Bab 11

269 14 1
                                    

3 tahun lalu...

Isteri pertama Tengku  Irfan, Tengku Naina Zakaria, baru pulang daripada suatu tempat dalam keadaan mabuk. Irfan menyilangkan tangannya . Mukanya serius. Dah sarat mengandung macam tu  pun, masih nak berhibur lagi?.

" Tengku Naina!. Kau pergi tadi?!" Naina melihat wajah Irfan.  Gambaran mata Naina bergoyang-goyang. Mabuk punya pasal. Kepala tak stabil. Baby dalam perut meragam. Itu aku balik awal!. Rimas mengandung macam ni!. Tak boleh nak berseronok!.

" Errkk, saya pergi kelab. Anything problems, my hubby?"

" Ya!. Kau memang banyak masalah!. Bayi dalam perut kau tu anak aku!. Kau patut jaga baik-baik!"

" Anak kau?!. Siapa mengandungkan budak ni?!. Aku kan?!. Kau takde hak pada anak aku!"

Itulah Naina, atau Nana. Wanita liar yang sukar dikawal. Sebagai suami, aku seharusnya membimbingnya ke arah positif. Irfan menghembuskan nafas perlahan. Bagaimana hatinya boleh terpaut pada Nana?. Adakah kerana nafsu ?. Atau cinta lamanya menghilang?. Misya, kau di mana?. Oleh kerana kau ex-girlfriend  Iskandar , lantas kau pergi daripada aku?. Walaupun engkau bertubuh gempal, tidak mengapa . Aku boleh terima seadanya. Nana dan Irfan berkahwin dua tahun selepas kematian mama nya serta kehilangan Misya. Perkahwinannya bukan atas cinta Namun, kecewa . Jadi, perkahwinan Irfan tidak direstui Tuhan. Dia sering tertekan dengan sikap keras kepala Nana.

Dewan bersalin...

" Hubby, i nak minta maaf . Kalau apa-apa terjadi pada darling, hubby jaga baby darling?" Nana mengerang kesakitan bersalin. Irfan mengukirkan senyuman buat kali pertama, untuk Nana. Seorang bayi perempuan , selamat dilahirkan . Irfan insaf selepas melihat anak sulungnya . Begitu comel sekali anak perempuannya. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Nana meninggal dunia akibat pendarahan banyak , serta tidak cukup darah.


" Hubby, jaga baby darling ?"

Terngiang-ngiang pesanan terakhir Nana. Engkau sememangnya wanita yang kuat. Abang akan jaga anak kita.

***

Misya bersiap untuk pergi ke kerja. Dia memakai baju kurung  magenta dengan tudung berwarna merah. Gincu merah dioleskan nipis. Mekap?. Tidak mahu. Aku hendak kecantikan asli. Irfan menggeliat . Haruman minyak wangi Misya menusuk rongga hidung nya. Wanginya.

" Good morning , Misya "

" Bukan good morning. Assalamu'alaikum baru betul "

" Assalamu'alaikum, Misya " Irfan tidak tahu untuk berkata apa dengan Misya. Agama nya kian terpesong sejak kebelakangan ini.

" Wa'alaikumusalam"

" Misya nak ke mana?. Temanlah abang "

" Misya kena jumpa klien"

" Siapa klien Misya ? . Lelaki atau perempuan?"

" Lelaki " Irfan tercabar . Huh!.

Mawar putih untukmu. Where stories live. Discover now