The History............?

56 26 2
                                    

"Weh jom! Library!" Ulfah mendaratkan bahunya di bahu Syirah yang sedang sibuk makan nasi lemak yang dibelinya,memandangkan sekarang waktu rehat,memang ramailah pelajar mengambil peluang untuk mengisi perut kosong mereka.

"Apa kau ni? Nak gi library? Makan lagi best lah" kata Balqis lalu menyuakan nasi goreng yang dibekalkan oleh ibunya ke dalam mulut. Ulfah hanya mencebik,macam ni lah perangai kawan-kawan dia ni,asyik fikir pasal makan je.

Pergilah library sekali-sekala,dapat jugak manfaat.

"Tapi,kau tak lapar ke? " pelajar berbaju pengawas pink atau nama saintifiknya,Alya menyampuk sambil tangannya menarik kerusi yang berada di kantin itu.

"Aku dah kenyanglah,curi-curi makan masa cikgu Azira sedang mengajar tadi" Ulfah tersenyum sambil tangannya mengusap-usap perut buncitnya.

"Bagus jugak cadangan Ulfah tu...jomlah pergi library,aku malaslah nak makan" Piya bersetuju dengan cadangan Ulfah yang boleh dikatakan mengarut itu.

Kenapa dengan Ulfah ni? Tiba-tiba nak pergi library,dah sebulan dia tak pergi library,apa motif Ulfah ? Nak buat suprise ke apa?

Ulfah dan Piya sudah melakukan high-five.

'Rajin betullah kawan aku ni'desis hati Syirah,terpaksa dia akur dengan cadangan Ulfah. Terpaksalah dia mengorbankan masa rehatnya semata-mata tidak mahu Ulfah berkecil hati.

Alya dan Balqis menyimpan semula bekalan makanannya. Baru makan dua sudu,dah kena pergi library,kesian....

Di library,

"Ah bosannya tak ada buku yang menarik lah" Alya menyembamkan mukanya ke atas meja,bukan tak ada buku yang menarik,dia yang malas nak cari.

Syirah hanya menggeleng melihat gelagat Alya yang dikatakan pemalas itu. Patutlah,ramai yang ejek Alya ni kucing....kucing kan pemalas...

"Aku pun bosan.....tak ada buku yang menarik lah" Piya mengurut-ngurut bahu Alya. Tiba-tiba je urut.....

"Aku jumpa!" Syirah yang baru sahaja duduk di kerusi perpustakaan,menoleh ke arah suara Balqis sambil di tangannya terdapat satu buku.

"Kau ni..terkejut kita...ingatkan apalah tadi...tembak kan" kata Ulfah lalu mengambil tempat duduk di tepi Syirah dan Balqis juga mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Alya manakala Piya hanya berdiri di antara Alya dan Balqis.

"Macam best je buku ni. Tapi,korang tak pinjam buku ke?" Balqis bertanya dan yang lain hanya mengeluh.

Memanglah Ulfah yang ajak tapi dia hanya mahu merasai penghawa dingin yang disediakan pihak perpustakaan sekolah. Kat luar panas,tu je alasannya. Dalam kumpulan mereka,Balqis seorang sahaja yang rajin membaca,al maklumlah dia pengawas perpustakaan berbaju kuning. Teringat pulak dekat itik....

"Tak kisah lah,aku bosanlah. Menyesal aku ikut Ulfah ni...baik aku makan" Syirah mengeluh panjang.

Balqis tidak melayan kerenah Syirah dan mula membuka muka surat pertama buku yang dibacanya,The History About Iseland.

Piya yang tidak tahu untuk membuat apa-apa hanya memerhati buku yang dibaca oleh Balqis. Alya pula sudah tertidur,perangai memang macam kucing..Syirah dan Ulfah hanya berbual perlahan,dalam perpustakaan mana boleh berbual..kan?

Ke korang degil?

Balqis mula membuka helaian yang ketiga,kelihatan satu perkataan menakutkan menarik minat Balqis. Entah kenapa dadanya tiba-tiba berdegup kencang.

"Weh,cuba kau baca ayat tu,aku tak nampak lah,kecik sangat tulisan dia" Sofiyyah menolak sedikit bahu Balqis,membuatkan dia tersentak.

Dia mula bertenang,mungkin itu hanya perasaannya sahaja.

"O-okay" Dia mula menarik nafas panjang dan membaca satu persatu bait-bait perkataan.

"Demi sebuah kerajaan Iseland,kami titikkan darah kami untuk kemenangan"

Ulfah dan Syirah berhenti berbual dan memerhati sahaja Balqis berkata-kata. Entah kenapa,mereka berdua terdiam,turut sama Piya yang terkaku di situ,seperti ada satu aura dari ayat itu...macam ayat sumpahan

Meremang bulu roma Balqis,dah lah dia yang baca ayat tu,menyesal pulak..

"K-kenapa diam je ni? Tu ayat je kan?" Piya menyampuk dan laju duduk di kerusi kosong di tepi Balqis.

"Y..ye...tu..tu ayat je" kata Syirah dan mereka mula ketawa,kepercayaan karut je tu. Hati mereka mula rasa sedikit tenang.

Ye...tu memang ayat...ayat yang akan membuatkan mereka menyesal seumur hidup kerana menyebutnya.

"Kau simpanlah buku tu,masa rehat dah nak habis ni" Ulfah memandang sekilas jam tangannya. Balqis hanya mengangguk dan mula berdiri.

Sebelum sempat kakinya menuju ke arah almari buku satu goncangan bergoncang seluruh perpustakaan membuatkan mereka semua hilang kestabilan.

"K..kenapa...n..ni?" Piya meneguk air liur dan memandang syiling. Gempa bumi?

Tiba-tiba buku yang dipegang oleh Balqis terbang ke atas membuatkan mereka terkaku..

Buku?! Buku terbang?! Mustahil!

Satu cahaya bewarna hijau terpancar dari buku itu dan buku itu seperti terbuka sendiri. Helaian ayat yang dibaca Balqis itu terbuka luas.

Dan satu suara perempuan menghiasi seluruh perpustakaan. Suara perempuan itu bergema di setiap telinga mereka dan ayat yang dibaca oleh Balqis diulang kembali oleh perempuan itu.

"Demi sebuah kerajaan Iseland,kami titikkan darah kami untuk kemenangan"

Mereka semua menutup telinga. Beberapa kali suara perempuan itu menyebut ayat itu,seolah-olah perempuan itu gembira...

"Hentikan!" Syirah mula menjerit sambil tangannya kuat menutup telinga. Alya masih lagi tidur dengan tenang. Tidur mati ke apa?!

Secara tiba-tiba satu aura menarik mereka masuk ke dalam buku itu,The History Of Iseland..

Dan buku itu hilang dengan sendirinya......ke manakah mereka pergi? Bersama dengan buku itu?

Tapi apa yang pasti,bermula lah perjuangan mereka demi sebuah kebebasan....adakah mereka akan terima takdir ini?


-TBC-

The History Of IselandWhere stories live. Discover now