Reaksi Alya sama dengan ulfah. Dia membesarkan biji matanya apabila melihat sekeliling.
"Wait,ini bukan gua?" Alya menyoal diri sendiri.
Matanya membuntang sekali lagi. Baru dia perasaan tempat yang dia berada sekarang. Tempat yang paling dia takut nak pergi.
Hospital! Ya,hospital yang paling ditakuti oleh Alya,oleh kerana dia fobia akan melihat darah!
M..macam mana ini berlaku. Dalam masa sekejap sahaja,badannya mula berpeluh.
Dia memandang bajunya pula.
K..k..kenapa dia pakai baju doktor? Adakah ini takdirnya.
Dia memandang sekeliling.
Bilik bedah. Macam mana....
Tiba-tiba matanya tertatap ke arah sesuatu yang berada di hadapannya.
Seorang lelaki. Tapi dia tidak dapat melihat wajahnya kerana jaraknya dengan lelaki itu agak jauh.
Dalam kekuatan yang masih berbisa,dia mendekati lelaki itu.
Apabila jaraknya bersama lelaki itu tersangatlah dekat,dia mula panik.
Lelaki itu berlumuran darah di perutnya! Dan ada banyak darah di kepalanya!
Tangannya terketar automatik apabila dia dalam ketakutan.
Tiba-tiba lelaki itu membuka matanya tajam. Alya sedikit tersentak,dan beberapa saat mula menjauhi lelaki yang tidak dikenali itu.
M..macam mana orang yang sudah mati boleh hidup ke..kembali?
Lelaki itu mula bangun dan matanya tajam ke arah Alya. Dan satu ayat dipancarkan dari mulut lelaki itu membuatkan Alya membuak ketakutan.
"KENAPA KAU TAK SELAMATKAN AKU?!"
"Balqis,giliran kau" kata Piya. Sebenarnya itu giliran Piya. Oleh kerana dia masih lagi rasa takut,dia menyuruh Balqis masuk ke dalam gua dahulu.
Balqis teringatkan Ulfah dan Alya yang sudah jauh nun di sana. Apa yang terjadi kepada mereka? Mereka tak takut ke?
Dengan satu langkah,dia masuk ke dalam Wickers Cave.
Seperti disuruh Carl,mata Balqis ditutup oleh dia sendiri. Dan apabila dia merasakan yang dia masuk ke dalam gua itu,dia membuka matanya perlahan-lahan.
Sama saja reaksinya dengan rakannya yang sudah masuk.
Dia dekat mana? K..kenapa dia d..dekat hotel? Dia membaca nama hotel yang tertera di atas papan tanda hotel.
"The..S..Stanley Hotel?!"
(Aku tak tahu ni nama betul dia,aku saja je ni lagipun story ni fiction je,jangan percaya sangat!)
Stanley hotel? Salah satu hotel berhantu di dunia?! Tak mungkin! Macam mana dia boleh ada kat sini?
Balqis memang tak boleh semua yang perkataan; hantu,takut,seram,berhantu,suram. Kerana dia seorang penakut. Macam mana dia boleh keluar? Adakah dia boleh keluar?
Semuanya bermain di fikiran Balqis sekarang ini.
"Weh Syirah. Kau pergilah masuk dulu,aku nak masuk akhir" merayu Piya dekat Syirah. Sejak Balqis masuk ke Wickers Cave lagi Piya merayu kepada Syirah supaya masuk dulu.
Akhirnya,Syirah terpaksa akur dengan kehendak Piya. Sama je,masuk akhir ke,masuk lambat ke,semua orang kena hadapi.
Rayuan yang tak masuk akal!
Jarak Syirah dengan Wicker Cave cuma satu inci sahaja lagi. "Sekarang kau boleh tutup mata" arah Carl dan Syirah hanya mengikut. Ditutup matanya perlahan.
"Dan,masuk" kata Carl dan Syirah tidak teragak-agak untuk masuk.
Dan apabila dia membuka mata,alangkah terkejutnya dia apabila dia berada di bumbung sebuah bangunan.
Adakah dia sudah berada di bumi? Syirah tersenyum sendiri.
Dia mendekatkan diri ke arah tepi bumbung. Membuntang biji matanya apabila tiada satu bangunan pun dapat dilihat.
Dan apa yang paling menakutkan hanya penampakan awan.
Macam mana....
Kakinya terasa kendur. Apa yang jadi?
Inilah fobia Syirah! Dia takut akan tinggi,gayat!
Macam mana dia nak atasi?
Dan di atas bumbung itu ada sebuah jambatan kayu yang menyambungkannya ke bangunan lain.
Bayangkan,berada di bangunan setinggi langit dan perlu melalui jambatan kayu buruk untuk sampai ke bangunan lain. Ditambah dengan angin kuat,berkemungkinan dia akan jatuh!
Tiba-tiba seorang lelaki yang bertopeng membuka kuat pintu bumbung itu.
Dada Syirah berombak kencang apabila lelaki bertopeng itu membawa parang!
Ya,parang!
Makinlah dadanya berdegup kencang! Macam mana dia nak selamatkan diri?
Satu je perkara yang anda perlu tahu--
Terlalu banyak soalan.
Dan peserta akhir iaitu Piya akan sertai. Rayuan dan pujukan Piya tidak diendahkan oleh empat orang jejaka itu.
Dia terpaksa akur dan menutup matanya perlahan.
Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati tentang ini.
Piya membuka mata perlahan. Matanya membutang luas akibat terkejut. Badannya menggeletar.
Apa yang berlaku? Mengapa?
Seekor lalat gergasi sedang memandang ke arahnya.
Lalat gergasi itu tersangatlah besar,lebih besar dari seekor gajah!
Ya,Piya fobia dan benci akan serangga. Sebab itulah dirinya cukup bersih supaya serangga-serangga itu tidak mendekatinya. Sebab serangga tidak suka orang bersih.
Oleh itu,readers semua,jagalah kebersihan diri dan kebersihan alam sekitar. Sekian.
Macam mana dia akan hadapinya?
Empat orang lelaki itu memandang sesama sendiri.
"J..jadi apa kita nak buat sekarang? Adakah kita nak masuk jugak?" Tanya Alebrt.
Carl tersenyum sinis lalu memandang Charlos. Carl menjongket kening ke arah Charlos.
Charlos tersenyum sinis. "Mestilah kita akan masuk jugak. Tapi aku akan gunakan jampi untuk masuk supaya kita tidak terkena sumpahan fobia Wickers Cave tu" kata Charlos.
Angelo memandang Charlos tidak percaya. "Bodoh! Kenapa kau tak bagi jampi tu dekat lima orang budak perempuan tu?" Tanya Angelo kemarahan.
"Sabar Angelo. Aku tahu takdir mereka. Mereka akan terselamat. Percaya cakap aku. Lagipun,ni sebahagian daripada cabaran mereka. Mereka kena hadapi jugak. Kalau kita tak bagi cabaran macam ni,macam mana nak jadikan mereka berlima seorang pejuang kalau tak berlatih betul-betul?" Masuk akal jugak cakap Charlos. Yang lain mengangguk.
"Dah,jomlah masuk! Kita tunggu mereka dekat pintu keluar gua" kata Charlos apabila dia sudah membaca jampi itu.
Author penat. Nak tidur. Author tidur dulu lah. Esok pagi Author akan update okayy?
Jangan lupa vote!
YOU ARE READING
The History Of Iseland
Fantasy"Demi sebuah kerajaan Iseland. Kami titikkan darah kami untuk kemenangan!" Dan,sumpah itulah menyebabkan mereka terperangkap. ⚠️cerita ni merapu,kalau nak baca siapkan mental dan fizikal dahulu!