Wickers Cave

19 4 0
                                    


"G..gua fobia? Gua apa tuh? " tanya Ulfah sambil tangannya menggaru punggung.

Eh,gurau...garu rambut je. Jangan marah na..

"Gua ni memang terkenal. Terkenal dengan keseramannya. Jadi kalau kita nak ikut jalan pintas,jalan yang terbaik ialah melalui Wickers Cave. Ada faham?" Yang lain mengangguk.

"Kenapa kita tak lalu je jalan biasa? Laluan Wickers Cave mesti susah" kata Piya ditambah dengan memuncungkan mulutnya. Banyak soalan pulak budak sorang ni.

"Kalau kita ikut jalan biasa berkemungkinan kita akan diburu oleh The Millerts. Nak ke kena ratah?" Kata Carl ditambah dengan ayat yang menakutkan.

Dah lah mereka ni dah penakut,sempat pulak dia bergurau.

Alya menggeleng kepala. Dia rela melalui jalan gua ini daripada diratah The Millerts. Tak nak mati kat sini! Tak nak kena ratah! Tak nak kena gigit! Tak nak---

Shh,diam Alya!

"Kalau macam tu apa cabaran kami dekat sini?" Tanya Syirah ala-ala berani. Ceh..

"Satu je kata kunci yang kamu semua kena ingat. Jangan percaya. Itu kata kunci yang kamu semua kena pegang. Apa yang jadi,kamu kena bertenang dan fikirkan realiti. Jadi,adakah kamu semua bersedia?"  Mereka berlima teragak-agak mengangguk kecuali Alya yang mengangguk. Berani sangat tu,jangan terkencing dalam seluar sudah!

Terpaksa akur dengan kehendak keempat-empat lelaki itu. "Balqis,buku The History Of Iseland tu biar aku yang pegang" Albert mendepakan tangannya untuk mencapai buku yang berada di tangan Balqis itu.

Buku? Buku apa? Oh baru teringat! Buku takdir!

Balqis lupa yang dia dari tadi lagi pegang buku takdir ni. Dia menyerahkan buku itu ke tangan Albert.

"Mulakan dengan Ulfah" kata Carl mendatar. Suaranya menyeramkan,seseram Wicker Cave...

Ulfah agak tersentak. Tiba-tiba namanya dipanggil. Kemudian dia menuju dekat ke arah laluan gelap Wickers cave itu. Sebelum sempat di melangkahkan kaki,Carl memegang kemas bahunya.

"Sebelum masuk,kau kena tutup mata" kata Carl lalu melepaskan tangannya dari memegang bahu Ulfah.

Dia memandang ke depan,gelap. Gua tu sangat gelap. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan melagkah masuk.

"Ingat. Jangan percaya..." beberapa kali suara Carl bergema di dalam gua dan lama kelamaan suara Carl tidak kedengaran lagi.

"Erm,Carl! Saya boleh buka mata tak lagi ni?" Tanya Ulfah tetapi tiada siapa yang menjawab. Hanya gema suaranya hanya kedengaran.

"Carl! Carl!" Ulfah mampu mengeluh. Kerana tiada siapa yang menjawab dia membuka matanya perlahan.

Membuntang biji matanya apabila melihat sungai yang luas berada di hadapannya.

Ini bukan gua,Ini sungai!

Apa yang berlaku? Mengapa Ulfah sekarang di sungai?!

Tiba-tiba sesuatu bergerak di dalam air. Berbuih-buih air di sungai itu.

Dia mengecilkan mata untuk melihat apa makhluk yang berada di dalam air itu dan sekali lagi dia membesarkan biji matanya.

I..itu buaya!

Seluruh badannya lemah. Kakinya terasa lemah untuk berlari. Nafasnya sesak. Bulu romanya menaik. Adakah dia akan mati?

Ya,Ulfah fobia dengan buaya kerana dahulu di pernah melihat neneknya diterkam buaya semasa neneknya sedang berehat di belakang rumah,berhampiran dengan sungai. Semasa dia hendak memanggil neneknya makan,tiba-tiba seekor buaya menerkam neneknya dan membawa neneknya masuk ke dalam sungai. Nasib,masa itu dia mengumpulkan semua tenaga untuk berlari memanggil ibu dan ayahnya.

Sejak itu,dia fobia dengan buaya. Walaupun melihat gambar buaya sekalipun,nafasnya terasa sesak. Apatah lagi melihat buaya depan-depan.

Dan apa yang menakutkan,buaya itu dua kali ganda besar dari buaya biasa. Dan apa yang paling menakutkan,buaya itu menghampirinya!





"Giliran kau pulak wahai Alya" kata Carl,suaranya mendatar sahaja. Dan tiada reaksi terpancar di wajahnya. Hanya serius sejak Ulfah masuk tadi.

Alya meneguk air liur. Kadang-kadang terpancar ketakutan pada wajahnya. Siapa lah yang tak pernah takut..

Dan dia mula masuk ke dalam gua perlahan-lahan.

Bila dia merasakan yang dia sudah masuk ke dalam gua itu,dia membuka matanya.

Reaksinya sama seperti Ulfah. Mata membuntang apabila melihat..............

-TBC-




Simple chapter so..........








The History Of IselandWhere stories live. Discover now