Bab 17

257 13 3
                                    

" Sampai hati mama ?!. Mama !. Kenapa Mama ambil Misya sebagai anak mama?!" Misya seperti mahu marah kepada Suryati. Marahlah, Misya. Kamu berhak untuk marahkan mama. Irfan juga tidak percaya. Shahrizal abang sulung dia selama ni?. Anak arwah mama?. 25 tahun dulu..., Suryati pernah berkahwin dengan Encik Azmi , ayah kepada Arina. Masa tu, Encik Azmi hidup dalam keluarga sederhana . Manakala, Suryati dan Suraya datang daripada keluarga kaya. Datuk tiri Misya, Tuan Mahmud, tidak merestui perkahwinan antara Suryati dan Encik Azmi. Tuan Mahmud memaksa Encik Azmi melepaskan Suryati . Ketika itu, Suryati telah melahirkan Arina.

Tuan Mahmud mengugut Suryati jika mahu Encik Azmi selamat. Andai Encik Azmi gagal melepaskannya , Tuan Mahmud akan membunuh Arina sebagai gantian. Tanpa kerelaan, Suryati mengahwini Encik Abdullah. Namun, perkahwinan kedua Suryati, tiada zuriat. Dia mengambil Misya di rumah anak yatim semasa Misya seorang bayi. Tuan Mahmud menjanjikan Suraya sebagai pengganti Suryati . Encik Azmi menerima Suraya demi keselamatan Arina.

Begitu juga dengan perkahwinan Encik Azmi dan Suraya, ibu kepada Irfan dan Iskandar. Semasa Suraya masih hidup, Encik Azmi tidak melayan Suraya dengan baik. Oleh kerana itu, dia membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara bersama Irfan dan Iskandar. Suraya memberitahu kepada Irfan serta Iskandar bahawa, ayah mereka berdua telah meninggal dunia. 10 tahun Suraya meninggalkan dia di Malaysia, dia berdendam terhadap anak-anak tiri nya. Suraya tidak mempedulikan dirinya di kampung halaman. Shahrizal pula, sebelum lahirnya Iskandar dan Irfan, Suraya meninggalkan Shahrizal di rumah anak yatim. Pada masa itu, dia bawa Shahrizal ke sana kerana, Shahrizal akan selamat daripada dipukul oleh Encik Azmi. Tanpa disangka, Encik Azmi berjaya menjejakinya.

" Mama..., Datuk buat macam tu pada mama?"

" Betul sayang. Datuk kejam!. Datuk tak nak Mama bahagia bersama Ayah" Misya memandang Encik Abdullah. Jika begitu, ayah ( Encik Abdullah ) juga tahu akan kisah ini?. Aku dan Arina adik-beradik tiri ?. Iskandar terkejut . Encik Azmi mengeluarkan pisau. Pisau dihalakan ke leher Arina. Doktor Akmal semakin cemas . Satu persatu rahsia dibongkarkan.

" Apa yang menariknya , Iskandar..., Shahrizal telah meraba Arina !. Dan , sekarang, dia tengah mengandung anak dia!. Hahahahah!" Iskandar sudah lama bersabar. Begitu bencinya Tuan Azmi kepada  aku. Nadhira mula merengek. Bila nak balik?. Aunty Arina dah jumpa. Buat apa sembang lebih -lebih?. Dia tak faham mengapa semua orang tak nak balik. Mama dan papa juga. Bosan!.

" Papa..., bila kita boleh balik?" Hujung baju ditariknya. Mahu diminta untuk pulang ke rumah. Irfan mengusap Nadhirah Afiana.

" Sekejap ya ?. Papa ada urusan" Mata Encik Azmi memandang Nadhirah. Ouh..., dah ada cucu tiri!. Rezeki datang bergolek!. Encik Azmi seperti orang gila. Dia menolak Arina jatuh ke bawah. Bagi semua panik dulu!. Doktor Akmal menyelamatkan Arina. Langkahnya dipercepatkan ke arah Nadhirah. Dia mahu menikamnya. Suasana bertukar kelam-kabut. Suryati , Encik Abdullah dan Iskandar di tolak kasar agar ke tepi. Irfan cuba untuk menghalang Encik Azmi, daripada  menikam anak perempuannya.

" Fifi!"

" Matilah kau!!!!! " Pisau dihayun laju. Darah tepecik ke bawah . Bukan Nadirah yang tertikam. Tapi... Misya.

" Misya!!!!!!!!!" Encik Azmi tersedar . Semua orang kerumun Misya. Irfan rasa sangat bersalah.

" Sayang!. Sayang bangunlah!" Irfan menangis. Misya sudah tidak sedarkan diri. Darahnya mengalir terlalu banyak.

" Sayang..., maafkan abang!. Abang tak patut layan Misya dengan teruk. Misya..., bangunlah!. Jangan tinggalkan abang!. Abang dah takde sesiapa!. Nadhirah perlukan Misya sebagai mama dia!. Sayang!!" Encik Azmi melarikan diri. Pipi Misya  ditampar . Juga tiada sebarang gerakkan daripada Misya. Digoyangkan pula tubuh Misya, tetap sama.

" Misya!!!!"

" Misya!!!!!!!!"

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now