Pakcik Hot 1301

580 15 3
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 8

Pagi itu seperti biasa aku melapor diri pada Kak Wati sebelum Ahmad menghantar aku dan beberapa orang pekerja lain ke tempat kerja.

“Puan Sri Nyonya, ops! Puan Sri Nona.” Puan Sri Nona ketawa melihat aku.

“Rindu aku dengan kau strawberry.” Ujarnya, aku menyalami dia kemudian aku mencium kedua belah pipinya.

“Saya pun rindu dengan Puan Sri.” Balas aku, aku pandang sekeliling, ada sebuah kereta BMW terparkir di garaj. Hari tu tak pula aku nampak kereta tersebut.

“Datin Noraini tu dah balik malam tadi.” Tanpa aku bertanya Puan Sri Nona memberitahu aku.  Aku menguntum senyum, maknanya ini kali pertama aku akan bertemu dengan emak saudara pakcik hot. Di dalam hati aku berdoa semoga dia sebaik Puan Sri Nona.

“Hari ni aku ada terapi tapi lepas lunch, sampai pukul 5 petang. Kau temankan aku kan Hash?” tanya Puan Sri Nona.

“Ya , saya temankan Puan Sri.” Aku berkata, memang itulah tugasan aku,menemankan Puan Sri jika dia ke mana-mana.

“Dalam rumah ni memang Puan Sri berempat sahaja ke yang tinggal?” tanya aku. Puan Sri Nona angguk.

Aku menolak kerusi roda Puan Sri menuju ke kolam ikan, selepas dia memberi ikannya makan, kami melepak di patio pula sambil berbual sebelum Kak Nah datang membawa makanan. Rutin biasa yang aku memang kena ulang setiap hari aku di sini.

“Mummy.” Suara seorang wanita memanggil menyebabkan aku dan Puan Sri Nona menoleh.  Ketika aku terpandangkan wajah itu, dada aku berdebar, degupan jantung seolah-olah lari ritmanya. Telapak tangan berpeluh, mata terpaku pada susuk tubuh tersebut. Pada masa yang sama ada perkara lain yang aku lihat.

Dejavu itu kembali lagi!

Wajah bengis si pemilik badan sasa itu tidak kelihatan mesra. Dia mendengar arahan Datin Noraini dengan anggukan. Sebuah beg kompter di serahkan kepada lelaki itu, mereka bercakap-cakap sambil menunjuk pada beg tersebut. Datin Noraini mengangkat jari telunjuknya seakan-akan memberi amaran. Dia kemudian mengambil sesuatu daripada tas tangannya.

“Ingat, semua dokumen ini tak boleh jatuh ke tangan orang lain. Aku tak kira macam mana kau nak buat. Yang penting rahsia di dalam tu selamat.”

“Ini upah kau, dua puluh ribu untuk permulaan. Sebaik sahaja aku tahu dokumen tu selamat, aku tambah lagi ikut perjanjian kita.”

“Ingat jaga rahsia ni jangan sampai pecah. Kalau tak habis berkecai badan kita.”

Jelas! Kata-kata mereka sangat jelas pada pendengaran aku. Kemudian mereka berdua membawa haluan sendiri namun si wanita sempat memandang aku dengan renungan tajam.

“Hash…” Kak Nah menepuk bahu aku. Aku terpingga-pinga memandang Kak Nah. Ya Allah benda ni jadi lagi? Perut mula mengelodak, kepala bagai di paku-paku.  Aku berlari masuk ke dalam rumah, sungguh aku mahu memuntahkan segala isi perut.

“Kenapa budak tu?” sayup-sayup aku mendengar suara Datin Noraini bertanya. Aku tidak mahu peduli. Aku hanya mahu muntahkan isi perut aku.

“Hash, demam ke?” tanya Kak Nah sebaik sahaja aku keluar daripada bilik air. Dia memimpin tangan aku duduk di kerusi.

Aku geleng kepala, aku tak demam. Situasinya sama seperti semalam, aku seolah-olah melihat kejadian-kejadian itu bagaikan ulang tayang. Orang yang aku lihat bagaikan sedang menayangkan sebuah drama yang tidak aku ketahui motifnya. Ya Allah, sungguh aku tidak tahu apa masalah yang sedang melanda aku ketika ini.

“Hash kalau demam, rehat jelah.” Ujar Puan Sri Nona yang sedang di tolak oleh Datin Noraini.

“Okey mummy , I pergi dulu. Take care okey. Nanti I berkenalan dengan caregiver baru ni.” Datin Noraini hanya memandang pada aku tanpa senyuman.

“Maaf Puan Sri, saya tetiba sahaja rasa tak sihat. Tapi kalau dapat tidur sekejap insya allah okey ni.” aku pandang wajah Puan Sri. Anehnya! Bila pandang wajah Puan Sri, pandang wajah Kak Nah tak ada pula yang aneh-aneh itu berlaku. Tetapi bila pandang wajah si Datin Noraini kenapa pula benda itu muncul semula. Sama seperti situasi ketika aku memandang ke arah kiosk  minyak wangi semalam. Bezanya yang muncul adalah pertukaran pakcik hot dengan seorang lelaki di tepi kaunter minyak wangi itu sahaja.

“Pergi masuk bilik dekat sebelah bilik aku, bilik tetamu tu kau boleh guna.” Arah Puan Sri Nona. Aku akur, perlahan-lahan aku menuju ke arah bilik yang dikatakan Puan Sri.

Aku masuk ke dalam bilik menutup pintu bilik. Persekitaran bilik itu seolah-olah pernah aku jejaki. Allahuakhbar sebenarnya aku ni dah kenapa? Aku pejam mata rapat-rapat, beristifar di dalam hati sebelah tangan aku bergantung pada dinding. Aku hanya dapat merasai dinding yang semakin hilang.

Ketika aku membuka mata, aku terduduk di hadapan pintu bilik melihat seorang lelaki duduk menghadap ke arah tingkap yang sedang terbuka luas. Seorang wanita persis Puan Sri Nona leka menghadap lelaki itu melakar sesuatu di atas kertas bersize kertas lukisan.

“Sampai bila mahu begini Along?’ Aku dengar suara Puan Sri Nona bertanya.

“Selagi terkurung disini, selagi along tak dapat keluar daripada sangkar yang mumy dan dady cipta.” Suara serak-serak basah itu kedengaran menjawab perlahan.

“Ampunkan mumy along, mumy tak boleh halang dady.” Esak Puan Sri Nona.

“Bukan salah mumy.” Lelaki itu hanya menekuni apa yang sedang dia lakukan.

“Satu hari along akan keluar mumy, sama ada hanya sekujur jasad, atau dengan nafas yang masih tersisa. Mumy ..along seorang pendosa mumy.” Lelaki itu masih merenung lakaran di atas kertas lukisannya.

“Maafkan mumy.” Puan Sri Nona bangun dia memeluk lelaki itu.
Aku memejam mata. Zikir di dalam hati tidak lepas bergema menguasai minda. Kemudian perlahan-lahan aku kembali membuka mata.

Bayangan itu hilang! Tapak tangan yang berpeluh aku lap pada baju. Dengan susah payah aku naik ke atas katil. Aku perlu tidur! Hanya dengan tidur sahaja segalanya akan hilang. Segala kepelikan yang berlaku benar-benar menuntun perasaan aku, jiwa aku kacau.

Aku terjaga apabila aku terdengar suara Kak Nah bercakap-cakap di luar pintu.

“Kalau datang nak tidur baik tak payah kerja.”

“Bukan Datin, dia tak sihat tu, hari tu elok sahaja dia.” Ujar Kak Nah.

“I bayar gaji untuk buat kerja.” Suara itu berkata lagi.

“Kenapa kau bising-bising dekat sini, dengar sampai ke dalam bilik aku.” Suara Puan Nona pula kedengaran.

“ I tak suka mumy, I bayar dia gaji.”
“Kalau kau bayar gaji dia pun tak bermakna kau boleh bercakap ikut sedap mulut kau Noraini. Biar aku yang bayar gaji dia. Aku suka dia, jangan nak banyak cakap.”

“Ikut mumylah jangan budak tu pijak kepala mumy sudah.”

“Pijak kepala mumy macam kamu?” jelas aku dengar kata-kata Puan Sri Nona.

“Mumy!” Aku dengar suara Datin Noraini melengking kuat. Sebelum kedengaran pintu di tutup kuat.
Perlahan-lahan aku bangun, aku sudah merasa lega sedikit. Teringat terapi Puan Sri Nona pukul dua petang nanti. Aku memandang jam di tangan, sudah pukul 12.30 tengahari. Aku bangun, menapak ke bilik air. Kemudian aku keluar mendapatkan Kak Nah di dapur.

“Hash dah okey ke?” tanya Kak Nah sebaik sahaja melihat wajah aku.

“Dah okey, pening sikit je tadi.” Aku memandang Kak Nah yang sedang menghidangkan makanan.

“Nak pergi panggil Puan Sri ke Kak Nah?” tanya aku kepadanya. Kak Nah angguk, aku bangun menuju ke bilik Puan Sri.

Pintu biliknya aku ketuk , kemudian aku membuka pintu bilik meninjau mencari di mana Puan Sri ketika itu. Dia sedang merenung keluar jendela dengan sesuatu di tanganya. Nampak macam album lama.

Dia berpusing menghadap aku sambil mengesat airmatanya. Sayu sahaja wajah Puan Sri Nona. Pasti dia kesedihan merindui sesiapa sahaja yang ada di dalam memorinya.

“Aku rindu arwah suami dan anak-anak aku.” Katanya perlahan.

“Ya Puan Sri, rindu yang paling sakit sekalikan, merindui pada yang telah tiada.” Jawab aku perlahan. Hati aku sendiri rasa berdenyut apabila menyebut perkataan rindu, ada sesuatu yang sangat aku rindu tetapi aku tidak tahu hala tuju rasa itu.

Entahlah! Aku rasa rindu itu mengebu-gebu sangat tetapi pada siapa? Terasa aku kehilangan sesuatu yang sangat bermakna.

“Aku kesal dengan apa yang telah berlaku. Andai aku dapat mengubah takdir, aku akan mengubahnya supaya menjadi sempurna seperti yang aku mahu sekarang.”

Aku diam! Mana mungkin takdir boleh diubah. Dan tidak mungkin kehidupan akan menjadi sangat sempurna.

Sebenarnya otak aku ligat berfikir, kenapa bayangan itu datang menjelma, apa sebabnya, apa misterinya. Datin Noraini dan lelaki itu? Kenapa mesti wujud dalam situasi tadi? Ah! Pelik.

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now