첫날 - Hari Pertama🌸

304 38 2
                                    

Aku membalikkan badan ke kanan, kejap lagi kekiri, bila rasa masih takboleh tidur aku kembali kekanan. AURHGGG! dari tadi kesana kesini masih takboleh tidur jugak pahal. Mybe sebab terlalu nervous pasal esok nak masuk kerja for the first time kot. Ni dah kalah kalah nervous masa exam 🤣

Aku berdiri, berjalan menuju keberanda luar, malam tuu angin taksuka sangat, sejuk pun takseberapa so aku keluarlah. Aku tengok bintang, tengok bulan, tengok awan yang berjalan dibawah sinaran bulan. Perghh~ aku taktahu macam mana nak share pemandangan indah pada waktu tengah malam ni dekat orang. Indah, damai. Hanya angin yang menyapa baju pijama aku yang agak kebesaran, sebenarnya ini baju onnie, aku pinjam, sebab semua baju aku tinggal kat Amsterdam.

Masa dapat khabar tentang onnie, aku langsung takfikir banyak langsung muat baju yang aku nampak dan menuju ke Airport. Aku pandang bulan, Aku pandang sedalam dalamnya, kalau betul onnie dah takda, hyo cuma nak onnie tenang dekat sana, kalau onnie masih hidup tolong kembali dekat kitorang dalam keadaan selamat. Kataku sambil mengenggam kedua tangan seakan membuat permohonan. Aku masih takmenyerah. Aku masih berharap walaupun dari 100% hanya ada 0.01% sahaja kemungkinan bagi onnie untuk hidup.

Telepon ku yang berada didalam berbunyi. Siapa pulak tengahmalam ni yang call. Terlihat nama taehyung diatas screen.

"Haa. Nak apa?" soal ku sedikit berkasar setelah mengangkat panggilannya.

"Buat apa kat luar tadi?" soalnya. Aku terkejut. Macam mana dia tahu?

Laju kakiku menuju ketingkap, dan mengintip dibalik langsir dan melihat sedikit diluar kawasan rumah. Mata ku tertumpu mencari kereta tae. Tapi takda! Eih pelik, takkan dia pasang camera tertutup dekat bilik aku?

"macam mana kau tahu aku dekat luar tadi?" soalku.

"Entahlah. Tiba tiba aku rasa rindu, mybe sebab aku rasa sunyi, so aku ambil keputusan untuk pergi rumah uncle, taknampak orangnya, rumah pun jadilah tapi taksangka masa aku nak pulang, kau keluar, kenapa tak boleh tidur?"

"haah. Akupun taktahu kenapa takboleh nak lelap" katahyo. Sambil mula baring

"kalau macam tu, sekarang kau baring"

"baring? Kenapa pulak nak baring?" soal hyo semula.

"baring je lah, fon tuu bagi tekan Spekerr, aku nak nyanyikan kau satu lagi sampai tidur. Amacam On x On?" kata tae.

"Okay. ON" Jawab hyo. Sambil meletakkan fon ditepi telinga dengan loudspeaker

"She looks like a blue parrot🎶
Would you come fly to me?🎶
I want some good day, good day, good day🎶
Good day, good day🎶
Looks like a winter bear🎶
You sleep so happily🎶
I wish you good night, good night, good night🎶
Good night, good night" 🎶

Pada part pertama jihyo tersenyum dengan matanya yany semakin berat. Dia menikmati lagu sambil menutup mata

Imagine your face🎶
Say hello to me🎶
Then all the bad days🎶
They're nothing to me🎶
With you🎶

Semakin lama matanya semakin layu, bagai dijampi seribu satu melodi dan alunan suara dari taehyung. Dia tewas, mula hilang kesedaran, dan berada dialam bawah sedar.

Winter bear🎶
Ooh, ooh, ooh🎶
Sleep like a winter bear🎶
Ooh, ooh, ooh🎶
Sleep like a winter bear🎶

Taehyung menghabiskan bait terahir, dan menamatkan panggilan setelah tidak mendapat respon dari hyo. Dia tersenyum,

"Jaljayo, jihyo-ya"

나는 그 사람이 아니야🌸-Where stories live. Discover now