Bab 16

237 14 0
                                    

Arina tersedar. Seorang jejaka tidak dikenalinya, berada di sebelah katil. Shahrizal mengukirkan senyuman . Arina kekok. Ni bukan Doktor Akmal. Tak pernah tengok muka dia.

" Ya Allah. Syukur!. Sayang dah sedar!" Tangan Shahrizal gatal memegang ubun rambut Arina. Arina perasan bahawa dirinya tidak memakai tudung. Dia terkial-kial mencari tudungnya. Mana tudung aku?. Mana tudung aku?!. Arina ketakutan bersama seorang lelaki asing.

" Sayang cari apa?. Tudung?. Tak payah pakai tudung . Abang suami sayang lah"

" Kau tipu!"

" Tipu apa ?. Tengok, ni sijil nikah kita " Shahrizal menunjukkan sijil nikah yang bertarikh 15/8/xxx   dekat Arina.

" Aku tak percaya !. Aku tak percaya !" Sijil nikah tersebut tertulis nama penuh Arina dan Shahrizal. Tanda tangan bapanya juga ada, sebagai wali. Shahrizal cuba menenangkan Arina. Arina menepis tangan Shahrizal.

" Sayang, ayah lah yang merestui hubungan sayang dan Abang " Bisik Shahrizal di telinga Arina. Kenapa aku tak ingat lelaki ini pernah menjadi suami aku?.

" Awak siapa?"

" Saya Tengku Shahrizal" *Kenapa lah banyak sangat aku masukkan watak tengku?😑.  Terpengaruh drama tv 3 agaknya aku ni 😂. Korang bosan tak asyik-asyik watak Tengku je muncul?. Biar saya terangkan. Shahrizal ni, mungkin atau tidak ada kaitan dengan keluarga Irfan . Selain mereka berdua kawan baik , ada lah rahsia nya . 

Suara Shahrizal kedengaran macho. Cair hati para jururawat perempuan, yang sedang lalu lalang di katil Arina. Boleh percaya ke Tengku Shahrizal?.

***

" Doktor Akmal kawan Irfan?. Mak cik tak pernah jumpa pun" Doktor Akmal tersengih. Irfan, kau tak kenalkan aku kat keluarga kau?. Misya menjamu Irfan, Iskandar , Mama , Papa dan Doktor Akmal kuih koci berintikan kepala, eh, silap, kelapa!. Untuk Fifi, kuih donut coklat. 

" Waah!. Nampak sedap!"

" Tak payah nampak. Makan je lah" Sebiji kuih koci disuap ke dalam mulut Irfan. Amboi!. Tak baca Bismillah!. Terus masuk je ya?!. Doktor Akmal geram dengan Irfan. Telefon Doktor Akmal berdering. Bukan missed call. Sms je.

Arina hilang ! -Ayah

Mesej ringkas daripada Encik Azmi, Ayah kepada Arina mencemaskan Doktor Akmal. Dia harus pulangan sekarang. Doktor Akmal meminta diri untuk balik. Hal ini membuatkan Doktor Akmal tak senang duduk .

" Kau dah nak balik, Mal?"

" Irfan, isteri aku hilang !. Aku kena balik !" Irfan mahu menemani Doktor Akmal .

" Akmal, kita balik bersama ?" Aku tak tahu Akmal dah kahwin. Bila akad nikahnya ?. Khabar berita juga tak beritahu.

" Tak apalah. Susah-susah je, Irfan. Awak ada isteri . Dia baru lepas accident " Irfan tetap mahu menemani  Akmal.

" Kau jangan banyak bunyi !. Kau naik kereta aku. Kereta kau  tinggal je sini " Irfan menyuruh Misya mengikutnya . Perintah suami kena patuh lah . Nanti jatuh dosa pulak. Mama papa Misya juga turut ikut. Iskandar dan Nadhirah sekali. Ramainya!. Rombongan meminang ke apa ?.

***

" Eh, bukan ke ni rumah Arina?" Iskandar berasa semacam bila, dia jejakkan kaki ke rumah bekas isterinya . Irfan rasa sama seperti adiknya.

" Akmal, betul ke  kau kahwin dengan Arina Batrisya Bt Azmi ?" Soal Irfan. Dia cuak . Akmal mengangguk sebagai tanda 'ya' . Arina?!. Ex girlfriend Iskandar a.k.a boyfriend tak jadi aku ?!. Bunyi tepukan datang daripada arah pintu rumah . Encik Azmi ketawa sinis. Datang juga Iskandar!.

" Ayah?"

" Selamat datang , Iskandar !. Dan tak lupa juga..., Suryati!" Semua mata memandang Suryati . Suryati menggelabah . Peluhnya menitik di dahi. Bagaimana Encik Azmi kenal mama?.

" Ayah, Arina mana?" Doktor Akmal bersuara.

" Itu..." Arina keluar bersama Shahrizal . Iskandar ternganga.

" Shahrizal!. Akmal!, awak kena hati-hati dengan dia !. Dia cuba goda Misya hari tu !"

" Kau ingat dia betul-betul nak goda isteri kau, Tengku Irfan Shah?"

" Perkenalkan , Tengku Shahrizal Haikal Hamzah!, abang kau yang lama menghilang dulu, Irfan . Suryati, ini anak kita, Arina. Misya sekadar anak angkat kamu  saja "

" Mama!. Betul ke apa pak cik ni cakap?"

" Maafkan mama , Misya. Betul. Kamu hanya anak angkat mama dan papa " Misya mengalir air mata.

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now