Pakcik Hot 1301
Bab 9
“Apa kau buat dekat sini?” dia menarik tangan aku jauh daripada kawasan motel lama tempat di mana dia tinggal. Dia membawa aku ke lorong belakang yang sunyi sepi tidak berorang.
“Cari kau Mr. Baby sayang.” Jawab aku dengan wajah yang sangat manis.
“Gedik betul pangilan kau, baik kau panggil aku pakcik lagi bagus.” Dia mendengus.
“Kau pergi terapi dengan nenek aku tadikan?” tanyanya lagi, aku angguk.
“Kau intai aku eh pakcik? Kau rindu eh?” aku gelak-gelak.
“Podah! Kau apa hal datang sini? Kan aku kata nanti aku cari kau.”
“Aku ada benda nak cerita dengan kau. Boleh tak kita cari tempat duduk yang tak ramai sangat orang.” Wajahnya aku pandang.
“Bilik dekat motel.” Katanya, aku angguk. Ya sana lagi selamat.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik berpintu biru itu aku duduk di hadapannya. Sempat aku menjeling persekitaran bilik tersebut. Macam mana aku tinggalkan hari tu, macam itu juga hari ini. Tiada apa yang berubah.
“Cepat cerita apa kau nak cerita.”katanya.
“Hari tu lepas aku balik daripada sini kau ikut aku sampai ke Sogo ke?” aku pandang wajahnya mencari kejujuran.
“Sogo? Aku nak buat apa dekat situ?” Dia soal aku balik. Jadi maknnya dia memang tak ada ke Sogo semalam.
“Aku paling tak suka tempat sesak macam tu, rasa macam tak bernafas dibuatnya.” Jawabnya lagi. Okey aku nampak dia macam jujur.
“Kau pernah pergi Sogo?” aku sengaja bertanya lagi. Dia diam! Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Pernah lima tahun lepas.Tapi aku tak ingatlah.”
“Kau pernah jumpa seorang lelaki berhud,dalam Sogo dekat kiosk minyak wangi tak sebelum ni?’
Dia diam, memikir barangkali.
“Tony, ya Tony lelaki berhud hitam. Dia bagi aku sesuatu.”
“Apa dia bagi kau?” aku teruja, kalau dia ada jawapannya, maknanya aku juga ada jawapan pada apa yang aku tengok di dalam dejavu aku itu.
“Tony bagi aku sesuatu tapi aku tak ingat apa dia, sebab lepas aku jumpa dia masa tu aku kena terbang ke Zurich secara tergesa-gesa. Ia berlaku 5 tahun lepaslah. Mana aku nak ingat dah. Apa barang tu aku memang tak ingat, kalau ada pun barang tu mesti ada dalam bilik aku dekat rumah nenek aku. ”
“What? 5 tahun lepas? My god!”
“Hey kau dah kenapa?”
Jadi aku nampak benda yang dah berlaku lima tahun lepas, time travel ke apa ni? Aku ketuk kepala aku sendiri, nak hadam sesuatu yang aku rasa sangat pelik memang bukan semudah mengunyah kacang. Agaknya kejadian Datin Noraini, kejadian Puan Sri Nona adalah perkara yang sudah berlaku bertahun-tahun dahulu.
“Kau percaya dejavu?” aku memandang wajahnya.
“Percaya, aku juga percaya alam ghaib yang rahsianya tersimpan rapi. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya.” Katanya jujur.
“Apa yang kita nampak, kita alami seperti pernah berlaku, seperti pernah kita alami. Kau pernah rasa macam tu tak pakcik?”
“Tak pernah , mimpi tu mungkin iya, tapi pada aku itu biasa sahajalah semua orang akan bermimpi.” Dia pandang wajah aku dengan renungan yang sukar untuk aku tafsirkan. Ada sesuatu tersembunyi di sebalik nada suaranya.
“ Mimpi?”wajahnya aku pandang.
“Yup, perasaan kau je tu terlihat dalam mimpi atau boleh jadi pada situasi lain. Mimpi yang tersama, situasi yang tersama.” Ada ke situasi macam tu berlaku, sama-sama mimpi? Macam pelik je nak pula mimpi jadi kenyataan lagilah pelik.
“Macam melatonin, hormone yang mengerakkan mimpi.” Sambungnya.
“Aku tak percaya benda mengarut tu semua. so jangan cerita pasal mimpi. Aku rasa kau merentasi masa, cyberpunk, perjalanan masa yang pendek, 5 tahun ke depan atau 5 tahun terkebelakang. Aku rasa situasi itu bukan mimpi. Confirm!”
“Ada ke mesin merentas masa? Tak adakan? Aku rasa mimpi lagi relevan" memanglah tak ada tapi tak mustahil ada kalau tuhan nak benda tu berlaku.
“Mak su dengan Paklong kau mati lima tahun lepas ke?” aku menyoal dia macam polis pencen. Sengaja mengubah tajuk perbualan kami, aku tak mahu dia soal benda pelik-pelik pula. Kejap lagi habis semua istilah sains keluar, apa aku nak jawab, aku bukan pandai pun.
“Ya betul. Nenek aku cakap?” aku angguk, Puan Sri hanya beritahu Lestari mati lima tahun lepas tetapi bukan Paklong pakcik.
“Mereka mati pada hari yang sama, kejadian yang sama?”
“Tak, Paklong aku mati selang seminggu selepas Maksu aku mati.”
“Hurm…pelik. Makteh kau tu orang baik-baik ke pakcik?”
“Kalau dia baik aku tak suruh kau perhatikan dia.” Ujarnya.
“Dia ada agenda?”
“She is mastermind. Tapi aku tak ada bukti yang cukup. Yang ada semua tu hanya paklong aku, paklong aku sembunyikan semuanya , tiada siapa dapat cari, aku pun tak dapat cari.”
“Kalau dia mastermind kau tahu ke sebabnya?” Pakcik geleng kepala.
“Pakcik ni main tuduh-tuduh je. Fitnah dah tu jadinya.”
“Aku tak pasti tapi daripada apa yang aku perhatikan, ketamakan makteh aku ni puncanya. Mak aku bawa diri jauh daripada keluarga sampai tak nak balik dah ke rumah besar tu sebab dia tak suka sesuatu yang aku tak tahu. Aku dah cuba tanya mak aku tapi mak aku tak nak cakap apa-apa.” ujarnya perlahan.
“Keluarga kau bisness apa ya?” tanya aku.
“Tan Sri Husin adalah pemilik HBB.”
“Ajer gila! HBB tu antara orang terkaya dekat Malaysia ni tapi kenapa Puan Sri Nona tinggal dekat rumah banglo biasa je.” Kata memandang wajahnya. Kacak pula bila dia ikat rambutnya ala-ala samurai macam tu.
“Itu rumah asal Tan Sri Husin. Nenek aku yang nak balik ke situ sebab rumah tu banyak kenangan yang tertinggal. Paklong aku sayang rumah tu, dia tak mahu banglo di Bukit Antarabangsa, dia sukakan rumah tu sangat-sangat. Actually, paklong aku sebenarnya sakit Hash.”
“Oh ya? Kesian!” aku bungkam.
“Kau kenapa ya tanya aku pasal dejavu tu tadi? Aku jawab pasal mimpi pula patutnya aku jawab bab dejavu tu” soalnya, nampak sangat dia tak nak cerita apa-apa lagi pasal family neneknya itu. Aku tersenyum.
“Sajalah nak tanya pendapat kau pasal tu, sebab aku ni kan tak berapa nak pandai. Tengok kau macam pandai sikit. Maklumlah orang tua lagi bijak daripada budak-budak macam aku ni.” aku berkata dengan senyuman panjang, rasa tak syok pula kalau tak dapat kenakan pakcik ni.
“Kau tu bukan budak, dah boleh jadi mak budak. Perasan keciklah kononnya.” Dia mencebik, menunjal sedikit kepala aku. Suka betul dia main-main dengan kepala aku.
Aku pandang wajahnya lagi, kemudian seluruh dirinya. Dia ni memang hot, mata dia tajam macam mata helang, kumis nipis, jambang yang meliar sedikit betul-buat buat aku cair dan terus cair. Mujur dia tua je tapi kalau tua 10 tahun daripada aku apa adahal kan? Cinta mana ada kenal usia tu semua.
“Kau berangan apa ha?’ dia memetik jarinya di hadapan mata aku. terkejut aku dibuatnya. Apabila dia melakukan begitu sekali lagi jantung aku terasa laju, dia mula balik! Ya Allah, cepat-cepat aku berlari keluar sebelum aku termimpikan benda pelik dan kepala aku sakit.
“Hashh, are you okey?” dia berdiri di belakang aku yang sedang terbongkok menahan gelodak dan kesakitan pada kepala aku. Aku mengangkat tangan dengan anggukan. Wajah berkerut menahan sakit, wajah dia juga kelihatan berkerut.
“Kau dah kenapa pakcik? Aku yang sakit bukan kau.” Aku berkata ketika aku mersa sedikit lega. Wajahnya masih lagi berkerut-kerut.
“Kau sebenarnya kenapa Hash? Dia bertanya, aku geleng kepala. Kalau aku ada jawapannya aku dah beritahu dia.
“Aku tiada jawapan untuk itu, tapi macam yang aku cakap masa aku nampak kau dekat Sogo tu, aku rasa macam nilah, jantung laju, dada rasa nak pecah, kepala aku sakit akhirnya aku muntah.”
“Dan sekarang bila kau nak jadi macam ni kau nampak apa?” soalnya.
“Cara kau memetik jari macam tu, entahlah macam aku dah selalu tengok. We’ve meet before?” Aku memandang wajahnya.
“See you?No!” Jawapnya, dia kemudian masuk kembali ke dalam rumah. Jawapan dia memang nampak sangat tidak jujur. Entah kenapa aku pasti pula, dia pernah bertemu dengan aku satu ketika dahulu.
“Kau dah pernah jumpa aku kan?” aku menyoal, wajahnya aku renung.
“Tak, aku tak pernah jumpa kau.” Tegas dan yakin sahaja dia menjawab.
“Tapi kenapa cara kau memetik jari macam tu aku rasa macam ia adalah benda biasa sahaja.” Ya itulah dejavu tu, ia bukan mimpi.
“Mungkin orang lain tu yang suka sangat buat kau macam tu.”
“Tak, aku rasa macam kau.”
“Kau jangan nak mengarutlah Hash, aku tak pernah jumpa kau walaupun sekali sebelum aku jumpa kau dekat kondo tu.” Oktaf suaranya meninggi, marah pula!
“Kenapa kau mesti nak marah aku kalau dah tak pernah jumpa dahlah. Aku tanya aje. Tapi kalau kau sorok sesuatu daripada aku, aku harap aku akan temui jawapannya suatu hari nanti. Okey aku nak balik.” Aku mengatur langkah keluar daripada pintu rumahnya. Tetapi dia cepat-cepat menarik tangan aku.
“Hai merajuk ke baby sayang?” dia mengenyitkan mata, aku pula terlopong. Kemudian dia gelak jahat. Aku terkesima!
“Ishhh…” Aku menjeling.
“Tunggu, aku nak ajak kau pergi Tasik Titiwangsa.” Katanya.
“Buat apa pergi tasik, kalau nak jogging aku tak nak. Penat.”
“Pergi bercintalah.” Aku terlopong sekali lagi.
“Kau ni nak aku cair ke apa?” soal aku sambil mengekori langkahnya.
“Kau keras ke nak cair-cair bagai.” Aduh! Dia ni. Dia tahu tak dia tengah membunuh hati aku!
YOU ARE READING
Pakcik Hot 1301
HumorPoskad art of illusion itu kunci rahsia mereka. Adakah mereka sebenarnya merentas masa. Atau mereka sebenarnya ada sesuatu yang menjadi misteri. Dejavu! Adakah itu kunci utama rahsia poskad tersebut? Atau mereka sebenarnya sedang merungkai conection...