Bab 10

284 16 0
                                    

Afiana terjatuh di bilik pejabat Tengku Irfan. Irfan cepat -cepat ke arah Afiana. Afiana menangis kesakitan.

" Ala, la. Sayang nangis ke ?. Sikit je ni. Fifi jangan takut ya, sayang?" Irfan menyapu ubat anti bakteria di atas luka lutut Afiana.

" Papa, Fifi nak mintak maap. Fifi janji tak lari-lari dalam bilik papa"

" Bagus. Sekarang sakit lagi?" Afiana geleng kepala. Irfan senyum. Alhamdulillah. Setiausaha Irfan, Encik Haizad memberitahu kepada Irfan ada orang hendak ditemu duga oleh Tengku Irfan Shah.

" Tengku, ini calon yang Tengku hendak temu duga" Misya melangkah masuk ke ruang pejabat Irfan. Misya pura-pura tak kenal . Gugup wei!. Afiana memanggil Misya dengan panggilan 'mama'

" Mama!" Afiana memeluk kaki Misya . Misya terkejut. Mama?. Ini anak Abang Irfan ke?.

" Fifi!. Dia bukan mama Fifi. Mama dah takde !" Tegas Irfan. Afiana masih melekat pada Misya.

" Err..., Tengku?. Maaf . Saya ..., saya keluar dulu?" Misya mahu je keluar daripada bilik. Entah mana budak ni boleh ada, tiba-tiba dipanggil akunya 'mama'?.

" No!. Kau nak kerja dekat sini kan?. Kau Nur Misya Abdullah anak pak cik Azhar betul ?!. Kau boleh tipu Iskandar , tapi, kau tak boleh tipu aku!" Marahnya. Apa hal ni?. Kenapa aku kena marah ?.

" Tengku, jangan libatkan hal peribadi dalam urusan saya. Saya datang sini untuk mencari rezeki!

" Pandai kau berpura-pura tak kenal saya , Misya?!. Kau tinggalkan aku begitu saja !"

" Apa maksud Tengku?" Afiana terkebil-kebil. Why papa sooo angry with mama?. Mama is back !.

" Fifi!. Dia bukan mama Fifi!" Fifi mahu menangis . Misya memujuk Afiana. Irfan meraup mukanya.

" Fifi, Aunty bukan mama Fifi . Mama Fifi mana?"

" Mama Fifi dah takde. Mama dah pergi syurga" Kasihan pula rasanya dengan budak yang membahaskan dirinya ' Fifi' .

" Kasihannya. Aunty boleh jadi mama Fifi. Tapi dengan satu syarat ..." Irfan memotong percakapan Misya .

" Kau kena jadi isteri aku!"

" What?!!"

***

Aku sudah selamat bernikah dengan Irfan, maksud aku, Tengku Irfan Shah. Secara rasminya , aku dah bertukar nama menjadi Tengku Nur Misya . Mama dan papa terus merestui perkahwinan kilat antara aku dengan Irfan. Iskandar pula , mestilah sedih ya ampun!. Dia baru tahu aku ni Misya ?. Hish, hish, hish.

" Mama dah jadi mama Fifi!" Afiana memeluk Misya . Irfan hanya diam sepanjang majlis mereka . Sekarang mereka sedang berehat di bilik. Sekatil?. Sudah tentu. Irfan macam tak selesa apabila, berkongsi katil selain arwah isterinya .

" Hurmm, awak?. Esok saya dah kena masuk kerjalah. Saya mintak izin dengan awak boleh?" Kening Irfan terangkat . Huh?. Baru kahwin, dah kena kerja ?.

" Tak payah kerja. Kerja kau layan Afiana je" Afiana je?. Kau tak nak aku layan?. Misya bermain rambut Afiana. Cantiknya rambut dia. Lagi cantik kalau dia memakai tudung.

" Fifi, Fifi tak nak pakai tudung?" Afiana menggeleng .

" Kenapa tak nak?" Misya mengusap rambut ikal mayang Afiana.

" Panaslah, mama. Fifi tak selesa " Misya menarik nafas lalu dilepaskan. Kemudian, dia senyum kepada Afiana.

" Panas di akhirat lagi panas, Fifi. Dunia ni panas biasa je. Kalau dekat sana , Fifi macam kena bakar "

" Hoi, kau ajar anak aku bukan-bukan kenapa?!. Suka hati lah dia nak pakai tudung ke tak!" Irfan memalingkan badannya ke belah kiri, Misya tidur sebelah kanan. Irfan memejamkan mata lalu tidur.  Hahaha. Dah kenapa lah si Irfan?. Misya mengurut dada. Ada masalah ke anak dia pakai tudung ?.

" Mama, mama tak pernah ajar pun Fifi tu..., tutup aurat !" Ya Allah!. Irfan dan arwah isterinya tak pernah mengajar anak dara mereka, menutup auratkah?.




Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now