Arina dimasukkan ke hospital. Dia mengambil pil tidur dengan jumlah yang banyak. Akibatnya , dia tak sedarkan diri untuk sebulan. Koma lah tu. Iskandar pula, kena ceramah dengan Irfan setelah Encik Azmi menelefon Irfan.
" Apa nak jadi ni dik?. Tak kasihan dengan mama?"
" Aku..."
" Pandang abang bila bercakap !. Sebab tu kenapa abang tak suka Iskandar berkawan dengan Arina!"
" Maafkan saya, abang . Arina paksa Iskandar masuk bilik dia "
" Lepas tu?. Arina bagi servis percuma pada kau?! " Bentak Irfan. Kali pertama melihat abangnya marah .
" Bukan abang !. Arina ..., Arina ugut pada Is, kalau Is tak ikut arahan dia, dia nak sebarkan gambar bogel dia pada kawan kelas Is!"
" Itukah mengapa Arina tak pakai baju ?. Ya Allah!. Arina terlalu mendambakan kasih sayang lelaki!" Nasi dah jadi bubur. Itu perumpamaan yang tepat untuk Iskandar. Nak bertanggungjawab menjaga Arina?. Tidak!. Sama sekali tidak!. Irfan ada idea untuk membalas dendam pada Iskandar. Ohhh..., kejar perempuan cantik je?. Tak apa. Bila kau dengar nama bidadari aku, mesti kau terkejut !.
" Is nak tahu siapa nama bidadari abang ?"
" Siapa?"
" Nur Misya Abdullah " Irfan pusing belakang lalu senyum mengejek. Iskandar ?. Entahlah.
***
Loceng rehat berbunyi . Misya tidak sabar untuk ke kantin. Bekalan hari ini, lauk ayam masak merah, udang tomato dan sayur bayam merah. Segemuk-gemuk aku, aku rajin tau makan sayur!. Bukan macam korang . Asyik minum bubble tea, makan McD, Kepci!. Misya ternampak Iskandar duduk termenung di tepi kolam ikan. Mukanya sayu . Tak macam selalu. Selalunya , senyuman tak lekang di mulut. Nak tegur tak?.
" Awak..., okey?" Iskandar angkat muka. Lah, aku ingatkan perempuan cantik. Rupa-rupanya, Misya the elephant. Iskandar menggangguk perlahan. Dengan baik hati nya, Misya berkongsi nasi campurnya dengan Iskandar.
" Nak makan ?. Mesti awak tak makan lagi " Iskandar teragak-agak untuk menerima. Baiknya hati dia. Patutlah Abang Irfan jatuh suka . Garfu sudah mencucuk udang tomato . Misya memberikan udang itu kepada Iskandar.
" Terima kasih." Dia masukkan udang ke dalam mulut. Sedap!.
" Mak awak masak ke?"
" Taklah."
" Habis ?. Ayah kau ?"
" Bukan juga "
" Dah tu siapa ?"
" Saya !. Saya masak !"
????!!!
YOU ARE READING
Mawar putih untukmu.
RomanceNur Misya, kerana badannya yang gempal dan tidak mempunyai sebarang tarikan, dia sering diejek oleh kawan-kawannya yang lebih cantik daripadanya. Misya bertekad untuk menjadi cantik.