Usai Syirah bersalaman dengan Angelo,yang lain juga tidak ketinggalan untuk bersalaman."Albert! Kuda ada tiga ekor je. Kami? Naik apa? " Balqis bertanya ke arah Albert yang sibuk memberikan kuda kesayangannya,Dolly makan marshmallow gergasi itu.
Balqis menggeleng-gelengkan kepala. Kuda makan marshmallow? Satu lagi,asal besar sangat marshmallow tu?
"Sabar dulu. Nanti ada kejutan" Albert tersenyum rahsia. Apa lah kejutan dia tu?
"Biar aku jampi dulu" Charlos mencelah perbualan Albert dengan Balqis.
Mereka yang lain turut menoleh ke arah Charlos yang ingin melakukan jampi itu.
Asyik - asyik jampi,haih....
Charlos mengambil segenggam pasir dan seterusnya membaca sesuatu yang sedikit pun tidak fahami. Habis bacaanya,dia kemudiannya meniup pasir halus itu tepat ke arah tiga ekor kuda itu.
kawasan yang kuda duduki itu berasap,membuatkan Piya dan Ulfah terkejut.
Tiba-tiba kuda biasa itu,menjadi kereta kuda yang cantik. Dengan ukiran yang menarik dan luas tersangatlah cantik.
Mereka semua kagum dengan kebolehan Charlos itu."Jom kita teruskan perjalanan" Angelo menggenggam tangannya dan mengangkat tangannya ke atas. Bersemangat sangat si Angelo ni!
Yang lain hanya menggangguk. Balqis yang sudah teruja,awal-awal masuk ke dalam kereta kuda itu.
Sejujurnya,itulah kali pertama mereka semua menaiki kereta kuda.
Ahli lelaki pula,sudah menaiki kuda masing-masing. Kuda Angelo yang bewarna putih itu berada di tengah-tengah manakala kuda Charlos dan Albert berada di sisi Angelo.
Maka,bermula lah cabarannya!
Sudah berjam-jam menunggu di dalam kereta kuda. Bila mahu sampai tidak tahulah.
Alya yang berada di antara Balqis dan Ulfah,sudah pun tidur dibuai mimpi indah.
Balqis pula asyik tersengguk-sengguk menahan daripada mengantuk.
Piya asyik melepas keluhan apabila di luar kereta kuda hanya penampakan pokok-pokok dan jalan yang suram. Dah jalan berlengkok-lengkok memang sakitlah punggung walaupun sofa sudah disediakan.
Syirah hanya menjenguk ke luar tingkap kereta kuda yang ditunggangi oleh lelaki bertiga itu. Sekarang ini dia hanya bosan kerana melihat permandangan pokok-pokok dan haiwan-haiwan yang aneh sahaja.
Nasib dalam kereta kuda,kalau berjalan kaki,kalau nampak haiwan pelik masa berjalan tak ke pengsan!
"Bila kita mahu sampai ni?" Syirah menjenguk ke arah tingkap hadapan menampakkan tiga lelaki yang sedang menunggang kuda itu.
"Sebentar lagi. Memanglah lambat sedikit..kuda bukan berlari..kuda berjalan" Kata Charlos sedikit pun tidak memandang ke arah Syirah yang kali pertamnya mengeluh apabila berada di dalam kereta kuda itu.
Kepala Syirah masuk ke dalam semula. Terus memandang ke arah tingkap.
Kereta kuda yang dipimpin oleh tiga orang lelaki itu berhenti di satu kawasan. Tidak sampai lagi ke destinasi,cuma kawasan untuk berehat.
Mereka keluar dari kereta kuda itu kecuali Alya yang masih lagi dibuai mimpi.
Dah kejut,tapi tak nak bangun! Mimpi apa entah!
Ulfah memandang sekeliling,tempat apa ni? Dah sampai ke?
"Angelo,tempat apa ni?" Tanya Piya kepada Angelo yang baru sahaja meminum air sungai jernih itu.
Kelihatan sebuah gua besar menakutkan di hadapan mereka berlima. Gua apa ni?
Angelo tersenyum ke arah mereka berlima dan pandangannya teralih pula ke arah gua besar itu.
"Inilah destinasi kita hari ini! " besemangat Angelo berkata-kata.
"Dan cabaran kita akan bermula dari sini" kata Charlos sambil tersenyum sinis.
YOU ARE READING
The History Of Iseland
Fantastik"Demi sebuah kerajaan Iseland. Kami titikkan darah kami untuk kemenangan!" Dan,sumpah itulah menyebabkan mereka terperangkap. ⚠️cerita ni merapu,kalau nak baca siapkan mental dan fizikal dahulu!