lagi? Ya Allah, dia cepat-cepat mencapai telefonnya.

“She remembers, she asked me Rich.” Mengigil tangannya menaip masej tersebut.

“How she can remember?”

“I don’t know. She mentioned the name, Mark!”

“Mark is coming back, what we want to do Rich?”

“Calm down, try for a reason. Make one story she’ll believe.”

“You ingat senang ke? Ingatan dia dah pulih Rich. Dia akan tahu, apa diri dia bukan siapa diri dia.”

“You want to tell her that she’s a monster?”

“Tak kanlah.”

“So, pandailah Nora, you dah hidup dengan dia 21 tahun, you tahu apa diri dia. Ingat dia adalah  asset HBB yang bernilai. You yang jaga, you yang simpan so ingat jangan lepaskan pada Mark.” Rich terus meletakan telefon.
Hash berdiri memandang wajahnya sebaik sahaja dia meletakan telefon.

“Who call you?” aku menyoal ibu, dia kelihatan kalut.

“Nobody sayang. Jom makan.” Nora cepat-cepat memimpin lengan Hash keluar daripada biliknya.

“Ibu janji nak cakap.”

“Ya ibu cakap, tapi Hash kena makan dulu.” Ujar ibu.

Aku menurut, tetapi aku tahu apa yang tersembunyi di dalam otak ibu ketika itu. dia tidak akan bercerita apa-apa yang sebenarnya. Dia hanya akan berbohong dan pembohongan itu aku boleh nampak melalui setiap gerakan ibu. Cara dia memandang aku, cara dia menyenduk nasi untuk aku. waima getaran pada nada suaranya pun aku sudah tahu dia akan menipu aku. patah selera aku! Aku tahu dia bercakap dengan Rich sebentar tadi.

“Don’t let me go to Mark.” Aku berbisik, cukup untuk ibu dengari, dia tersentak.

“Hash cakap apa ni?”

“Hash tahu ibu cuba menipu.”

“Hash tak baik cakap ibu macam tu.”

“ I know what’s in your mind.” Aku memandang wajahnya, merenung tepat ke anak matanya. Ibu aku tiba-tiba aku dah tak kenal dia lagi.

“Who I am or what I am?” aku menyoal lagi.

“Hash jangan soal ibu dengan benda mengarut boleh tak?”

“Ini bukan mengarut ibu, Hash tahu. Ibu bukan ibu kandung Hash.” Aku menepuk meja dengan kemarahan, entah daripada mana kemarahan itu datang aku tidak tahu. Yang pasti aku marahkan dia sangat-sangat.

“Hash, ibu yang jaga Hash bertahun-tahun..”

“Then? Just create one short story.” Aku menyindir. Aku tahu itu yang ada di dalam kepalanya. Kenapa aku boleh tahu? Hanya dia sahaja yang ada jawapannya.

“Hash nak suruh ibu reka cerita apa sekarang?” soalnya dengan pandangan kasihan.

“Aset HBB, hasil daripada ujian makmal yang mewujudkan seorang bayi luar biasa, di mana dia boleh melihat ke masa depan, dia boleh melihat apa yang terjadi di belakangnya, dia boleh melihat apa yang ada di dalam otak musuhnya.”
Ibu terdiam. Aku memandang wajahnya dengan pandangan yang aneh.

“You are so cruel.”

“Bukan ibu, mereka. Ibu biarkan sahaja sebab duit. Ayah! Dia mati terkurung di dalam rumah Puan Sri Nona kan?  Ibu biarkan! Sebab ayah tak setuju dengan apa yang ibu buat.”

“Hash, listen to me…”

“I don’t want to hear anything.” Aku menjerit lagi, hati aku benar-benar sakit dengan kebenaran yang aku di tipu selama ini.

“How could you, kamu dah cipta dan kamu cuba musnahkan. Hash hanya nak hati Hash yang hilang ibu. Hash tak mahu semua yang kau orang dah beri.  I just want my heart back.”

“That can’t happen Hash. Bila Hash tahu siapa diri Hash, ketika itulah hati Hash terluka dengannya.”

“Penipu.”

“Ini kenyataan Hash.”

“Mark, Tamara, Bob belot pada Hash.”

“Tipu…” Aku menjerit lagi. Tak mungkin! Mana ingatan untuk si pembelot, apa mereka dah buat? Kenapa aku hanya ingat yang manis-manis sahaja.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now