Bab 8

253 14 0
                                    

Misya memilih baju kurung berbunga ros merah . Tudung pula, coklat gelap. Encik Abdullah dan Puan Suryati memakai baju sedondon. Mereka memakai baju hijau emerald. Puan Suryati mahu melupakan kerisauan kakaknya. Moga-moga, Misya tak perasan kerisauan aku.

" Bukit Antarabangsa?. Kawan Misya tu , orang bangsawan ke?" Soal Encik Abdullah. Misya mengangguk. Tengku kot.

" Mesti ramai orang kenamaan" Kata Puan Suryati pula. Mereka menghampiri kawasan halaman rumah Iskandar. Majlis hari jadi Iskandar dihadiri lebih 1000 orang. Ada mini konsert, acara teka-teki, fuyoo!.

" Tengok budak tu!. Pakaian ketinggalan zaman betul!" Ujar salah seorang tetamu. Misya melihat bajunya sendiri. Apa yang ketinggalan zamannya?. Baju ni lebih cantik daripada baju  kau yang seksi tu.

" Mana Iskandar ?"

" Dia kat bilik lah , Ayah" Misya terserempak dengan Irfan . Irfan menegur Puan Suriyati dan Encik Abdullah. Gaya mereka bertegur, nampak seperti dah lama berkenalan.

" Assalamualaikum , mak cik, pak cik. " Irfan menyalami tangan Encik Abdullah. Puan Suryati ?. Tak boleh!. Walaupun mereka ada pertalian darah, mereka tetap bukan mahram!.

" Wa'alaikumusalam" Jawab mereka serentak. Misya berdebar-debar berhadapan Irfan.

" Cantik awak hari ni , Misya" Puji Irfan.

" Untunglah ada orang puji " Usik Puan Suryati. Muka Misya merona merah. Irfan memakai tuksedo hitam bertali leher kelabu. Ketampanan dia terserlah.

" Abang buat apa dekat sini?"

" Abang dapat jemputan " Irfan sebenarnya abang Iskandar. Dan Misya tak tahu pun mereka adik beradik. Puan Suryati dan Encik Abdullah hairan mengapa Irfan tidak memperkenalkan diri Irfan sebagai sepupu Misya. Mereka saling berpandangan antara satu lain. Puan Suryati menjongketkan bahu kepada suaminya.

Orang yang ditunggu telah tiba. Iskandar segak berpakaian baju melayu merah delima. Songkok serta samping emas dijadikan pelengkap busana. Para hadirin terpukau. Apatah lagi gadis-gadis. Iskandar memberi ucapan.

" Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi menghadiri majlis tidak seberapa ini. Terima kasih diucapkan juga kepada abang saya iaitu Tengku Irfan Shah" Bunyi pembesar suara bergema menyebut nama Irfan. Berderau darah Misya. Abang???. Abang Irfan ..., abang kepada Iskandar???. Misya menutup mulut dengan tapak tangannya. Tidak percaya apa dia dengar. Misya berlari keluar daripada majlis . Kenapa abang tak berterus terang dengan Misya ?. Irfan sayu melihat Misya yang terkejut sebentar tadi. Abang minta maaf, Misya.


















Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now