Puan Suryati melihat gubahan bunga mawar putih, milik Misya. Mama rindu sangat dengan Misya. Misya apa khabar agaknya?. Mama dah boleh timang cucu tak?. Eh, anak sulung Irfan, Nadhira Afiana kan ada. Itu cucu aku juga. Cucu tiri. Gubahan bunga ni makin layu. Seolah-olah Misya tidak bahagia bersama Irfan. Mama yang salah. Mama dan papa tak patut menerima lamaran Irfan , untuk memperisterikan kamu. Encik Abdullah turut merasai kehilangan Misya. Irfan ada . Dia boleh jaga anak perempuan aku. Dia mencangkung sebelah Puan Suriati.
" Yang..., abang rindukan Misya juga. Kalau sayang nak, kita pergi rumah Irfan?"
" Betul ke?. Bila?"
" Sekarang lah. Takkan minggu depan?. Bawa sekali gubahan bunga dia. Mesti dia rindu aktiviti seni dia" Puan Suryati mahu mengangkat bakul gubahan tersebut. Namun, Puan Suryati tidak sengaja menjatuhkannya. Bunga mawar bertaburan di lantai.
" Astaghfirullahal'azim!" Encik Abdullah kembali ke tempat Puan Suryati. Dia terkejut bunga-bunga bertaburan.
" Sayang?" Puan Suryati pucat. Hatinya berasa tak tenteram. Dia pandang Encik Abdullah, dan Encik Abdullah pandang Puan Suryati.
" Abang, Misya ..."
" Tak ada apa-apa lah. Misya baik-baik je" Mereka berangkat ke rumah Irfan . Gubahan yang tinggal separuh itu, ditinggalkan di rumah saja. Hanya sekuntum mawar putih dibawa bersama.
***
Irfan menghempaskan punggung di atas sofa dengan kasar. Geram aku!. Misya boleh pergi jumpa dengan Shahrizal?!. Aku lebih handsome kot. Nadhira mendapatkan papanya .
" Assalamualaikum, papa. Papa..., Mama mana?"
" Mama dah berambus !" Irfan menghidupkan telefon pintarnya. Nadhira terabai. Papa ni. Fifi nak mama!. Salam pun tak jawab. Mama Sya cakap, kalau tak jawab salam, berdosa. Nadhira menunjukkan sehelai kain tudung bawal, berwarna merah jambu kepada Irfan.
" Papa, ni daripada Mama. Mama yang bagi. Mama suruh Fifi menutup aurat. Nanti Fifi dapat pahala Allah dan Syurga. Tayang rambut lagi berdosa, papa. Rambut perempuan boleh tunjuk pada 2 golongan saja iaitu , bapa kandungnya serta suaminya. Orang lain tak boleh . Haram!" Irfan terasa insaf . Begitu baiknya Misya terhadap anak tirinya . Orang luar belum tentu akan melayan Nadhira dengan baik.
" Eh, abang dah balik?. Mana Misya ?" Ni sorang lagi. Kenapa semua nak berebut isterinya?.
" Abang..., Hah!. Kamu pergi ?!. Baru sekarang tunjuk muka!" Irfan menukar topik. Iskandar menyilangkan tangan sambil muka serius. Aku tanya lain, dia jawab lain.
" Abang, mana Misya ?"
" Dia jumpa klien . Kerja "
" Ya ya je. Abang, agak-agak lah!. Sekarang dah pukul 5.30 petang. Mustahil Misya jumpa klien lama sangat!" Iskandar mahu marahkan Irfan. Tetapi , amarahnya terhenti kerana Nadhira ada bersama.
" Klien Misya , bekas kawan baik abang, Shahrizal. Kamu masih ingat kan?. Apa Shahrizal dah buat pada kamu masa kamu kecil?"
Semasa Irfan dan Iskandar berumur belasan tahun, Shahrizal pernah datang ke rumah mereka berdua. Masa raya aidilfitri. Pada malam hari raya kedua, Shahrizal mengajak Iskandar bermain mercun bola. Irfan tahu Shahrizal takut benda meletup. Lebih-lebih lagi mercun. Shahrizal acah-acah berani. Bila dah mula hidupkan api, dan mercun tersebut dah nak meletup, Shahrizal baling ke arah Iskandar. Iskandar cedera di bahagian tangan. Darahnya mengalir banyak. Irfan memarahi Shahrizal di hadapan saudara-mara dia. Shahrizal berasa malu. Dia anggap perkara itu sekadar gurauan hari raya. Irfan melarang Shahrizal datang ke rumahnya lagi.
Hampir 20 tahun juga mereka tak berjumpa. Selama 20 tahun jugaklah Shahrizal berdendam terhadap Irfan dan Iskandar.
" Sadisnya aku dulu. Parut dekat tangan juga dah tak ada. Kalau tak, hilang kekacakan aku" Irfan buat muka loya. Wekk!. Aku lagi handsome!.
" Pak Su kena mercun dulu?. Sakit tak?"
" Tak. Sebab, Fifi ubat pak su !" Tubuh kecil Nadhira dipeluk erat oleh Iskandar.
" Pak su... fifi lemas!"
" Woi!. Anak aku tu!"
" Anak buah aku jugak" Menjawab!. Bila agaknya duda sorang ni, mendapat jodoh baik-baik?.
Ting, tong!
" Assalamu'alaikum, Irfan ! " Alamak!. Tu suara mama!.
" Nenek!" Nadhira membuka pintu. Irfan menepuk dahi .
" Wa'alaikumussalam, nenek"
" Cucu nenek sihat ?"
" Sihat "
" Mama, papa..."
" Irfan, Misya ada?" Gulp!. Irfan tak tahu nak jawab apa.
Sementara itu ...
Hospital...
Shahrizal duduk di ruang menunggu. Menunggu siapa ?. Cahaya kelam lampu menambah ketakutan Shahrizal.
" Encik suami dia ke?" Soal jururawat bernama Mira.
" Ya. Saya suami dia"
" Silakan masuk. Isteri encik nampaknya tak ingat dia siapa" Sharizal ada peluang . Dia akan menjadi milik aku.
YOU ARE READING
Mawar putih untukmu.
RomanceNur Misya, kerana badannya yang gempal dan tidak mempunyai sebarang tarikan, dia sering diejek oleh kawan-kawannya yang lebih cantik daripadanya. Misya bertekad untuk menjadi cantik.