Bab 6

268 15 0
                                    

Encik Azmi memandang sayu kepada Arina. Arina terbaring kaku di katil. Sementara Iskandar bebas ke mana-mana. Hatinya geram . Kau buat anak aku menderita , sedangkan , kau bergembira?!. Dia berdendam. Iskandar , akan aku balas semuanya!.

***

" Awak masak ?. Macam tak percaya" Misya mengangguk laju-laju. Betul!. Buat apa tipu?. Mama cakap, menipu berdosa. Lidah Iskandar terasa mahu makan udang itu lagi. Namun, ego. Dibiarkan saja .

" Terima kasih "

" Untuk apa?. Setakat udang tomato, apalah sangat " Misya menyuapkan ayam masak merah ke dalam mulut . Terliur Iskandar .  Rindu masakan mama. Agak-agak, Mama rindukan Is tak?.

" Misya..., maafkan Arina sebab dia selalu buli awak. Dan, saya pernah kutuk awak dalam hati. Ingat tak masa kerusi awak patah?. Itu idea Arina , Ahmad dan saya. Sorry eh?" Misya menutup bekas makanan. Biar benar?. Idea Iskandar ?. Aku dimalukan kot!.

" Kau nak ke mana ?"


" Tak pergi mana-mana" Misya berpaling muka ke tempat lain. Pujaan hati sendiri buat dirinya diejek . Misya, orang macam ni ke kau nak jadikan boyfriend?. Hatinya retak seribu.

Kring!!!!

" Loceng dah berbunyi . Apa kata kita masuk kelas sama-sama?"

" Buat apa ?. Kau dah ada Arina. Aku ni gadis gempal dan tidak cantik. Itu kau mahu?" Misya kecewa . Aku sendiri yang bodoh. Terlalu percayakan fizikal berbanding hati!. Lebih baik aku dengan Abang Irfan.

" Misya?. Awak cemburu saya dengan Arina ke?. Saya dah putus dengan dia" Putus ?. Pelajar tercantik sekolah , putus dengan jejaka sekolah?. Dunia sudah terbalik kah?.

" Maaf. Saya masuk kelas dulu "

" Kejap Misya!. Hari Sabtu minggu depan , birthday saya. Kalau awak sudi datang..."

" Kenapa awak ajak saya pulak?. Arina mana?. Dah mampos?" Iskandar tersentak.

" Arina ... masuk hospital"

" Hah?. Masuk hospital?. Baguslah. Takde lah menyusahkan aku lagi !"

" Saya tahu korang bermusuhan. Dan saya buat awak menderita kerana Arina" Misya menunding jari ke muka Iskandar.

" Saya bagi amaran pada kau, disebabkan kau, kerusi aku patah !. Dan, disebabkan girlfriend kesayangan  kau , hati aku berbelah bagi!" Misya berlalu pergi. Iskandar terkulat-kulat dengan perangai Misya.

Kelas ...

Mata-mata pelajar tertumpu ke arah Misya . Misya tertidur semasa subjek sejarah . Cikgu Kassim, selaku guru Sejarah, menjeling maut ke arahnya .

" KAU!. BERANI KAU TIDUR DALAM KELAS AKU?!" Misya cepat-cepat bangun. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.


" Err..., maaf cikgu. Saya penat " Misya memberi alasan klise.

" Penat?!. Dengan badan macam tu, alasan penatlah kau jadikan tiket ya?!" Misya didenda di luar kelas.  Ala, lebih kurang macam  Nobita datang sekolah lambat. Apalah nasib.

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now