Bab 7

259 16 0
                                    

Ini semua hanya mimpi. Puan Suryati menerima khabar tidak baik tentang  kakak kandungnya. Kakak Suryati, Suraya yang menetap di England , jatuh sakit selama hampir 3 bulan. Mengapa kakak tidak beritahu Yati ?.

" Yang?. Kakak macam mana ?"

" Macam tu je lah, bang. Kak Suraya langsung tak bagitau Yati dia sakit. Anak-anaknya dahlah duduk jauh" Puan Suryati berasa bimbang. Aduhai Kak!. Risaulah!.

" Kakak sakit apa?"

" Kanser payudara"

" Yati ada nombor telefon anak dia?. Bukan ke kita pernah jumpa sekali dengan siapa tu, si Irfan?"

" Ada tu ada . Tapi takut Yati ganggu Irfan. Dia kan pensyarah"

" Mesej je lah Yati " En.Abdullah mengambil surat khabar . Suryati serba salah. Nak telefon atau tak? . Puan Suryati cuba menghubungi Irfan. Irfan menjawab panggilan itu. Mak cik Yati call.

" Assalamualaikum , Irfan "

" Wa'alaikumusalam, mak cik "

" Mama Irfan macam mana sekarang ?. Ada apa-apa perkembangan tak?" Irfan berat hati untuk memberitahu mak ciknya. Dia menarik nafas dalam-dalam .

" Mama makin tenat, mak cik. Dia pesan, Irfan dan Iskandar suruh balik ke sana. Tapi, Iskandar tak mahu"

" Astaghfirullah!. Kakak..., YA Allah!. Bang, kita kena pergi sana sekarang!" Encik Abdullah tiada idea bagaimana hendak ke England. Gajinya belum tentu mencukupi membawa Misya, isteri serta dirinya.

" Mak cik, bawa bertenang. Nenek ada dengan mama. Apa-apa nanti, Irfan call mak cik ya?. Assalamualaikum "

" Waalaikumussalam" Mereka menamatkan panggilan. Suryati semakin bimbang. Penyakit kakaknya dikesan 2 tahun lalu .

2 tahun lalu...

Hari raya Aidilfitri

Suraya duduk lemah di sofa. Saudara-mara yang lain sedang berseronok bergurau bersama Encik Abdullah serta Misya. Suryati perasan akan kakaknya yang kelihatan lemah.

" Kak?. Kenapa ni?" Suraya senyum tawar kepada Suryati.

" Akak tak apa-apa, Yati. Rindu agaknya dengan Iskandar dan Irfan. Maklumlah, ayah mereka berdua bawa mereka ke England" Suraya cuba mengalih perhatian Suryati. Dia tidak mahu adiknya berasa susah hati.

" Dah berapa lama Irfan ikut ayah dia?"

" Seminggu dah kak. Penyakit rindu katakan. Heheheh" Misya datang ke arah Suraya dan Suryati.

" Mak cik?. Mak cik nampak pucatlah" Tegurnya.

" Mak cik kamu rindu dengan Irfan. Sebab tu dia pucat " Kening Misya terangkat sebelah. Siapa Irfan?.

" Siapa Irfan?" Puan Suryati menepuk lembut paha Misya .

" Kamu ni. Anak Mak cik Suraya lah!" Mulut Misya berbentuk O .

" Oo... . Mana dia?. Tak nampak pun?"

" Dia dekat luar negara . Apa nama negara tadi?. Eng..? Engla?" Ketawa Suraya pecah.

" Hahahahah!. England lah , Yati" Puan Suryati mengetuk kepalanya sendiri. Eheh. Suraya tiba-tiba hilang kesedaran. Suasana bertukar cemas.

" Makcik ?!"

" Kakak!!!"

Tidak lama lepas tu, Suraya merawat penyakit nya di England . Dia kata , Irfan dan Iskandar boleh menjaganya . Kami terputus hubungan selama beberapa tahun.

***

Hari ni cuti. Dapatlah aku buat gubahan bunga. 30 kuntum bunga mawar putih dan merah jambu, sudah disusun. Aksesori lain seperti teddy bear, reben, itu semua nanti. Kalau tak, serabut kepala otak aku. Puan Suryati tersenyum melihat Misya . Rajin benar anak dara aku menggubah bunga. Ini baru anak dara sebenar.

" Misya sayang, tak ada homework ke ?"

" Misya dah siapkan. Ni hadiah untuk birthday Iskandar " Puan Suryati memegang dagu.

" Ermmm hem. Hadiah?. Mama ingatkan, Misya dah tak nak bercrush lagi sama Iskandar "

" Dia dah putus dengan Arina, mama"

" Oo. Misya nak ambil peluang lah ni ?"

" Tak . Misya dah jumpa yang baru "

" Siapa?. Mama kenal tak?"

" Kalau mama nak kenal, mama kena ikut Misya ke rumah Iskandar " Tangan Misya ligat menyusun bunga di dalam bakul.

" Di mana rumahnya?"

" Bukit Antarabangsa"

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now