Situasi Ulfah
Ulfah meneguk air liur memandang ke arah buaya besar di depannya itu.
Bagaimana dia mahu hadapi semua ini? Dia tidak boleh!
Buaya itu memandang Ulfah tajam di hadapannya. Perutnya yang berkeroncong membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk meratah mangsa iaitu Ulfah.
Ulfah mula mengundur ke belakang sedikit demi sedikit manakala buaya itu perlahan-lahan merangkak mendekati Ulfah.
Serius,Ulfah takut gila sekarang ni! Banyak perkara bermain di mindanya.
Ya,betul tu! Satu sahaja ayat yang boleh dia keluar dari imaginasinya sendiri. 'Jangan percaya' ..........
Ya! Itu ayat yang dicakapkan oleh Carl sebentar tadi. Tapi,mulutnya seakaan-akan terkunci.
Dan..........
Situasi Balqis
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tak mungkin! Mana mungkin dia berada di USA sekarang ini!
Dan apa yang menakutkan,dia berada di Stanley Hotel!
Hotel yang paling berhantu di dunia!
Dan...apa yang peliknya ialah,adakah dia sudah berada di bumi? Adakah dia berjaya keluar dari Kota Iseland?
Dia tersenyum meleret.
Dia meneguk air liur dan kakinya mula meluru masuk ke arah pintu masuk Stanley Hotel.
Dia pernah mendengar kisah di sebalik kecantikan Hotel Stanley...
Antara kisah yang popular dari Hotel Stanley ialah seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Lucy yang dibunuh di hotel itu.
Tapi,Balqis hanya membacanya separuh kerana takut.
Baca je pun,tu pun takut. Dasar penakut!
Dia akur,dia kena jugak masuk ke Hotel itu,kemungkinan ada seseorang yang boleh membawanya ke Malaysia semula.
Balqis mula merasa seriau kerana sudah hampir lima belas minit berjalan,tidak nampak satu manusia pun melaluinya.
Betul ke dia sudah berada di Malaysia? Ke ini hanya khalayannya?
Tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ke arahnya.
Tiada taufan,tiada ribut...entah dari mana datangnya angin ini....
Tiba-tiba dia membesarkan biji matanya,kalau tak ada ribut atau taufan......macam mana ada angin? Atau jangan-jangan.........
Balqis memeluk kuat badannya dan mula mempercepatkan langkah..
Dia mula mencari jalan keluar dari hotel itu..
Tapi,belok kanan....belok kiri.....naik atas...naik bawah...tiada tanda-tanda jalan keluar. Apa yang berlaku? K..kenapa ni?
Adakah dia sudah terperengkap atau tersesat? Atau--
"Balqis.........." Balqis terdengar suara seorang perempuan memanggilnya dari belakang dan suara itu amat menggoda..
Atau,mungkinkah....
Situasi Alya
Dia memecut laju berlari...
Ya! Berlari dari lelaki yang mati tapi hidup kembali itu. Dia sendiri tidak dapat memikirkannya.
Lelaki itu meraung memanggil Alya.
"DATANG SINI! MARI KITA KE NERAKA BERSAMA! HAHAHAHA"
peluh dari dahi Alya menitik ke lantai. Tidak pernah seumur hidupnya rasa seriau yang melampau.
Dia pun sudah lupa ayat yang diberitahu Carl sebelum masuk ke Wickers Cave.
Dia gila gila gila takut sekarang!
Sedikit pun dia tidak memandang lelaki yang turut mengejarnya. Oleh kerana dia takut akan darah,dia tak nak pandang pun lelaki itu.
Mungkin sebab darah yang dilihatnya,dia akan pengsan.
Dan,dia tak akan pengsan dengan sia-sia..dia kena jugak cari jalan keluar.
Alya juga sempat memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun di hospital itu!
Bagaimana hospital sebesar dua puluh tingkat ini tiada sesiapa pun!
Sangat mustahil! How....?
Dia kekal dengan lariannya dan........
Situasi Syirah
Lelaki bertopeng sambil membawa parang itu langsung tidak menakutkan Syirah. Walaupun lelaki itu semakin mendekati dirinya.
Yang dia takutkan sekarang ini ialah,ketinggian!
Kaki dia rasa dah nak tercabut dah ni!
"KAU AKAN MATI!" kata lelaki bertopeng itu lalu mengangkat parangnya.
Syirah membuntang biji mata,tapi melakukan aksi yang bijak dengan mengelak daripada lelaki itu.
"Pak cik relaks dulu pak cik. Buat bincang dulu..ada banyak masa lagi ni" kata Syirah sambil buat-buat melihat ke arah pergelangan tangannya walaupun tiada jam pun di tangannya. Ni cabaran apa ni? Lawak ke apa?
Lelaki itu kelihatan kemarahan.....
Part Syirah dan part Piya sambung chapter lain okay?? Jdi harap sabar yerr
YOU ARE READING
The History Of Iseland
Fantasía"Demi sebuah kerajaan Iseland. Kami titikkan darah kami untuk kemenangan!" Dan,sumpah itulah menyebabkan mereka terperangkap. ⚠️cerita ni merapu,kalau nak baca siapkan mental dan fizikal dahulu!