Mereka berlapan duduk dalam keadaan bulatan. Buku takdir itu masih lagi di tangan Syirah.
Takut. Takut untuk membuka buku takdir itu.
"Syirah,kau bukak je lah buku tu....aku redha je kalau aku yang akan mati" kata Balqis sambil tangannya mengurut-ngurut dahi yang pening.
Pening dengan semua masalah ini!
"Ish tak nak aku...kalau aku yang mati macam mana? Hah? Albert,kau bace lah" Syirah meletakkan buku itu di peha Albert.
Albert sedikit tersentak.
"Apa kau ni? Tak nak ah! Aku rasa bersalah lah kalau aku yang baca!" Menjengil mata Albert memandang Syirah.
"Kau ni,baca je lah! Tu pun tak boleh ke? Kau kan lelaki!" Marah Syirah. Tu lah perempuan. Asyik-asyik lelaki. Asyik-asyik lelaki.
Lelaki ni dah penat tau!
"Tak nak jugak eh! Erm,Angelo kau baca ah" Albert menge'pass'kan buku itu kepada Angelo yang dari tadi diam. Mata Angelo membulat.
"Ish,tak nak aku bukak buku ni! Bahaya!" Kata Angelo lalu menolak buku itu di sebelah kanannya dan disebelah kanannya itu ialah Piya.
Piya yang dari tadi mengantuk,terus matanya bercahaya apabila buku itu diserahkan kepadanya.
Serta merta,Piya menolak buku itu jatuh ke tanah. "Kenapa dengan korang ni? Asal korang bagi buku ni kat aku? Ish!" Kata Piya lalu memusingkan biji matanya.
Tiada siapa yang mahu mengambil buku itu semula yang statik di tanah Iseland itu.
Sehinggalah,Charlos dengan beraninya mengambil buku itu. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Mulia hatimu Charlos!
"Okay. Oleh kerana tak ada siapa pun yang nak bukak buku ni,apa kata kita tak payah bukak" mereka berkerut dahi. Dah kalau tak bukak macam mana nak tahu siapa yang akan---?
"Apa kau cakap ni? Mengarut apa kau ni?" Tanya Alya yang masih lagi tidak faham.
"Kalau semua tak nak bukak,kita tak payah baca lah. Biar je kita tak tahu siapa yang akan *diam*. Faham wahai si cantik Alya?" Kata Charlos. Alya mengangguk tapi dalam diam-diam dia tersenyum dengan pujian yang diberikan oleh Charlos.
Bagi memeriahkan suasana yang suram ini,tiba-tiba Albert berdiri lalu menepuk tangas sebanyak dua kali.
Dengan kuasa magisnya,dengan mudah kayu togkat yang berada di celah batu besar itu datang ke arahnya. Tongkat itu terapung datang ke arah Albert.
"Korang dah sedia untuk esok?" Tanya Albert,beria-ria.
Dahi mereka berkerut. Bersedia untuk apa?
"Bersedia for what?" Tanya Piya.
Albert tersenyum sinis. "Permainan yang kedua selepas Wickers Cave..."
Semua mata tertumpu ke arah Albert. Ahli perempuan menyoal diri mereka sendiri. Adakah mereka sudah bersedia? Untuk perang besar?
"Jap,aku nak tanya" kata Balqis lalu tangannya automatik diangkat olehnya. Macam nak tanya cikgu lah pulak. Macam terbiasa mengangkat tangan apabila mahu bertanya.
Ceh,ciri-ciri orang pintar ni!
"Aku nak tanya,kenapa kami perlu lalui jugak permainan ni? Korang semua kan ada magis? Kenapa kena atasi jugak?" Tanya Balqis sambil jaru ibu dan jari telunjuknya di letakkan di dagu.
Kemudian,giliran Angelo berdiri. "Memanglah kami ada magis,tapi kami nak korang memantapkan prestasi fizikal korang. Kami nak melatih korang dalam 5K" kata Angelo bersemangat.
YOU ARE READING
The History Of Iseland
Fantasi"Demi sebuah kerajaan Iseland. Kami titikkan darah kami untuk kemenangan!" Dan,sumpah itulah menyebabkan mereka terperangkap. ⚠️cerita ni merapu,kalau nak baca siapkan mental dan fizikal dahulu!