Pakcik Hot 1301
Bab 5
Ketika aku melangkah turun daripada van dan menapak mahu menuju ke lift seorang lelaki berhud dan berkaca mata hitam melanggar aku secara tiba-tiba. Mujur aku tidak terjatuh, sengal rasanya bahu.
"Tak nampak ke aku yang besar ni. ish..." Lelaki itu nampak tergesa-gesa seperti lari daripada sesuatu. Tanpa bersangka lebih jauh aku segera masuk ke dalam perut lift.
"Assalammualaikum." Aku memberi salam sebaik sahaja aku masuk ke dalam kondo tersebut. Lama aku menunggu tiada sesiapa menjawab salam, maknanya si pakcik memang tak ada. Entah ke mana dia pergi, maknanya apa yang dia cakap dalam mimpi tu mungkin benar. Pelik juga!
"Betul ke dia tak ada, maknanya mimpi tu macam betullah." Aku bercakap perlahan. entah kenapa langkah kaki aku laju sahaja naik ke atas menuju ke bilik yang di penuhi dengan buku. Teringat pesanan dia, kemaskan buku dia semula.
Sebaik sahaja aku membuka pintu, mata aku terbuntang! Aku tergamam!
"Ya Allah., ya Allah." Aku terduduk di ambang pintu. Cuba bernafas dengan teratur dan berfikir. Kerja siapa ni? Pakcik ke? Tapi bukan ke kelmarin pakcik dah cakap jaga buku dia elok-elok. Ni sekarang tengok apa dah jadi, buku berterabur atas lantai, di atas rak buku juga begitu. Memang bilik itu berselerakan macam dilanggar garuda.
Aku cepat-cepat mengambil gambar dan menghantar kepada Kak Wati. Lama aku menunggu balasan daripada Kak Wati. Sambil aku termenung menghadap buku-buku yang sudah tidak serupa buku lagi.
"Pintu ada kesan pecah masuk tak Hash?'tanya Kak Wati.
"Tak ada pun kak." Memnag elok sahaja aku membuka pintu tadi. Memang tiada kesan tombol pintu diumpil.
"Hurm, pelik ni. tapi Hash buat je kerja macam biasa, kalau ada apa-apa kejadian yang pelik Hash janganlah takut." Ujar Kak Wati. Nada suara Kak Wati ni macam nak merahsiakan sesuatu daripada aku. perkara pelik apa yang Kak Wati maksudkan?
"Hash kemas jelah." Macam tu je? Kak Wati pun macam endah tak endah sahaja. Aku pula yang memikirkan macam-macam. Kenapa jadi macam ni? Angkara siapa? Tuan ke? Segalanya berlegar di dalam kepala otak aku.
Aku kemas jugalah buku-buku tersebut, teringat mimpi aku malam tadi. Macam ada kaitan pula. Dia hanya suruh susun buku dia seolah-olah salah aku buku dia jadi carca marba tetapi bukan aku yang buat semua ni. Mungkin dia yang buat atau ada hantu tolong buat.
Scarynya! Mulalah mata aku melilau di dalam bilik bacaan tersebut. Bulu roma tiba-tiba menegak, dada terasa sendat. Ya Allah! Aku hanya mencari rezeki halal, janganlah kacau aku.
"Tok nenek moyang yang jadi penghuni bilik ni, jangan kacau anak cucu nak bekerja." Spontan sahaja ayat itu terkeluar daripada bibir aku.
Aku ambil salah satu buku yang berada di hujung kaki aku. Aku baca tajuknya. "Art of illusion." Tebal dan berat buku ni, macam menarik pula lukisan yang terpapar pada kulitnya. Aku membuka kulit hadapan buku tersebut tetapi apa yang aku buka sebenarnya bukan buku.
Ia adalah sebuah kotak berbentuk buku! Serupa sangat dengan sebuah buku, kotak apa yang diperbuat sedemikian rupa? Kotak misteri? Kotak menyimpan saka? Kotak yang dibuat begini kemungkinan besar adalah kotak yang menyimpan rahsia. Okey! Aku rasa aku dah terlibat dalam satu misteri aneh pasal Pakcik Hit ni. Aku belek kotak tersebut.
Di dalam kotak itu ada sampul surat berwarna kuning yang agak lusuh di mamah usia. Mungkin sudah lama berada di situ. Nak buka ke tak nak? Aku bertimbang- tara. Jangan buka, itu orang punyalah, akal waras aku menolak.
Tapi otak aku tidak dapat berhenti daripada memikirkan kotak dan sampul surat tersebut. Aku akhirnya menggunakan akal yang tak seberapa nak cerdik. Aku nak tengok isi sampul tersebut. Akhirnya aku lambakkan isinya, dan kemudian aku tarik nafas lega.
YOU ARE READING
Pakcik Hot 1301
فكاهةPoskad art of illusion itu kunci rahsia mereka. Adakah mereka sebenarnya merentas masa. Atau mereka sebenarnya ada sesuatu yang menjadi misteri. Dejavu! Adakah itu kunci utama rahsia poskad tersebut? Atau mereka sebenarnya sedang merungkai conection...