Puan Suryati , ibu kepada Misya , sedang menyapu lantai menggunakan penyapu lidi. Misya baru pulang daripada sekolah, duduk di kerusi sambil melihat ibunya.
" Mama tak penat ke sapu?. Kesian mama" Simpati Misya. Puan Suryati senyum . Baik nya hati Misya. Sepenat-penat aku, lagi penat Misya yang baru nak kenal dunia. Dunia zaman sekarang , banyak penipuan. Penipuan hubungan , duit dan harta. Anak aku jenis percayakan orang. Bimbang aku jikalau aku meninggalkan dunia ini kelak. Siapa mahu melindunginya?.
" Mama, mama kan mahir gubah bunga. Kenapa mama tak nak buka kedai bunga?"
" Misya, orang zaman sekarang sudah tak nak tempah bunga dengan kita. Orang semua dah lebih suka beli online" Muka Misya sedikit sedih. Puan Suryati nampak kesedihan wajah anak daranya. Dia berhenti menyapu lalu duduk di sisi Misya.
" Kenapa sayang ?. Misya kena buli lagi?. Tak apa. Hari ni orang buat kita, esok-esok kita buat orang pulak ya?. Ala sayangnya!" Misya dipeluk Puan Suryati.
" Ma.., Misya tak layak untuk dicintai seorang lelaki "
" Misya ada crush ?. Wah, dah besar anak mama!"
" Nama dia Iskandar mama. Dia tu hensem sangat !. Pandai , selalu dapat nombor 1. Tapikan mama, Iskandar dah ada girlfriend" Puan Suryati baru saja hendak berangan ada menantu. Dah Misya cakap ' girlfriend' . Apa benda tu?. Makhluk asingkah?.
" Nama girlfriend Iskandar, Arina Batrisya "
" Cantik tak orangnya ?" Misya senyum tawar. Sudah tentu mama. Puan Suryati mengusap belakang badan Misya, agar bersemangat.
" Cantik . Patutlah Iskandar suka . Misya tak cantik ke mama?" Soalan daripada hati ke hati. Nak cakap jujur, Misya sedih. Menipu sunat?. Huissh!. Tak baik, tak baik, tak baik.
" Cantik sayang. Anak mama secantik bidadari"
Krukkk!!
Bunyi perut Misya dan Suryati. Mereka ketawa terbahak-bahak. Masing-masing sudah lapar.
" Hahahah!. Kesian anak mama. Jom makan" Puan Suryati bangun dan mencapai tangan Misya. Mereka berdua masuk ke dalam rumah dan makan.
Lauk asam pedas ikan patin, sayur bayam goreng air dan telur goreng menjadi menu makan tengahari Misya. Misya terliur. Masakan mama terbaik!. Nasi putih dicedok kan ke dalam pinggan .
Bacaan doa makan , serta suapan dimulakan dengan Bismillah." Hurmm!!!. Sedapnya !. Untung ayah kahwin dengan mama!" Bangga?. Mestilah bangga. Tengoklah siapa masak . Bekas Masterchef kot. Puan Suryati ketawa kecil. Ada-ada je Misya bila dijamu dengan makanan. Encik Abdullah Azhar, menarik kerusi . Aroma lauk ikan patin menusuk hidung .
" Amboi, meriah lauk kita, yang?. Ada sambutan ke?" Encik Abdullah memandang Misya. Misya menjongketkan bahu. Puan Suryati membuka mulut untuk memberitahu bahawa, Misya ada crush!. Awww!.
" Abang nak tahu tak, anak dara kita dah ada teman lelaki!" Nasi terkeluar daripada mulut Misya. Ketawa Encik Abdullah pecah.
" Hahahaha!. Teman lelaki ?. Siapa jejaka bertuah tu ?"
" Nama dia Iskandar . Bakal menantu kita, bang"
" Apa ni mama?!. Iskandar bukan boyfriend Misya !" Muka Misya merona merah. Sungguh-sungguh Misya menafikan Iskandar bukan boyfriend dia. Puan Suryati makin galak mengusik anak daranya.
" Misya sayang , tak salah kita berniat baik . Apa salahnya ?. Kot-kot kamu ada jodoh. Bila-bila masa , Misya bawaklah Iskandar jumpa dengan bakal mak ayah mertua ni hah"
" Betul tu , Misya . Kahwin bukan perkara main-main. Betul kamu suka dengan Iskandar?" Misya tidak pasti untuk menjawab ya atau tidak.
" Misya..."
" Tak apalah . Misya masih muda. Banyak masa lagi untuk fikir" Encik Abdullah sambung makan ikan patin. Puan Suryati mencedokkan sayur bayam untuk Encik Abdullah. Encik Abdullah menolak. Mereka membiarkan Misya yang nampak seperti memikir.
***
Perpustakaan awam
Iskandar dan Irfan ke sudut pembacaan Am. Ramai remaja seusia Iskandar membaca majalah hiburan berbanding buku ilmu. Irfan sedih melihat keadaan ini. Iskandar berasa bosan. Kenapalah abang aku ajak ke sini?. Dahlah Arina busy pergi tuisyen. Hari minggu pun pergi tuisyen jugak?. Irfan menyelak helaian pertama buku berjudul ' Istana Menanti' . Buku ni seronok tau. Macam-macam ilmu pendidikan sampai ke otak kita.
" Huawarhhh!. Bosannya!. Abang, kenapa tak pergi tengok wayang?. Ada tayangan filem sangkar sekarang . Kawan-kawan Is semua dah tonton. Tinggal Is sorang je. Lepas tu,diorang cakap Is ketinggalan zaman" . Irfan menutup buku. Dia memandang Iskandar. Cubalah baca sebuah buku. Buku ni lebih bagus daripada main gajet .
" Tengku Iskandar Shahrizal. Abang bukannya tak nak bawa ke sana. Tapi, abang lagi suka baca buku. Buang duit je tengok wayang , dik"
" Kolot!"
" Cakap sekali lagi?!"
" Kolot !"
PANG!
Kepala Iskandar terkena sebiji. Benjol kepala dia yang berambut pacak. Iskandar mengusap-usap kepalanya . Irfan bersiul. Buat tak nampak.
" Abang nak ke sana kejap. Jangan ke mana-mana "
" Pergilah" Iskandar menghidupkan telefon pintarnya. Ada missed call daripada ' baby ' atau Arina. Apa perempuan tu nak?. Peti masuk mesej berdering .
Sayang ..., tak ada orang nak ambik kita lah. Is boleh ambik ayang tak?- Arina
Iskandar menaip ...
Sian awak. Nanti kita ambik ya ?- Iskandar
Arina menaip...
Yeah !
Iskandar menempah Grab untuk ke tempat Arina. Irfan?. Lantaklah !. Cari punya cari buku aku nak, aku ternampak dia. Dia?. Budak badan comel tu lah!. Tak sangka kita berjumpa di sini. Misya dibuli sekumpulan gadis jahat . Mereka tidak beri buku milik gadis tersebut . Irfan tampil menyelamatkan Misya . Salah seorang daripada mereka , menolak Misya jatuh ke lantai. Bergegar lantai perpustakaan. Mereka menyindir .
" Habis runtuh library ni. Kau ni, jenis ulat buku eh?. Aku ingatkan , bela jin!. Badan gedempol!"
" Bagi lah balik buku aku !" Buku Misya dinaikkan tinggi lagi .
" No way girl ! "
" Sorry miss. Perempuan yang cantik dan elegan , tak patut buli orang lain" Mereka berhenti. Cikgu !. Buku diturunkan lalu dihulur kepada Irfan.
" Thank you. Boleh blah sekarang?"
" Cis!. Kau menang kali ni, perempuan gedempol!"
" Terima kasih cik..."
" Saya bukan cikgu , awak. Nama saya Tengku Irfan Shah " . Misya ternganga . Malu nya!!!!
YOU ARE READING
Mawar putih untukmu.
RomanceNur Misya, kerana badannya yang gempal dan tidak mempunyai sebarang tarikan, dia sering diejek oleh kawan-kawannya yang lebih cantik daripadanya. Misya bertekad untuk menjadi cantik.