pakcik hot1301

462 12 5
                                    

Pakcik Hot 1301

Bab 13

2017- Mark - KLIA

“Perempuan tu ada dekat KLIA aku mahu kau dapatkan dia dulu. Ikut plan asal kita.” Aku mengangguk, arahan aku terima dengan jelas. Hanya menunggu target itu muncul.
Bunyi bip pada telefon bimbit menarik perhatian aku seketika. Pantas aku download gambar daripada lelaki itu. Aku terdiam sebaik sahaja aku melihat wajah itu dengan jelas dan kebetulan memang wajah itu sedang melintasi tempat di mana aku berdiri.

“So sweet, Tari suka sangat.” Aku mendengar dia berkata sambil bergelak ketawa membelek minyak wangi pada kiosk Guess. Nada suara yang sangat manja, sama seperti beberapa hari lepas. Aku sengaja menghampirinya, sengaja melanggar bahunya.

“Opss..sorry.” Aku berkata perlahan, menurunkan hud yang melekat di kepala.

“It’s you? Mamat Capucino Latte?” Gadis itu menjerit kuat, kemudian dia cepat-cepat menutup mulutnya.

“You kenal ke Tari?” soal kawannya.

“Mestilah, inilah mamat yang aku langgar dengan basikal hari tu, habis tumpah capucino latte dia. Tak sempat minta maaf, mamat ni dah pergi.” Ria sahaja suara gadis itu bercakap.

“Sorry tau I langgar you kelmarin.” Gadis bernama Tari itu menguntum senyum.

“It’s okey tapi you kena ganti capucino latte I tu balik.” Aku berkata memandang wajahnya. So beautiful!

“Why not, sekarang pun boleh.” Teruja. Aku angguk! Peluang tak akan datang bergolek begitu sahaja, sasaran didepan mata kena bertindak pantas walaupun sebenarnya aku tak jangka dia adalah target lelaki yang mengupah aku ketika itu. Why? She so young and beautiful! Kenapa nak aku bunuh dia? Apa sebabnya?

“Tari you dah janji dengan kitaorang nak round KLIA, sekarang?” Kawannya mengeluh.

“Sorry you all, next time okey.” Si gadis melambai dan mengatur langkah bersama dengan aku menyusuri kiosk yang berderet  mencari kiosk minuman.

“It’s okey, I oder untuk you. Apa you nak minum?” aku menyoalnya.

“I lah yang patut oder untuk you. Kan I yang tumpahkan capucino latte you.” Dia berkata. Aku geleng.

“Nanti you bayar.” Aku berkata memandang wajahnya menunggu jawapan.

“Okey, I nak coke. Tapi I nak pergi toilet sekejap ya.” Aku angguk, kesempatan memang sentiasa memudahkan kerja aku.

Pantas dan tuntas tablet domi selamat berada di dalam gelas coke untuk si gadis bernama Tari. Sempat mencair sebaik sahaja wajah itu muncul. Selamba gadis itu duduk menghirup coke tersebut seperti kehausan yang amat sangat. Anak gadis sekarang, memang mudah mengekori lelaki yang tidak dikenali, sayang! Dia menguntum senyum dihujung bibir.
“Siapa nama you?” aku bertanya kepadanya.
“Hash Lestari.”jawabnya ceria, dia ni memang bangsa hapy go lucky agaknya.
“And you, siapa nama you?” tanyanya, aku diam. Bungkam membisu. Apa nama aku? Aku memang ada nama tetapi nama itu boleh berubah ikut apa yang aku suka.

“Mark.” Terlintas satu nama, aku menyebutnya. Aku boleh jadi sesiapa sahaja yang aku suka, ikut situasi yang aku lalui tanpa mendedahkan identity aku.

“Mat salleh? Tak nampak pun macam mat salleh.” Ujarnya, matanya nampak semakin layu.

“Are you okey Tari?” aku bertanya.

“ I don’t know, I rasa macam nak tidur.” Dia berkata sebelum dia tersebam ke atas meja, sempat aku menarik cawan  coke yang sudah kosong. Beberapa orang pelanggan bertanya, aku tidak menjawab. Pantas aku mengedong tubuh kecil itu keluar melalui pintu kecemasan KLIA.
Aku memandu laju, bunyi bib pada talian telefon langsung tidak menarik minat aku lagi. Aku tahu siapa yang mencari aku. Pasti lelaki yang mengupah aku untuk melenyapkan gadis di sebelah aku ketika ini. Aku hanya ingin tahu sebabnya, kenapa? Aku kena tahu siapa gadis ini, kenapa lelaki itu mahu aku menghapuskan dia.

Sekarang aku kena memandu jauh daripada kawasan Kuala Lumpur. Membawa gadis itu sejauh yang boleh, dia terlalu muda, terlalu cantik untuk menjadi mangsa dan aku kena siasat, kenapa lelaki itu mengupah aku membunuhnya. Aku tahu mata-mata lelaki itu berada di mana-mana sahaja. Itu yang aku kena licik untuk hindari, apabila situasi selamat baru aku memandu pada had laju biasa.

Bunyi panggilan pada talian telefon bertalu-talu masuk, aku memberhentikan kereta seketika, aku kena professional, kena jawab panggilan tersebut. Aku kena memberitahu aku dengan sukarela menolak tugasan tersebut. Aku tak boleh teruskan dengan alasan aku sendiri.

“Where are you Mark?” lengkingan kuat suara lelaki itu menujah cuping telinga aku. aku mengetap bibir geram.

“Somewhere.” Aku menjawab sepatah.

“Kau patut bawa budak tu datang dekat aku.”

“No, aku ubah plan, aku return balik duit kau. Aku batalkan job ni.” tegas aku berkata.

“No you can’t” lelaki itu menengking.

“No, final. Adios.” Aku mematikan telefon dan aku campakkan ke belakang. Gadis disebelah aku tidur dan dia memang cantik. Ini kali pertama aku dapat target seorang gadis, dan nampaknya lelaki itu tersalah memberikannya kepada aku.

“Dah lama kau tak datang sini bro, bawa awek nampak?” Bob seorang kawan lama yang sempat aku hubungi menunggu aku dipangkalan tasik Banding.

“Aku memang tak ada masa nak memancing Bob.” Aku menjawab.

“So sekarang ada masalah?” katanya dengan senyuman sinis tersungging di hujung bibirnya.

“A week mybe, kau dah siapkan semua yang aku nak. Macam biasa?” tanya aku kembali, Bob angguk. Aku mengendong si gadis yang masih lagi tertidur ke dalam bot milik Bob. Bob tidak bertanya apa-apa lagi. dia sangat memahami.

“Job?” soal Bob,aku geleng.

“Target?” aku angguk.

“Then apa kejadah kau bawa ke sini?” soal Bob.

“Cancel.” Ujar aku perlahan.

“What? Kau gila ke? Upah kau dah ambilkan?”

“Return back cash money.” Jawab aku.

“Why? Kau selalunya tak pernah pincang tugas, itu memang kerja kau.”

“Kali ni lain, I don’t know why tapi aku nampak manusia yang hire aku banyak yang pincangnya, bukan aku.”

“Since when kau boleh nampak benda salah ni? Kau memang dah buat benda salah bro sejak kau lari daripada tugas utama kau.”

“Bob, you should know me better.”

“Aku tahu kau lari dari tugasan kau bukan sebab kau nak, sebab kau jumpa yang pincang. Dan job yang kau ambil selama ni tak pernah berakhir dengan apa yang ditugaskan, kau lagi rela mencipta sesuatu untuk mengaburi mata orang lain dengan berpaling tadah, tapi bro sampai bila kau nak mengejar dan di kejar.”

“Kali ni lain Bob, why should I kill her?”

“Kau ambil job membunuh? Are you kidding me?” Bob terlopong. Aku angguk.

“Membunuh bukan kerja aku, aku juga pelik macam mana lelaki tu dapat aku as a silent killer. Sedangkan aku bukan pembunuh upahan. Aku hanya seorang lelaki yang lari daripada tugas yang aku nampak pincang. Itu sahaja!” Bob memandang aku pelik.

“Macam mana lelaki tu dapat kau?” aku angkat bahu, aku tidak tahu tetapi aku mahu ambil tahu selepas ini.

“Handphone dekat seat belakang. Check last call. Aku nak tahu siapa dia. Info aku dekat rumah rakit. That girl, aku simpan dahulu, aku kena tahu kenapa dan mengapa.”

“Bob, ambil duit dalam boot, belikan pakaian budak perempuan ni.”

“Dah satu hal pula, yang luar tu bolehlah aku teka size bro. yang dalam tu?” Bob tepuk dahi. Mustahil dia akan membelek, mustahil juga kawannya akan membelek yang di dalam.

“Oh my god!” aku menepuk dahi, nak kena renung tembus sampai ke dalam.

“Aku tahu kau bijak sebab kau rakan setugas aku, fokus dan guna mata kau. Aku tahu barang yang aku minta sampai as soon as possible. Takkan aku nak biar perempuan cantik macam ni tak mandi.”

Bob garu kepala, bab begini dia memang fail, dia hanya biasa memegang senjata, bukan bra wanita.

Gila!

Pakcik Hot 1301Where stories live. Discover now