Pakcik Hot 1301

1.1K 24 5
                                    

Pakcik Hot 1301
Bab 3

Hari ini pukul 9 pagi Ahmad dah turunkan aku di rumah Datin  Noraini. Anak datin rupanya pakcik hot tu. Aku di bawa bertemu dengan Kak Nah,  orang gaji paling lama bekerja di rumah besar  tersebut.

“Saya Hash.” Aku memperkenalkan diri kepada Kak Nah.

“Dato dengan Datin ada dekat Jakarta, kita dengan Puan Sri Nona sahaja yang  ada di rumah .” entah kenapa nama Puan Sri Nona itu aku dengar macam Puan Sri Nyonya sahaja.

“Puan Sri Nyonya ni ke yang sakit Kak Nah?’ soal aku dengan confident menyebut nama Puan Sri itu. Kak Nah memandang aku pelik.

“Kak Nah sebut Nona ke Nyonya eh Hash?” tanya Kak Nah, aku garu kepala yang tidak gatal.

“Err, rasanya Nyonya.” Jawab aku lagi. betullah aku dengar Nyonya bukan Nona.

“Kalau dengar dek Puan Sri Nona, kena luku kepala kamu tu Hash.”

“La, Nona ke? Sorry, sorry saya ingat Nyonya.” aku ketawa halus, tanpa aku sedari di sebalik dinding ada seseorang mendengar dengan senyum tersungging di bibirnya.

“Kamu mengumpat saya.” Kak Nah terkejut, aku lebihlah lagi. Rupanya di sebalik dinding ada orang lain mendengar. Habislah aku!

“Mana kamu dapat pembantu pekak ni Nah?” Soal perempuan tua yang duduk di atas kerusi roda.

“Maaf Puan Sri, saya tersalah dengar tadi.” Aku cepat – cepat menyalaminya, dan meminta maaf.

“Owh! Saya ingat kamu pekak.” Kak Nah menjeling aku, padan muka aku kan dah kena pekak.

“Puan Sri inilah pembantu baru yang tolong jagakan puan.”

“Siapa nama kau?” soal Puan Sri , wajah aku di renungnya. Taklah nampak dia sombong macam  pakcik hot tu.

“Hash Lestari Puan Sri.” Aku memperkenalkan diri.

“Owh strawberry.” Eh! Puan Sri pun pekak macam aku juga ke? Kak Nah menekup mulut menahan tawa.

“Strawberry tolak aku pergi dekat hall depan tu. Aku nak bagi ikan makan.” Puan Sri memberi arahan. Kak Nah memberi isyarat mata menyuruh aku menolak kerusi roda Puan Sri.

“Nanti saya bawakan sarapan ke patio Puan Sri.” Ujar Kak Nah. Aku menolak Puan Sri keluar mengikut arah yang telah ditunjukan oleh Kak Nah.

“Ambil makanan ikan dekat situ.” Puan Sri menunjukan aku pada bekas yang tersusun di atas meja disudut dinding. Kemudian aku hulurkan kepadanya botol berisi biji-biji berwarna merah. Bau makanan ikan itu memang sedap menusuk ke hidung.

“Pagi-pagi aku memang habiskan masa aku dekat sini. Baca buku atau melayan ikan-ikan aku makan.” Puan Sri berkata, aku berdiri di belakangnya. Melihat ikan yang berebut-rebut mahu makan makanan yang dicampakkan.

“Banyak betul ikan Puan Sri, gemuk-gemuk.” Ujar aku perlahan.

“Ini pun banyak dah mati.” Balas Puan Sri, dia kelihatan termenung seketika memandang ikan-ikannya.

“Berapa umur kau strawberry?” tiba-tiba Puan Sri bertanya.

“Baru 20 je Puan Sri.” Aku menjawab.

“Budak lagi dah jadi maid.” Katanya, maid bukan sebarang maid Puan Sri, maid hot ni. Aku menjawab di dalam hati. Nasib malang sebab tak dapat kerja, jadilah maid. Asalkan halalan toyibban.

Kak Nah datang menatang dulang makanan. Dia menyuruh aku menyuap Puan Sri makan. Ada nasi goreng , sosej dan air milo suam.

“Puan sri meh kita makan.” Aku mengambil balang makanan ikan, kemudian aku membantu dia membasuh tangannya yang kotor. Aku menolak kerusi rodanya ke arah patio.

Perlahan-lahan aku menyudukan nasi goreng ke mulutnya. Sayu pula hati aku tiba-tiba, dahulu semasa arwah nenek masih ada akulah yang menjaganya bersama dengan ibu.  Menyuapkan makan, memandikan arwah nenek, bercerita dengannya. Memang apabila aku dengan arwah nenek aku akan bertukar menjadi gadis paling sopan dan anggun. Sama seperti ketika aku bersama Puan Sri ketika ini. Terus aku bertukar 180 darjah, semulajadi aku akan ambil berat segalanya tentang orang tua yang sedang aku hadap.

“Masa arwah nenek saya ada, rutin saya beginilah Puan Sri.” Tanpa dipintanya aku bercerita.

“Dah lama nenek kamu arwah?”

“Dah 3 tahun Puan Sri, sakit jantung. Saya dengan ibu yang jaga nenek.” Kata aku perlahan.

“Mesti kamu sayang nenek kamu tu kan?” tanyanya, aku angguk. Orang yang paling aku sayang nenek dan ibu disamping dua orang abang aku yang sengal. Kami mana ada saudara mara yang lain. Ibu tak pernah bercerita perihal saudara mara.

“Ayah kamu ada lagi?” soal Puan Sri.

“Ayah? Saya tak pernah kenal ayah sejak daripada kecil Puan Sri. Abang –abang saya pun tak kenal. Ayah tinggalkan kami masa kami masih kecil sangat. Saya masih di dalam kandungan ibu masa tu.” Memang aku tiada ayah, ayah pergi tinggalkan ibu begitu sahaja, sehingga kini ibu masih digantung tidak bertali, sudah 21 tahun. Ke mana ayah pergi? Entah dia memang tidak tahu. Ibu tidak pernah bercerita apa-apa tentang ayah, menyebut, menunjukan gambar memang tidak pernah langsung.

“Ish yang kamu ni nak sedih-sedih dah kenapa?” Puan Sri berkata ketika melihat aku termenung seketika. Aku ketawa, tangan aku pantas menyuakan air milo suam kepada Puan Sri.

“Aku ni strawberry bukan apa, aku nak teman sahaja, nak berbual-bual. Aku bosan dengan Kak Nah kamu tu. Dia tak banyak cerita, dia tak pandai hiburkan hati aku.  Kamu ni aku tengok macam budak baik je. Macam sengal-sengal ubi sikit.” Wajah Puan Sri aku pandang dengan senyuman. Tunggulah , nanti Puan Sri akan sentiasa ketawa dan akan sunyi bila aku tak ada.

“Nama saya Lestari Puan Sri bukan Strawberry. Strawberry ada dekat Cameron Highland.” Usik aku, walhal aku tahu Puan Sri Nona hanya mahu mengusik aku sahaja.

“Aku pun bukan nyonya, aku Nona. Bukan Nona Menir, only Nona.” Aku dan dia ketawa-ketawa.

Habis bersarapan, aku menolak kerusi rodanya masuk kembali ke dalam rumah. Mungkin Puan Sri mahu berehat tetapi dia menolak, mahu ke dapur melihat Kak Nah memasak katanya. Aku mengikut sahaja apa yang di mahukan Puan Sri.

“Kau tolonglah Kak Nah tu masak. Kau tahu masak tak?” tanya Puan Sri.

“Maaf Puan Sri saya tahu makan sahaja.” Aku berterus – terang. Malas mahu berpura-pura tahu segalanya.  Aku memang tak pandai masak . setakat masak nasi bolehlah, kalau masak lauk tu memang aku minta ampun banyak-banyak. Goreng telur masak kicap je aku pakar.

“Kau nak jadi apa tak pandai masak?” tanya Puan Sri, Kak Nah angkat bahu. Siapa suruh mengaku tak pandai masak, confirm dapat ceramah free.

“Maaf Puan Sri, saya si bongsu yang pemalas.” Mengaku lagi kemalasan aku. lagi baik mengaku daripada mengaku rajin.

“Ya Allah, ibu kau mesti penat nak membebel kan kau kan?”  Aku angguk, jangan kata ibu, along dengan angah pun sama. Aku memang sentiasa kena tadah telinga untuk mendengar mereka semua membebel. Nantilah aku belum berada pada tahap rajin tak ingat dunia lagi.

“Kau kena rajin sebab kau anak dara.” Kak Nah gelak-gelak.

“Baik Puan Sri.”

“Kau kalau dekat sini kau belajar masak dengan Kak Nah ni.”

“Ya, baik Puan Sri.”

“Kau kena belajar jadi perempuan yang  tahu serba serbi.”

“Baik Puan Sri.”

“Eh! kau dah kenapa?”

“Baik Puan Sri.”

Ketawa Kak Nah dan Puan Sri bergema di dalam dapur yang luas. Daripada tadi asyik baik Puan Sri, baik Puan Sri.

“Daripada tadi asyik baik Puan Sri, amin! Nanti baiklah kaki aku ni boleh berjalan semula.” Ketawa Puan Sri masih bersisa. Kelakar betul caregiver yang baru ini, hatinya jatuh sayang pula.

“Hash Lestari, cantik nama kau macam arwah Lestari anak aku yang bongsu.” Puan Sri memandang wajah gadis itu, ada iras si bongsu yang sudah 5 tahun meninggalkan dia pergi ke negara abadi.

“Ibu kata dia suka nama Lestari tu sangat-sangat. Tak tahulah kenapa.”

“Hash cuma syak Lestari tu jelita macam Hash je.” Aku ketawa.

“Perasan betul kau ni.” Puan Sri ikut sama ketawa. namun dia tak nafikan Lestari memang cantik dan gadis bernama Hash Lestari ini juga cantik. Tak ubah sama si bongsu yang telah tiada.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now