pakcik hot 1301

417 11 6
                                    

Pakcik Hot 1301
Bab 16
Mark- 2017

Aku memandang wajah polos Hash yang terlena di atas kerusi malas, boleh pula dia tidur sambil memegang kuaci. Nak kejut ke tidak?

“Hash…” Aku memanggil. Tiada sahutan.

“Wakeup dear.” Aku berbisik dekat pada cuping telinganya. Tangannya segera naik mengaru cuping telinga, cepat-cepat aku berganjak.

“Hash…bangunlah tidur dekat dalam banyak nyamuk dekat luar ni.” Aku mengerakkan bahunya. Terpisat-pisat dia bangun, mamai! Dia kemudian menarik tangan aku agak kuat.

“Eh…” Aku terkejut, apahal dia ni.

“Tidurlah Mark, masuk dalam kelambu. Banyak nyamuk dekat luar ni.” Katanya, aku terpaku. Dia menyusup masuk kedalam kelambu. Naik ke atas katil dan memeluk bantal, lena semula! Aku yang terkejut, mengurut dada. Jangan kau ajak aku tidur dengan kau sudahlah. Aku geleng kepala. Pantas aku mencari sesuatu di dalam kabin, tilam angin, bantal dan selimut. Ubat nyamuk yang masih berbaki aku letak di tepi katil. Aku tidur di hujung katil. Lena sehingga ke pagi.

Bunyi enjin bot milik Bot, memecah keheningan pagi, aku yang baru terjaga daripada lena segera keluar mendapatkan Bob yang sudah menambat bot ditepi rumah rakit. Dia melompat daik ke atas dek.

“Morning bro.” Bob kelihatan ceria sahaja, dia menjijit beg plastik, bekalan kami pagi ini.

“Any news?” soal ku dengan isyarat diam, si gadis sedang tidur.

“Tamara tolong aku semalam. Ni..” Bob hulurkan aku kembali telefon milik Hash.

“Pepijat memang monitor terus pada sebuah komputer peribadi milik seseorang bernama Rich, area Putrajaya. Rich dan Nora ibu kepada Hash saling berhubungan, melalui senarai keluar masuk panggilan. Kekerapan, selang sehari.”

“Rich tu siapa?” aku bertanya. Kalau Nora aku tahu itu ibu kepada Hash.

“Tamara hacker yang paling bijakkan tentulah dia tahu siapa Rich , kalau kau dengar pun mesti kau terkejut.”

“What ever, aku tak nak kau puji Tamara tu lebih-lebih.  Itu dah memang kerja dia. So apa dia dapat?”

“Rich adalah orang kanan Tan Sri Husin, salah seorang lelaki terkaya dalam Malaysia ni.” Kata-kata Bob menyebabkan aku terdiam, apa pula hubungan Hash dan Nora dengan Tan Sri Husin?

“Hubungan mereka? Kenapa mesti Rich yang pantau pergerakan Hash.”

“Sebab Hash pewaris tunggal Abdul Halim, anak Tan Sri Husin yang memegang 80 peratus share HBB. Bank paling terkemuka di Malaysia, satu-satunya hak milik mutlak bumiputra.”

“Aset dia sahaja hampir 1 billion  bro.” Bisik Bob. Aku diam, tapi kenapa Hash tak macam tu? Dia tak nampak macam anak orang kaya, macam yang dia cakap ibu dia tak ada apa-apa pun.

“Tapi Hash cakap bapa dia tak ada dah.”

“Aku tak pasti itu, apa hubungan Rich dengan Nora, memang aku tak tahu, Tamara tak dapat info tu. Yang pasti Hash Lestari yang kau simpan ni ada asset berbillion bro. Up to you nak simpan, atau nak buat apa.” Bob menepuk bahu aku.

“Just stay here, aku siasat lagi siapa yang try nak bunuh asset HBB ni.”

“Bob, what should I do?” Aku pandang wajah Bob.

“It was me….  I keep it.” Bob gelak.

“Save for what?” soal aku kembali.

“Be your wife, protect dan love her. Aset dia billion bro. Aku tak payah ajar kau bab macam ni.” Kata-kata Bob menyebabkan aku terfikir.

“Imposibble.” Aku geleng kepala.

“Dah tu kau tanya aku, aku jawab mudah je lah, kalau kau nak merumitkan situasi kau siasat ke akar umbi. Kemudian kau mintalah  upah daripada family dia sebab lindungi dia bukan free.”

“I don’t think so.”

“Kalau dah semua cakap aku kau tak nak pakai, jangan tanya akulah.”

“Nora dan Abdul Halim mereka berkahwin secara rahsia, abang-abang Hash bukan keutamaan mereka. Itu yang Tamara beritahu aku. Hash ni asset berbillion sebab dia…” Bob memandang wajah aku.

“What?” aku membalas pandangan Bob.

“Kau kena cari bro, kenapa dia ni penting sangat pada HBB, mungkin dia ni bukan seseorang tetapi dia sesuatu.”

“Kau kena perhatikan dia, perhati baik-baik. Dan mungkin kau akan jumpa jawapannya.”

“But how?”

“Benda tu akan muncul kalau dia nak. Kalau Hash nak, bukan kalau kau nak.” Bob berkata perlahan seolah-olah berbisik.

“Kau ada masa seminggu untuk tahu rahsia tu. Aku tak berani cakap sebab tanpa bukti susah nak yakinkan kau. Kau bukan jenis terima teori, kau jenis yang nak bukti depan mata. So kau kena fokus.”

“Kau ni buat aku pening kepalalah.” Aku geleng kepala.

“Fokus dan kau akan dapat jawapannya. Aku chow dulu, Tamara akan hubungi aku malam nanti. Esok aku info kau, sementara tu  layan puteri bernilai berbillion tu baik-baik.”

Bob gelak, dia pantas melompat naik ke atas botnya. Dia melambai sebelum memecut laju ke tengah tasik dan menghilang.

“Siapa datang?” Aku tersentak, langsung tak memberi salam dia ni.

“Bob, datang hantar makanan untuk hari ini.” Aku menunjukan dia stock makanan yang baru sahaja sampai.

“Pergi mandi lepas tu boleh makan, sekejap lagi aku nak bawa kau ke darat.” Aku memandang wajahnya.

“Apa ada dekat darat tu?”tanyanya.

“Nak ajak kau berburu, dapat rusa seekor pun jadilah.” Aku berkata.

“Seriuslah sini ada rusa?” dia teruja.

“Harimau, singa pun ada.” Aku menjawab.

“Harimau aku percaya, singa? Ini bukan Afrika lah.”

“What ever, pergi cepat. Pakai baju panjang, dan seluar panjang. Beg sandang kau tu isi dengan pakaian, aku tak bercadang nak balik bermalam dekat kabin ni.” Aku berpesan.

Aku memasukan stock makanan ke dalam beg sandang aku termasuk bekalan yang di bawa Bob tadi.  Cukup untuk esok pagi, kemudian aku mengisi dua botol air dengan air masak.

“Apa yang ada dalam hutan tu sebenarnya?” tanyanya. Aku diam, malas mahu menjawab. Ini adalah pulau yang paling besar dekat tasik ni. Dan ia adalah hak milik persendirian yang tak boleh dicerobohi oleh sesiapa.
Dia mengekori aku melalui jalan denai kecil, sesekali aku mendengar dia menepuk nyamuk yang hinggap pada kulitnya. Kesian juga dengan dia yang terkial-kial mengekori aku tetapi aku sengaja berbuat begitu sebab aku nak dia belajar.

“Mark…wait.” Dia tiba-tiba terhenti.

“What?” Aku berpusing memandangnya ke belakang.

“Kanan you…” Dia seakan menjerit sedikit. Aku pantas memandang ke kanan.

“Oh my god!” Aku mematikan langkah, terpaku. Daripada posisi kanan seekor ular sawa sebesar peha menyusur perlahan melintasi aku pada jarak yang cukup dekat, hanya lebih kurang 2 meter sahaja. Hash yang mengekori aku sudah terpaku, aku lihat wajahnya merah, takut barangkali. Aku memberi isyarat diam. Ular sawa itu hanya melintasi kami yang tidak bergerak, lesap ke dalam belukar.

“Okey dah clear.” Aku memandang wajahnya yang pucat lesi. Di dalam hutan berkemungkinan berjumpa dengan  binatang adalah sangat tinggi. Aku bergerak ke hadapan tetapi Hash terhenti langkahnya di belakang aku.

“Hash?” Aku memanggil dengan tandatanya, dia kelihatan seperti berkhayal pula. Kemudian dia tiba-tiba membongkok seperti mahu muntah atau menahan rasa sakit pada bahagian perutnya.

“Hash, are you okey?” Aku mendekati dirinya.

Dia menunduk, mengeleng kepala.

“Kenapa kau nak bawa aku ke rumah pokok tu?” soalnya tiba-tiba. Sumpah aku tidak memberitahu dia apa-apa tentang rumah pokok jauh di dalam hutan, masa kan dia tahu pula.

“Kau tahu?” dia angguk.

“How?”

Dia geleng kepala. Aku terfikir sesuatu!

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now