Bab 18
Hash Lestari
Aku mengemas baju yang aku rasa perlu, tanpa mendengar rayuan ibu, aku berlalu begitu sahaja daripada rumah yang aku rasa bukan tempat aku lagi. Tapi ke mana aku akan pergi.
“Do something Hash!” Aku memikir, duduk di hentian bas pada waktu malam begini aku kena pantas berfikir. Perlahan-lahan aku menarik nafas dalam kiraan lima, dan kemudian aku lepaskan pada kiraan tiga. Berulang kali aku lakukan sehingga aku merasa tenang.
“Cari Mark!” hanya perkataan itu sahaja yang melingkar di dalam kepala aku. Dengan pantas aku mengatur langkah menuju ke motel di mana Mark pasti berada, entah kenapa aku begitu pasti dia berada di sana.
Ketika aku berdiri di hadapan pintu biliknya, dia membuka daripada dalam.
“Hash! What are you doing here?” tanyanya perlahan tetapi dengan nada agak terkejut.
“Please, jangan halau aku.” Aku merayu kepadanya, dada begitu sebak.
“Kau tak boleh datang sini, kau tak boleh cari aku. Tolonglah.” Dia berkata tanpa mempelawa aku masuk.
“Kenapa? Apa sebabnya. Sebab Bob dan Tamara? Sebab Rich dan Nora?” bertalu-talu aku bertanya kepadanya. Dia tidak menjawab, sebaliknya dia menyuruh aku menunggu dia dan dia hilang ke dalam biliknya. Sebentar kemudian dia keluar dengan beg sandang di belakangnya.
Dia menarik tangan aku tanpa kata-kata. Dia menyeret aku sehingga ke Chow Kit dan daripada situ dia menahan teksi menuju ke KL Sentral. Aku ingatkan dia nak bawa aku ke mana-mana tetapi dia membawa aku ke Presscot Hotel berhampiran KL Sentral.
“Kenapa kau bawa aku ke sini?” aku bertanya kepadanya.
“Tempat aku tu dah tak selamat. Mana telefon kau?”tanyanya.
“Aku tak bawa.” Memang aku sengaja meninggalkan telefon aku sebab aku tahu telefon itu sudah di pasang dengan peranti bagi membolehkan aku di kesan di mana-mana.
“Keluarkan semua benda yang ada dalam beg kau tu.” Dia memberi arahan lagi. Aku akur, habis semua isi beg aku keluarkan. Dia membelek semuanya satu persatu sehingga dia puas hati. Cara dia membelek seolah-olah apa sahaja boleh menjadi peranti penjejak.
Dia kemudian membelek aku pula. Tak kanlah dekat batang tubuh aku ni pun ada penjejak. Walaupun cara dia menyentuh tidak mesra langsung, aku tak pula membantah. Bau wangi badannya yang meransang otak aku agar membiarkan sahaja apa dia nak buat.
“Syok kena raba!” suara kerasnya menujah cuping telinga.
“Aku suruh? Tak kan.” pantas pula aku menjawab.
“Dalam situasi kau sekarang semua benda aku kena check, aku tak nak ketirisan itu berlaku lagi. Aku dah serik!”
“Cukup tiga tahun itu menyusahkan hidup aku.” dia berkata perlahan.
“Mark.” Aku mengekori langkahnya menuju ke arah balkoni. Tingkat 20 tiada siapa umat pun akan nampak.
“Kenapa kau asyik panggil aku dengan nama Mark.” Tanyanya tanpa berpaling memandang aku.
“Aku hanya tau kau Mark. Semuanya jelas, sangat jelas. Kau bawa aku ke rumah rakit, kau simpan aku di rumah pokok dan Songkla.” Aku memandang belakang badannya yang masih menghadap balkoni.
Dia melepaskan keluhan.
“Itu semua salah aku.” Dia berkata perlahan.
“Apa salahnya? Salah sebab kau bawa aku lari? Yes, itu memang salah tapi aku tahu kau try untuk selamatkan aku dari kena bunuh.”
‘Salah aku percaya Bob dan Tamara.” Dia berpusing memandang aku.
“Salah aku Hash sebab percayakan mereka berdua tapi mereka akhirnya tikam aku di belakang, punahkan kepercayaan kau pada aku. Kau mungkin tak ingat kebencian tu, tapi aku ingat semuanya. Satu pun aku tak lupa. Dan aku tak lupa kesakitan yang Bob dan Tamara bagi pada aku. Sampai ke lubang cacing pun aku akan cari mereka berdua.”
Kata-katanya menyentak hati aku. Benci! Ya, perasaan itu ada tetapi aku tidak tahu kenapa. Yang aku pasti apabila rasa benci itu timbul, rasa sayang akan datang bagaikan air yang membanjiri hati aku. Anehnya perasaan!
“Aku tak nak ingat kebencian tu.” Aku berganjak daripada balkoni, duduk di atas katil bersize king. Hanya ada satu katil! Baru aku perasan, honeymoon suite! OMG!
“Aku hanya seorang apa, bukan siapa. Betulkan?”
“Kau tahu kenapa poskad tu wujud Hash?” dia mendapatkan aku duduk di sebelah aku. dia langsung tidak menjawab pertanyaan aku.
“Ayah kau nak kau tahu rahsia diri kau setelah mereka dengan kejamnya menghapus semua ingatan kau. Puan Sri Nona yang memberikan pada aku poskad-poskad tu. Bukan ayah kau.”
“Dia tahu aku cucunya?”
“Tahu, itu sebab Datin Noraini tak suka kau. Tapi bila Puan Sri Nona kata kau tiada apa-apa ingatan tentang keluarga tu, baru dia beralah.”
‘Kenapa aku tak ingat mereka?”
“Sebab mereka tak pernah wujud dalam fikiran kau. Nora ibu kau sekarang yang menyorokkan engkau. Sorry to say, your mom so cruel Hash!”
“Aku anak dia atau tidak sebenarnya?”
“Dia ibu tumpang kau sahaja. Kau dijadikan untuk dilatih menjadi jentera HBB. HBB ada ramai musuh di dalam selimut. Tan Sri Hussin yang mencipta kau sebagai senjata licik yang tersembunyi daripada pandangan umum. Kau hanya manusia biasa tapi otak kau bukan biasa. Otak kau bagaikan mesin masa yang boleh menjelajah ke mana kau suka. Kau dah di latih Hash, hanya kau sahaja tidak tahu sebab Nora dan Rich menjadi dalang kemusnahan otak pintar kau.”
Aku tak faham tapi aku cuba untuk memahaminya.
‘Ayah aku tu memang ayah akulah?” dia angguk.
“Another long story, macam mana bayi tabung uji terhasil daripada keturunan Tan Sri Hussin aku tak mampu nak cerita sebab semua dokumen tu tersembunyi. Tiada bukti yang sahih untuk menguatkan cerita aku.”
“Kemalangan dekat Zurich ketika usia kau 15 tahun, meragut nyawa Lestari. Lestari yang bawa kau lari ke sana, tetapi Rich dan Nora berjaya menjejaki kau. Lestari dah mati, ayah kau juga terima nasib yang sama. Mereka berdua di bunuh.”
“Siapa dalang sebenarnya?” tanya aku.
“I don’t know, tapi aku hampir dapat memecahkan rahsia tu melalui kau, kalau tak sebab Rich dapat mengesan kepulangan aku.”
“Poskad ilusi tu, jadi benda tu benarlah.” Dia angguk.
“Sepatutnya aku dengan kau kena ke Menara Maybank kerana peti keselamatan tu berada di sana, hanya kau sahaja yang ada kuncinya. Kad pengenalan kau.”
“Kad pengenalan aku, aku tak faham.”
“Kau akan faham bila kita dah ada dekat sana, tapi susah nak pergi sana, Rich sentiasa meletakan orang dia dekat situ. Aku dah check.”
“Siapa yang upah Rich?” aku ingin tahu.
“Noraini.” Pendek sahaja jawapannya. Dan kami pun mendiamkan diri, suasana sunyi begitu menguasai bilik yang luas. Aku tak tahu apa motif dia menyewa bilik sebegini besar untuk kami.
“Untuk sehari dua ni, mungkin kita selamat dekat sini, aku kena fikir mana nak bawa kau pula lepas ni.” dia berkata perlahan.
“Ke mana kau pergi 3 tahun ni?” aku menyoal dia.
“Kerja kilang sarung tangan.” Dia berkata yakin.
“What?” aku terkejut.
“Kenapa nak terkejut, orang macam aku boleh jadi apa-apa sahaja yang aku nak.”
“Kenapa kau cari aku kalau kau tahu aku tak ada ingatan tu lagi.”
Dia memandang aku, pandangan yang pernah aku lihat di rumah pokok sebaik sahaja kami berempat balik daripada Songkla, pandangan yang sangat aku fahami ketika itu, pandangan yang begitu mengujakan hati aku. Tetapi ketika itulah Bob dan Tamara mengkhianati kami berdua.
“Kau ingat malam tu?” Soalnya, aku angguk dan aku geleng. Sebahagiannya aku ingat, aku ingat Tamara mengatakan sesuatu pada aku dan buat aku mengamuk malam tu tapi apa yang Tamara cakap sebenarnya aku langsung tidak ingat apa-apa.
“Tamara cakap dengan kau, aku dah terima duit daripada Rich untuk hantar kau balik.”
“Dan apa yang Tamara cakap tu menyebabkan kau benci aku sangat-sangat. Aku tak sempat nak cakap apa-apa, sebab Bob dan Tamara cuba nak bunuh aku malam tu. Bila tak dapat mereka bawa kau pergi.”
“Dan sekali lagi segala ingatan aku di hilangkan?” dia angguk.
“Aku tahu kau masih benci aku Hash, cuma kau tak ingat.” Aku geleng kepala, lebih baik aku tak payah ingat kebencian tu langsung.
“Betul ke apa aku buat, tinggalkan ibu.” Aku berjeda.
“Apa kau buat tak salah, sebab kau datang pada orang yang betul.”
Aku memandang wajahnya, betulkah aku datang kepada orang yang betul?
YOU ARE READING
Pakcik Hot 1301
ComédiePoskad art of illusion itu kunci rahsia mereka. Adakah mereka sebenarnya merentas masa. Atau mereka sebenarnya ada sesuatu yang menjadi misteri. Dejavu! Adakah itu kunci utama rahsia poskad tersebut? Atau mereka sebenarnya sedang merungkai conection...