Charlos William

36 19 1
                                    


"Kau siapa?" Syirah bertanya,hairan melihat lelaki itu. Bukan makhluk tapi manusia. Adakah lelaki itu juga terperangkap? Sama macam mereka?

Lelaki itu tersenyum sambil meneliti buah epal merah itu. Entahlah apa yang diperhatikannya itu.

"Jangan makan epal ni. Epal ni ada racun,biar aku jampi dulu" Lelaki itu merendamkan epal merah itu ke dalam air sungai itu dan mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang langsung tidak difahami oleh mereka berlima.

Lelaki itu mendekatkan dirinya ke arah mereka tapi dijauhi pula. "Ambillah epal ni. Sekarang,kamu boleh makan" Lelaki itu mendepakan tangannya supaya buah epal itu dapat diambil oleh mereka.

Piya ragu-ragu untuk mengambil buah epal di tangan lelaki itu. Dia sanggup berlapar dari ambil makanan daripada orang yang tidak dikenali. Entah lelaki itu orang ataupun tidak. Boleh jadi apa-apa saja.

Lelaki itu hanya ketawa melihat mereka ketakutan. "Saya bukan orang jahat,saya baik je. Ambik lah,buah epal ni milik kamu" bersopan sahaja lelaki itu bercakap.

Oleh kerana tiada sesiapa yang mahu mengambil buah epal itu,Syirah tidak teragak-agak untuk mengambil buah epal itu dari tangan lelaki asing itu.

Dalam keadaan slow motion,Syirah menggigit buah epal itu. Tiada apa-apa yang berlaku.

"Sedap tak? Ke masam? Racun ke?" Alya bertanya sambil meneguk air liur sendiri. Melihat Syirah makan epal itu,membuatkan dia kelaparan.

"Hhhmm,sedap" Syirah membuat tanda bagus di tangannya. Mereka apa lagi,cepat-cepat ambik epal merah lain dari pokok dan menyuruh lelaki asing itu menjampinya.

Lelaki itu hanya ketawa melihat kelucuan sahabat-sahabat ini.

"Biar saya perkenalkan diri dulu,nama saya Charlos William. Panggil je Charlos" lelaki yang bernama Charlos itu berkata-kata. Mereka hanya mengangguk,nasib ada sama spesies dekat sini. Kalau tak memang kebuluran je lah mereka kat sini.

"Tapi,kamu semua ada tempat untuk berehat lagi?" Charlos bertanya.

Mereka hanya menggelengkan kepala. Tak terfikir pun tempat untuk bertuduh pada benak fikiran mereka.

Charlos seakan-akan faham keadaan mereka dan mengangguk.

"Kalau macam tu....." Charlos memerhati sekeliling air terjun.

"Kalau macam tu,apa kata kita tidur kat sana" seseorang menyampuk dan mereka menoleh ke arah gerangan suara tersebut.

Lelaki itu hanya tersenyum sambil tangannya menunjukkan ke arah sebuah gua. Tapi,lelaki itu bukan Charlos..jadi lelaki itu siapa?

Aduh,ramai betullah lelaki...Charlos pun mereka tak berapa kenal lagi,muncul lelaki lain.

Tapi,siapakah lelaki ini?

"Awak siapa?" Piya bertanya lembut,kalau Piya jumpa lelaki memang susah sikit nak berkasar,dengan kawan dia je,kasar!

Lelaki itu hanya tersenyum ala ala gentleman gitu...

The History Of IselandWhere stories live. Discover now