Marical Albert

31 14 2
                                    

Lelaki itu hanya tersenyum ala-ala gentleman gitu.

"Kau buat apa kat sini,Albert?" Charlos membesarkan biji matanya apabila kawannya tiba-tiba muncul entah dari mana. Ternyata nama lelaki itu Albert.

Marical Albert. Itulah namanya.

"Aku pun tahu berita gembira itu Charlos..sebab tu lah aku datang sini untuk bertemu dengan mereka" Charlos mengangguk.

Tapi,mereka berlima tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan apa yang dikatakan oleh lelaki bernama Albert itu.

"Kamu berdua ni siapa? Nak tangkap kami? Dan apa maksud kau? Bertemu dengan 'mereka' ? 'Mereka' tu siapa? Apa masalah kau berdua?" Syirah bertanya.

Dia betul-betul pening dengan kejadian yang dialami sekarang ini. Apa maksud mereka berdua?

Bukan Syirah sahaja yang pening sekarang,yang lain pun sudah menggaru kepala.

Albert hanya tersenyum dan mendekati mereka berlima.

"Takdir buku tu....kamu semua lah hero kami" Albert berkata-kata tapi masalahnya sekarang ni,mereka tak tahu apa-apa pun.

Apalah yang dikarutkan oleh dua lelaki kacak di hadapannya ini.

"Saya tahu awak terperangkap disebabkan buku tu,The History Of Iseland. Memang ayat yang kamu semua baca tu ialah ayat sumpahan...memang kamu semua rasa ini tak masuk akal tapi itulah takdir kamu dan takdir buku tu" Mereka terkedu dengan ungkapan yang diberikan oleh Charlos.

Charlos begitu gembira dengan kehadiran mereka berlima sebagai penyelamat kota Iseland yang sudah dirampas oleh kuasa jahat.

Sebab itulah,Charlos sanggup menggadai nyawanya masuk ke kota Iseland. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi mereka berlima dan demi warga kota Iseland. Memang dia sudah tidak sanggup untuk melihat semua ini...

"A-apa maksud k..kau ni? T..takdir kami?" Entah kenapa apabila Syirah bertanya suaranya tersekat-sekat. Dia seperti dalam keadaan takut sekarang.

"Seperti yang saya cakap,itu takdir kamu dan takdir buku tu. Kamu semua kena selamatkan Kota Iseland" Albert tenang menjawab.

Yang lain sudah berderau darah. Ni kena perang ke ni? Mereka baru sahaja tingkatan lima..tak pernah terfikir untuk jadi askar ke apa....what's going on here right now?

"T..tak mungkin....kami a..da takdir kami sendiri! Buku tu tak boleh nak ubah apa-apa!" Alya sudah membuak kemarahan dengan kenyataan yang tak masuk akal tu.

"Betul cakap Alya! Kami tak nak ikut buku tu! Kami nak balik!" Ulfah menjerit sehingga tekaknya terasa sakit.

"Tak boleh! Kamu semua tak boleh pulang selagi kamu semua tidak selamatkan kota Iseland!" Charlos cuba menenangakan Alya dan Ulfah.

"Kamu semua tak tahu lagi kesusahan penduduk kota Iseland" kata Albert,suaranya kendur. Sambil dia memandang sungai dia teringat kisah lama apabila Queen Eliza merampas tanah Iseland dan semua diseksa dengan kejam.
Dia hampir-hampir menangis semasa mengingati kejadian itu,tetapi ditahannya supaya tidak nampak lemah di hadapan mereka berlima.

Yang lain menoleh ke arah Albert..Charlos turut sama memandang dengan pandangan mata yang sayu..

"Kalau kamu semua tahu kesedihan rakyat Iseland..tentu kamu akan titikkan darah demi rakyat Iseland...." sambung Charlos.

"Dan kalau lah kamu semua gagal......"

"Entah apalah yang berlaku nanti..." sambung Albert pula.

Kenapa hati mereka sayu dan hiba apabila mendengar itu.............

"Adakah kamu semua sedia untuk cabaran?"

The History Of IselandWhere stories live. Discover now