Pakcik Hot 1301
Bab 4
Aku mengoyangkan kaki mengikut irama lagu yang aku dengar daripada radio sambil membelek telefon pintar milik aku.
“Sejak bila layan linkin park ni?” tegur along. Dia menyepak kaki aku yang terjuntai daripada sofa.
“Sibuklah kau ni long. Apa kau bawa tu?” aku bingkas bangun, mahu melihat beg plastik yang di jinjit along.
“Jagung, Sidek bagi.” Jawab along sambil tersengih-sengih.
“Eh! kau ni long asal sebut nama Sidek je kau tersengih, asal ada jagung je mesti nama Sidek yang keluar. Jagung macam ni ada dekat Kedai Mary je lah. Sejak bila Sidek Jagung upgrade bisnes dia jual jagung cup letak madu.” Macam aku tak tahu rupa cup tu pun aku tahu itu memang Kedai Mary yang punya.
“Ish, kau ni dik, cuba lah rasional sikit. Sidek tu nampak je macam tu, dia pun ada hati nak upgrade diri dia, nak transform diri dia. Apa kau ingat bisnes plan Sidek tu pasal jagung je ke? Dia ada bisnes plan lagi baik daripada jagung tau.”
Membebel pula along dekat sini, bisnes plan apanya daripada dulu itulah warisan Sidek Jagung. Tak pernah berubahnya pun, yang berubah hanya si Sidek, daripada kurus melidi dah gemuk, daripada bergigi dah tak ada gigi. Jagung dia sama je tak berubah tongkolnya.
“Jangan perlekehkan orang dik, kau tu upgrade diri dah ke?” ibu datang bersama keropok lekor sepinggan. Dan air sirap ais penuh satu jug. Sedapnya!
“Love you ibu.” Aku memuji ibu dengan senyuman melebar.
“Aleh, love you ibu bila ada keropok, love you ibu bila ada air. I hate you bila taka da apa-apa kau nak cekik.” Along cubit lengan aku.
“Kau ni dengki dengan aku apahal?” aku mengosok kulit yang melecet dicubit along.
“Macam musanglah kuku kau long.” Aku membebel, mengaduh sakit.
“Apa cubit adik macam tu along.” Ibu memarahi along, aku menjelirkan lidah, padan muka, ganas sangat.
“Alah, sikit je pun. Manja yang tidak-tidak.” Along membalas ejekan aku.
“Dik, best tak kerja.” Tanya along lagi.
“Eh! ni yang excited nak cerita ni, best long. Tuan rumah tu kan hot gila.”
“Eww… apa yang hotnya.”
“Dia tua sikitlah macam umur 30 lebih macam tu, dia hot sebab jambang dia, rambut dia. Fuh! macam lelaki purbawara.”
“Purbawara? Kau biar betul dik, setahu along lelaki purba ni pakai cawat je.” Ibu tergelak, aku pun macam eh! aku salah cakap ke? Sudahnya aku pun gelak.
“Bukanlah macam orang zaman neolitik tu along, macam zaman-zaman Hang Tuah lah macam tu.” Aku betulkan situasi purbawara aku tu bagi jelas sikit.
“Cakaplah, hui! Kalau macam tu dik along terbayang M. Nasir.” Aku terdiam, M Nasir? Tapi aku terbayang Ben Amir dah berusia macam tu. Diluar jangkaan betul along aku ni.
“Whateverlah sesiapa pun. Tapi masa aku buat kerja dia tak adalah nak menempel dekat rumah tu, pergi kerja kut kan. Cerewet tau pakcik tu.” Beriya-iya aku bercerita walaupun aku nampak along dengan emak fokus pada televisyen, maklumlah slot akasia sedang bermain di kaca tv.
“Adik kena kerja dekat rumah nenek dia juga tau, Puan Sri Nyonya, ops! Puan Sri Nona.” Ibu berpaling memandang aku.
“Siapa dik?” tanya ibu sambil memandang aku.
“Puan Sri Nona ibu, dia ada anak nama sama macam adik. Lestari, dia bagi adik tengok gambar. Cantik macam adik.” Ibu memandang aku macam pelik tapi aku nampak wajah ibu sedikit berubah.
“Ibu kenal ke?” aku bertanya, cepat-cepat ibu geleng kepala.
“Lestari anak Puan Sri Nona dah meninggal lima tahun lepas, kemalangan dekat Zurich.” Aku menyambung cerita, ibu kelihatan tersentak. Aku pandang wajah ibu dengan seribu kerutan, kenapa dengan ibu? Pelik bila dengar nama Puan Sri, macam sedih bila dengar nama Lestari dan kematiannya?
“Ibu kenal ke mereka?” aku bertanya sekali lagi. ibu geleng kepala. Dia mengangkat cawan yang sudah kosong ke dapur, kemudian aku lihat ibu masuk ke dalam biliknya.
“Long… along.” Aku membaling bantal kepada along yang leka menonton tv. Kaki drama betul mamat ni.
“Kenapa ibu eh, macam sedih je bila adik sebut nama Puan Sri Nona tu.”
“Entah mana along tahu.” Jawab Along tanpa memandang pada aku, aku pula terus tertanya-tanya. Hurm! Abaikan sahajalah, mungkin adalah tu yang ibu teringat. Mungkin teringat pada arwah nenek lah tu sebab Puan Sri Nona hampir sebaya sahaja dengan arwah nenek.
“Dik… angah ada call kau tak?” tanya along tiba-tiba.
“Pakcik polisi tu mana nak call adik long, ada call ibu kut. Kenapa?”
“Tak adalah kut je pun sibuk, ingatlah dekat kita berdua ni. Angah tu macam nak jauhkan diri je daripada kita berdua yang tak berapa nak siap ni.”
“Pasal angah ni kan, lepas dia putus dengan Likha dia macam nak tak nak je dengan kita. Masalahnya bukan kita pun kan yang kantoikan Likha tu berendut dengan balak lain. Kita cuma bagitahu je kan.”
“Dia tak suka kut dik dengan kita yang macam suka sangat menyibuk ni.”
“Entah, adik tak nak komen apa-apa. Angah tu tegaskan, kita pun dia polis. Biarlah asalkan kita hapy cukup, tak bergaduh.” Along mengangguk, dia kembali menumpukan perhatiannya pada slot akasia.
Aku pula masuk ke dalam bilik, mahu tidur. Esok nak kerja.
“Hoi!”… aku terkejut. Segera aku berpaling menghadap ke tepi almari baju. Mata aku gosok dengan rasa tak percaya. Amboi! Pakcik hot datang rumah aku apa hal? Dan fizikalnya, OMG, macam lelaki purbawara, siap bertanjak, bersampin dan bercapal.
“Kenapa tuan dekat sini?” aku pantas menarik selimut menutup peha yang terdedah.
“Saja nak tengok kau.” Jawabnya dengan wajah sejuk beku tak beriak.
“Belum waktu kerja saya tuan, baik sangat hati tuan nak tengok saya sampai ke rumah. Macam mana tuan tahu rumah saya ni?” aku bertanya. Pelik juga macam mana dia boleh datang sini.
“Aku google earth lah aplikasi canggih nak skodeng bumbung rumah ex boyfriend, ex girl friend, ex husband, ex wife. Segala jenis ex lah senang.” Panjang lebar jawapan pakcik ni.
“Tapi saya bukan segala ex tuan pun.”
“Aku saja nak bagitahu kau, esok aku tak akan ada seharian sebab aku kena pergi somewhere yang agak jauh. Nanti kau tolong aku susun rak buku aku balik. Aku tak suka dengan apa yang kau dah buat.”
“Saya buat apa dekat rak buku tuan? Rasanya tak usik apapun.” Aku memikir sesuatu, confirm memang aku tak ada usik apa-apapun.
“Kau fikirlah macam mana kau nak buat.” Katanya sebelum menghilang disebalik pintu yang terdedah.
“Hey!...hey tuan .” aku memanggil tetapi dia langsung tidak menoleh.
“Hoi!” aku terkejut sekali lagi. terpisat-pisat aku mengosok mata yang kelabu.
“Along!”
“Kau apahal terjerit-jerit ni, tidur tak basuh kaki ke?” wajah along dengan senyuman mengejek menyebabkan aku menepuk dahi. Aduh! Apahal sampai mimpi-mimpi ni?
“Kau mimpi apa dik?” tanya along dengan nada mahu mengusik aku lah tu.
“Lelaki purbawara tu datang.”
“Pakai cawat ke?” along gelak, ciss! Ada ke situ along fikir. Teruk sangat gamaknya aku nak imagine orang bercawat. Gelilah!
“Apa punya mimpi da…” Along gelak, dia keluar daripada bilik aku dan menutup pintu. Aku pula masih termenung atas katil. Serius aku tak boleh nak hadam, dah kenapa aku termimpikan dia? Baru sehari aku tak pergi kemas rumah dia tak kan dah termimpi-mimpi. Hebat betul penangan pakcik ni.
Aku garu kepala yang tidak gatal, jarang sangat aku nak bermimpi sesuatu yang pelik-pelik begini. Suruh aku kemas buku-buku dia sebab esok dia tiada. Hurm! Ish! Mimpi memang syaitan.
YOU ARE READING
Pakcik Hot 1301
HumorPoskad art of illusion itu kunci rahsia mereka. Adakah mereka sebenarnya merentas masa. Atau mereka sebenarnya ada sesuatu yang menjadi misteri. Dejavu! Adakah itu kunci utama rahsia poskad tersebut? Atau mereka sebenarnya sedang merungkai conection...